Janda Baik Pahang Menjadi Destinasi Pilihan Bulan Madu

Bercuti Bulan Madu Bersama Pasangan di Pahang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahun 2023 sudah pun melabuhkan tirai, pantas betul masa ...

Bercuti Bulan Madu Bersama Pasangan di Pahang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahun 2023 sudah pun melabuhkan tirai, pantas betul masa berlalu kan. Semoga tahun 2024 ini menjadi tahun terbaik buat kita semua. Aaminn. Tahun lalu, Husniey direzekikan berkahwin sekali lagi (kali kedua) dan kini menetap di Johor. Ye, korang jangan cari husniey kat Terengganu pulak yer ~ hehe

Alhamdulilah. Semuanya dipermudahkan. Selesai menikah pada 18 Ogos 2023, dua hari aje kat rumah. Tiba masa untuk berehat dari sibuk urusan majlis. Memilih destinasi pertama untuk bercuti bersama suami, husniey dan suami bercuti di Janda Baik, Pahang. Memandangkan keduanya belum pernah sampai Janda Baik. 


Tentang Sugeh Eco Resort Janda Baik

Resort yang menjadi pilihan kami, Sugeh Hill Exclusive Resort terletak di Kampung Chemperuh, Kampung Janda Baik, Bentong. Agak jauh kedudukan resort ini tapi masih lagi di kawasan kampung dan tak rasa sunyi mana, suasana di resort ini sesuai untuk pengunjung yang datang menenangkan fikiran dan jauh dari hiruk pikuk kota. 

Menariknya di Sugeh resort menjanjikan suasana kehijauan alam semulajadi, husniey suka melihat rekaan resort yang berkonsepkan daripada kayu, cantik sangat. Nampak klasik tapi tidak ketinggalan dengan arus kemodenan. Ada beberapa jenis bilik yang sesuai untuk pasangan, keluarga dan anak-anak. Selesa. 


Jika pengunjung datang nak buat aktiviti family day pun okay. Di bahagian belakang resort terdapat sebatang sungai, husniey banyak habiskan masa mandi sungai dengan suami, teruja jumpa sungai tak hirau pun mandi dekat swimming pool. Korang yang nak buat aktiviti lasak seperti flying fox juga disediakan. 


Kemudahan Resort Yang Lengkap

Terdapat kemudahan tempat BBQ di hadapan bilik. Banyak kemudahan pondok gazebo disediakan, itu yang buatkan husniey rasa selesa dan jatuh cinta dengan resort ini. Memang sesuai nak meluangkan masa dengan keluarga, pasangan. Mungkin hari yang husniey check in tu weekdays so suasana tak padat sangat. Tenang.

Sebelum terlupa husniey nak bercerita pasal bilik yang kami menginap. Semasa tiba di resort, waktu check in diberitahu oleh reception pukul 2.30 petang, then husniey menunggu lah sekejap dalam 30 minit. Tak lama sementara menunggu itu ambil kesempatan pergi pusing satu resort, dekat sini ada banyak port untuk bergambar (ootd) dan kami siap solat dekat surau resort. Menariknya surau di Sugeh resort ini konsepnya open air (terbuka), dikelilingi pokok hijau. Sejuk je suasana. 

Keluasan bilik just nice, sesuai untuk 2 orang

Mood rajin nak memanjat tangga, hee


Husniey ada request menukar bilik, minta tukar untuk stay di bilik yang nampak permandangan dari atas. Nama bilik yang asal husniey dapat semasa buat tempahan adalah Semalu, tapi dimaklumkan bilik berada di bahagian bawah. Duk suasana bilik bawah pun rasanya best je, buka tingkap nampak taman. Sejuk. Tak payah nak angkat beg naik tangga. Suka sangat sebab setiap bilik di resort ini ada keistimewaan tersendiri.


Sengaja pilih bilik yang berada di tingkat atas, rasa suasana lebih privasi dan cantik permandangan dari atas. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan tukar bilik. Nasiblah rate bilik sama. Jadi tiada cas dikenakan. Rate bilik Hamba Raja bagi weekdays RM 170/per night. Deposit RM 50 dikenakan semasa check in.





Kemudahan asas dalam bilik seperti aircond, televisyen, bilik air, kettle untuk buat air panas, tuala dan sabun mandi disediakan. Sabun mandi yang digunakan ialah sabun bidara; sangatlah wangi menyegarkan. Kami suami isteri suka lepak di balkoni bilik. Berangin, sambil layan suasana hijau. Tiada sarapan pagi disediakan, tapi tak mengapa husniey dah bersedia dengan bawa bekalan makanan siap bawa mini rice cooker. 


makan dekat kawasan kampung berdekatan, not bad sedap

Malam tu keluar makan dekat area kampung situ juga, makan asam pedas ikan pari dan nasi goreng paprik. Not bad, sedap juga cuma ikan pari tu agak liat sikit. Dekat Janda Baik ni juga ada satu kiosk kopi yang wajib korang singgah, uniknya kedai Kopi Kamboh ini susu yang digunakan ialah susu kambing ye. Sedap betul. Sayang nak habiskan kopi tu berlemak betul. 


Malam itu kami bungkuskan burger jadikan sebagai menu sarapan pagi, dan belikan roti butterscotch bersama kari kambing dalam tin. Menu rare ada juga keropok lekor rebus yang dibawa khas dari Terengganu. Hee. Kebetulan husniey bawa mini rice cooker, so panaskan je semuanya dalam tu. Jadilah menu breakfast kami untuk hari kedua. 

Lepas sarapan pagi, sambung lagi mandi manda di sungai. MasyaAllah sejuk betul air sungai ni, sungai bersih dan jernih. Sebelum check out kami sempat habiskan masa bergambar dan mandi di sungai. Tepat pukul 12 check out hantar kunci dekat reception, sambung lagi cari port bergambar. Dekat Sugeh resort ni memang suasana yang tenang. Ada peluang dan rezeki lebih, kita repeat lagi. Nanti kalau repeat plan untuk BBQ pulak.


Rating bagi keseluruhan tempat ni, husniey bagi 4.8/5. Husniey rasa tempat ini sesuai datang pada hari biasa bagi yang menginginkan suasana lebih privasi, mungkin kalau ada group family day tu agak bisinglah kot. Pernah terbaca bad reviews tapi alhamdulilah husniey rasa banyak yang menang di Sugeh Resort ini. Sekian, semoga perkongsian ini bermanfaat. 


More information and booking:

https://www.sugehecoresort.com/

You Might Also Like

0 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.