Food
Oatside
Press Release
OATSIDE Memperkenalkan Susu Oat Protein Baharu di Malaysia
2/14/2025 05:10:00 pm20g Protein, 2g Lemak dan
Tiada Gula Tebu Tambahan dalam setiap pek.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWw68Q1TKEcHjfJ5hJ6RJLqmXA3DAa-H-I044InzY2HETXm3cbTuNzc70b40BXJCOKv5lF9OIU4EwVemlWrElSVeur-BFqjsu_-HB7Mg7u-8G2V5v3x0Y9K39g_J0jpKyWmXZlkR7bA13h7mqOUeFMvYnH_-0Zrh12HFK7W3uEDjZgWx3hDoa1WAO-aZM/w400-h266/20250214_164743.jpeg)
Kuala Lumpur, 10 Februari 2025 — Bersiap sedia untuk meningkatkan perjalanan kecergasan anda dengan inovasi terbaru daripada OATSIDE: OATSIDE Protein. Menurut MRNI (Malaysia Recommended Nutrient Intake), orang dewasa yang sihat disarankan untuk mengambil 1g protein bagi setiap kg berat badan. Bagi mereka yang aktif dan ingin membina otot, mungkin memerlukan lebih banyak protein. Namun, ramai rakyat Malaysia masih tidak mengambil protein yang mencukupi, walaupun ia memainkan peranan penting dalam diet sihat untuk membina dan membaiki tisu, mengekalkan jisim otot, serta menyokong sistem imun.
OATSIDE Protein diformulasikan khas untuk memenuhi keperluan gaya hidup aktif sambil mengatasi isu rasa yang sering dikaitkan dengan minuman protein.
Setiap pek OATSIDE Protein mengandungi 20g protein berasaskan tumbuhan, hanya 2g lemak dan tanpa gula tebu tambahan. Sebagai perbandingan, 3 biji telur mengandungi 20g protein dan 15g lemak.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEKJ4m8eR2c9RuTyEv5NUoI8KVqXp7qGJLa1yaZSxQCUgAyBicks7jVITstUr04f45_MWSiCpHPEMLMOhwgfJ_okjDJeH6RAJz09HHIqm7jXqfkUiTKsooXiFQWkm7vupuPVbsmKjxfr6rgFVMFcMPrWdAt8hgLpjCev-4-v055mdwirxWiuuvuY0xRoQ/w400-h110/a2e8cf6e-972c-f838-c090-71a2590c9d8b.jpeg)
Protein dalam OATSIDE Protein berasal daripada protein kacang pis bukan-GMO yang telah bercambah, dimana protein diekstrak melalui proses perendaman dalam air, tanpa menggunakan kaedah pemprosesan kasar seperti hidrolisis asid. OATSIDE Protein mengandungi kesemua 9 asid amino penting dan lebih daripada 3,000mg Branched Chain Amino Acids (BCAA). Proses percambahan juga menjadikan protein lebih mudah dihadam dan lebih berkesan untuk diserap oleh tubuh.
Kini boleh didapati dalam dua perisa: Vanilla dan Coklat, dalam pek 250ml.
Dengar Sendiri Dari Mereka yang Sudah Mencuba OATSIDE Protein!
“OATSIDE Protein memang game changer! Saya betul-betul suka—dengan 20g protein, BCAA, dan harganya yang sangat berpatutan, semua dalam pek kecil yang senang dibawa ke mana-mana!,” kongsi Shazmone, Jurulatih Pilates di Sunday Pilates.
“Saya suka OATSIDE Protein sebab ia lengkap untuk mulakan workout saya. Tak perlu lagi rasa menyesal sebab makan terlalu berat sebelum bersenam. Dengan saiznya yang kecil, saya boleh simpan dalam beg dan minum sebelum workout. Saya juga perasan otot saya lebih cepat pulih bila minum secara konsisten. Terutama untuk sesi pagi yang malas nak makan berat — OATSIDE Protein memang penyelamat!,” kata Tatty, Jurulatih at Fly Project.
“Perisa Coklat memang favourite saya—ia jadi pilihan utama saya untuk top up tenaga, dan rasanya memang sedap macam ganjaran lepas senaman!” kata Lucas Chew, Atlet Badminton dan Pempengaruh.
"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan OATSIDE Protein ke Malaysia," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OATSIDE, Benedict Lim. "Kami amat bangga dengan kandungan nutrisinya, di mana setiap pek mengandungi 20g protein, 2g lemak, dan tanpa gula tebu tambahan dalam setiap pek.
Ramai yang sukar mencapai keperluan protein harian, terutamanya yang sibuk dan sentiasa on-the-go. OATSIDE Protein memudahkan segalanya dan turut mengekalkan rasa yang enak dengan tekstur lembut, hasil gabungan oat khas kami dengan protein kacang pis berkualiti tinggi."
Tersedia dalam Dua Perisa Sedap
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEDIPVCMYd__PCN1KrevYcFrrE9m0YddTbjR4HfNjBi8EowTPeI9LvSmTtJ1-aOaDJxOhK86fX9Lj6QbPgdJLmqJpDntkjJ2eJBpWqu0POo-d241Y2XAXygxvv3HYHnyprvRUdsP9T2qSUwWbNMol4VNVXv30sTBHGWg2iA8KAcF7GxgKo0RUdktlO-YQ/w345-h400/20515c00-4219-cb50-9136-774e7840146d.jpeg)
![]() |
OATSIDE PROTEIN PERISA VANILA Lembut dan berkrim, sesuai untuk pengemar rasa klasik |
![]() |
OATSIDE PROTEIN COKLAT Penuh dengan rasa coklat yang pekat, varian protein coklat ini mengandungi dua kali koko, Memberikan rasa yang lebih kaya, sesuai untuk pengemar coklat. |
OATSIDE Protein kini boleh didapati di pasar raya utama dan kedai serbaneka termasuk Qra, MyNews, Jaya Grocer, Village Grocer, AEON, AEON Big, CU Mart, Ben’s Independent Grocer, Lotus’s, dan Family Mart. Bagi yang lebih gemar membeli secara dalam talian, anda juga boleh mendapatkannya di Shopee, Lazada, dan platform TikTok OATSIDE.
Ikuti @oatside di Instagram untuk info terkini, acara menarik, dan hadiah menarik!
Untuk sebarang pertanyaan editorial atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Bianca Quiroz
Commas PR
bianca@commaspr.com
+60 16-367 2994
Nurdania Rusydina
Commas PR
dania@commaspr.com
+60 17-679 4894
Mengenai OATSIDE
Misi OATSIDE adalah untuk menyediakan susu oat yang sihat dan lestari, khas untuk mereka yang mungkin kurang gemar susu berasaskan tumbuhan – dengan menjadikannya luar biasa sedap. Sebagai salah satu syarikat susu berasaskan tumbuhan yang lengkap di Asia, OATSIDE komited untuk menghasilkan susu oat berkualiti tinggi dari fasiliti canggihnya, memastikan keseluruhan proses dari oat ke susu dilakukan secara lestari dan bebas daripada bahan tambahan, demi kepuasan anda.
Untuk maklumat lanjut, layari www.oatside.com.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi oatside@commaspr.com.
0 comments
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.