RAIKAN MUSIM KEGEMBIRAAN DAN KEMAKMURAN DENGAN AYAM MERAH LAZAT (RED FORTUNE CHICKEN) DARI TEXAS CHICKEN
1/10/2024 01:16:00 pmAyam Merah Lazat ditawarkan untuk masa terhad sahaja, santapan tambahan sempurna sempena Tahun Baru Cina
Petaling Jaya, 9 Januari 2024 – Texas Chicken Malaysia menjemput anda untuk meraikan musim Tahun Baru Cina dengan produk terbaharu yang enak dan menyelerakan – Ayam Merah Lazat (Red Fortune Chicken)! Mendakap semangat kemeriahan Tahun Baru Cina, Ayam Red Fortune bukan sekadar hidangan semata-mata, malahan ia merupakan simbol pembawa tuah dan kebahagiaan. Ayam Merah Lazat menampilkan sos oren-merah yang enak dan unik, menggunakan kombinasi tomato, cili dan rempah-ratus dengan sedikit rasa asap dan kepedasan yang sederhana. Sebuah hidangan popular untuk citarasa Malaysia!
Anda boleh menikmati perisa perayaan ini dengan ayam perap pedas atau jejari (tender) ayam yang empuk, disaluti tepung dengan kemas dan digoreng sehingga keemasan, di mana anda boleh merasai keseimbangan yang lengkap – rangup di luar dan empuk di dalam dengan setiap gigitan.
Tham Yue Foon, Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia berkata,” Di Texas Chicken, kami teruja untuk menyemai musim Tahun Baru Cina dengan keriangan dan rasa tambahan yang enak. Diilhamkan oleh tenaga Tahun Naga yang penuh berapi dan kemerahan, kami ingin menyerikan musim perayaan ini dengan ciptaan kulinari yang pasti mempesonakan anda – Ayam Merah Lazat dari Texas Chicken. Sebuah hidangan menyelerakan yang dicipta khas untuk perayaan Tahun Baru Cina. Menu baharu ini adalah cara kami untuk bersama-sama meraikan musim perayaan ini dengan rakyat Malaysia. Tawaran baharu ini adalah gabungan tradisi dan inovasi, dicipta untuk membawa keriangan ke meja makan anda.”
Kumpul Angpow Texas Chicken 2024 dan kongsikan gambar terbaik anda
Dari 22 Januari, kekalkan tradisi perayaan anda dengan paket angpow bertemakan naga yang diberikan secara percuma dengan setiap pembelian kombo Ayam Merah Lazat ataupun dengan pembelian minima sebanyak RM35 dalam satu resit. Sepuluh pelanggan juga berpeluang memenangi baucar RM100 Texas Chicken dengan menyertai pertandingan “Snap and Win” dari 17 Januari sehingga 7 Februari 2024. Anda hanya perlu membeli kombo Ayam Merah Lazat, ambil gambar anda secara kreatif dengan berpakaian serba merah, sambil menikmati kombo tersebut dengan rakan dan keluarga anda, dan berkongsi gambar tersebut di akaun Facebook ataupun Instagram anda dengan hashtag #RedFortuneFeast.
“Di Texas Chicken Malaysia, kami berbangga kerana berpeluang menyajikan makanan yang enak untuk pelbagai lapisan komuniti yang menggemarkan hidangan yang lazat. Kami ingin terus menawarkan pelbagai pilihan menarik yang memenuhi keunikan cita rasa rakyat Malaysia sepanjang tahun. Dengan pelancaran hidangan masa terhad Ayam Merah Lazat ini, kami bukan sekadar mengembangkan menu kami, tetapi turut memperkayakan pengalaman para pelanggan Texas Chicken. Dengan ini, kami ingin menjemput anda untuk bersama-sama kami menikmati detik-detik kegembiraan di lebih 90 cawangan Texas Chicken di seluruh Malaysia,” kata Tham lagi.
##TAMAT##
Mengenai Texas Chicken
Diasaskan di San Antonio, Texas pada tahun 1952 oleh George W. Church, Church’s Chicken, bersama jenama sekutunya, Texas Chicken™ untuk lokasi di luar Amerika, Texas Chicken merupakan salah satu rangkaian restoran khidmat segera berasaskan hidangan ayam yang terbesar di dunia. Jenama-jenama ini merupakan pakar dalam menyediakan ayam berperisa Original dan Pedas, yang dimasak segar sepanjang hari di restoran, biskut mentega-madu yang dibakar segar, serta hidangan sampingan klasik yang lain. Church’s Chicken dan Texas Chicken™ memiliki lebih 1,500 lokasi di 24 negara. Di Malaysia, Texas Chicken™ dibangunkan dan dikendalikan oleh Envictus International Holdings Limited dan mempunyai lebih 90 buah restoran di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Texas Chicken Malaysia, layari www.texaschickenmalaysia.com
2 comments
nampak menyelerakan tgok gambar ayam tu. rasa lapar terus,,texas mmg best
ReplyDeleteKan, husniey pun suka dengan menu texas yang pelbagai..tak terlalu pricey..
DeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.