Pengalaman Ikat Pangkal Rahim Semasa Mengandung Cervical Cerclage

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, semoga kalian dalam keadaan baik-baik. Alhamdulilah bersyukur bila Allah berI rezeki pregnant awal pada...


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, semoga kalian dalam keadaan baik-baik. Alhamdulilah bersyukur bila Allah berI rezeki pregnant awal pada perkahwinan kedua ni. Bila dapat tahu diri ini pregnant, husniey sudah pun bersedia dengan pelbagai kemungkinan dalam masa sama takut nak berharap sangat. Kandungan masuk 12 minggu barulah kalut pergi klinik kesihatan untuk buka buku pink, untuk follow up dan check up di klinik ibu dan anak. Alhamdulilah sepanjang awal trimester pertama, rezeki kali ini semuanya baik-baik saja. Minum air gula masa 14 minggu pun tak sangkut GDM. So masih boleh menarik nafas lega.


Apa Cervical Cerclarge?

Ikatan serviks adalah satu cara untuk memastikan serviks anda tertutup semasa kehamilan untuk mengelakkan kelahiran pramatang akibat serviks yang tidak cekap. Jika serviks anda telah lemah, pegawai kesihatan anda mungkin akan mengesyorkan ikatan serviks. Ini adalah untuk memastikan janin selamat di dalam rahim anda sehingga tiba masanya untuk anda bersalin. Baca di sini selanjutnya, info Cervical Cerclarge.


Hari pertama husniey buka buku pink, nurse dekat klinik kerajaan mengambil langkah untuk rujuk segera husniey ke klinik pakar di hospital. Langkah serius diambil oleh pihak hospital juga bila doktor dan pakar di sana melihat sejarah kehamilan sebelum ini. Pertemuan pertama itu doktor terus merancang untuk buat satu prosedur, husniey diminta berbincang dengan suami sama ada ingin memilih untuk jahitan pangkal rahim atau menggunakan alat. 



Alat yang bernama Arabin Pessary

Alat yang digunakan bernama Arabin Pessary, ia kelihatan seperti cincin dan dimasukkan ke dalam serviks untuk jerut pangkal rahim dan prosedur ini sebenarnya lebih mudah tak perlu masuk dewan bedah. Doktor inform husniey sekejap saja dan tak sakit. Cuma kesan sampingannya ada rasa tak selesa atau senak bila pakai alat ni, dan dia boleh tercabut sendiri. Means kita tak boleh bergerak lasak. 


Ikatan pangkal rahim -ada dua jenis. Shirodkar cerlage atau McDonald cerlage 

Hasil pemerhatian husniey dengan membaca kisah pengalaman ibu lain yang ada masalah incompetent cervic, rata-rata memilih untuk ikat. Rasa lebih selesa, kemas. Cuma proses untuk ikatan serviks ini, kena buat dalam dewan bedah. Ibu kena tahan di wad sekejap, berpuasa terlebih dahulu dan akan dibius separuh badan. Itulah pengalaman husniey lalui bila memilih untuk diikat pangkal rahim. 

Para doktor akan buat pemerhatian pemeriksaan terhadap pangkal rahim, dari husniey awal pregnant doktor ada cakap pangkal rahim masih lagi panjang dan cantik je ni, sepatutnya tak payah buat tapi disebabkan ada sejarah kehamilan selalu keguguran, lahir pra matang.. Jadi tanpa banyak soal doktor terus proceed. 


Awal tahun 2024 ini dimulakan check in wad hospital HSNI Batu Pahat. Husniey seronok masa di wad ni, selesa dan husniey memang tak ada rasa sakit sebelum buat prosedur tu. Prosedur di dewan bedah tak sampai 30 minit, sekejap sangat. Bius separuh badan buat kita tak rasa apa-apa walau dalam keadaan sedar. Lepas ditolak ke wad, husniey sambung rehat tidur. Waktu nak makan agak struggle sebab bius belum hilang sepenuhnya. Kebas di bahagian kaki, nak duduk separuh badan tu pun takut. Masa lepas keluar dewan bedah tu rupanya dipasangkan beg air kencing tu, so husniey tak perlu bergerak ke tandas. 

Rasa macam baru aje keluar dewan bedah, doktor datang review keadaan kita dan diberitahu terus hari ini awak dah boleh discharge wad. Pelik jugalah kan eh doktor nI biar betul, cepatnya boleh keluar wad, hee. Rasa dalam tengahari husniey dah rasa hilang kesan bius, so cuba nak bangun dari katil dan pergi tandas. Sejenis yang tak betah berdiam diri bila di hospital memang rasa nak cepat-cepat keluar.

Alhamdulilah haritu juga dapat keluar wad, hampir seminggu juga duk rasa tak selesa dengan jahitan itu. Lama-kelamaan makin tak terasa jahitan tu. Awalnya nak membuang air kecil besar sangatlah takut, yelah rasa ngilu jugak di bawah tu haa. InsyaAllah doktor cakap nanti dekat dengan due, akan dibuka balik jahitan tu. 

Risiko ikatan rahim seperti pendarahan, keluar cecair yang boleh akibatkan jangkitan kuman, luka pada tisu serviks, dan ada beberapa lagi. Kebanyakannya berjaya dan kandungan selamat sampai full term (37-39 weeks). Semasa mengandung hanya sekali ada keluar pendarahan spotting, selama beberapa hari itu oun mungkin sebab banyak bergerak dan ada mengemas umah. Nasiblah tak teruk, sekejap saja. Kena banyak bed rest juga.




Tiba waktu tepat 37 minggu kandungan dah sarat, matang husniey pergi check up di Klinik pakar di hospital macam selalunya. Kena warded pula, sebab nak buka cerclage tu. Agak sakit masa nak buka cerclage, sudah diberitahu awal oleh doktor memang dah tak ada bius untuk prosedur remove cerclage. Ngilu ye bila dengar bunyi gunting, nasib doktor cakap nampak je dari jauh ikatan tu.. Memang kena relaks betul bukaan kaki, so kurangkan rasa sakit.

Selepas remove cerclage secara manual
Dan tanpa bius 🥲

Alhamdulillah selamat remove cerclage, tak berakhir disitu. Doktor akan sekali lagi seluk untuk terus check bukaan rahim. Bukaan 1cm aje katanya. Sangat ketat lagi. 2 malam husniey dekat wad, untuk pantauan doktor kot lah boleh bersalin terus. Sudahnya bukaan masih lagi 1cm, dan doktor benarkan pulang ke rumah. 


Baca sini juga artikel berkaitan:

PENGALAMAN MENGANDUNG - BERSALIN 21 MINGGU 2 HARI

KISAH TTC, PROSEDUR RAWATAN KESUBURAN YANG KENA HADAP

PENGALAMAN BERSALIN 21 MINGGU PART 2 - KEHILANGAN


Doktor pakar ada menyatakan pendapat, macam pelik pulak, macam bukan kes cervical incompetence.  Biasa kalau remove ikatan tu akan terus ada bukaan, boleh bersedia untuk bersalin. Dari 37 minggu buka cerclage, akhirnya Husni merasa natural contractions semasa kandungan 39 minggu 4 hari. Itu pun bukaan semasa ke hospital baru saja 2 cm, 2 cm nak pergi 3 cm husni dah gigil. Bukaan agak slow, seperti orang normal yang tiada masalah serviks. Masyaallah sabar sajalah kan.


Itulah pengalaman serba sedikit tentang ikatan pangkal rahim semasa mengandung. Semoga perkongsian ini bermanfaat ya.. 


You Might Also Like

0 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.