Alor Setar adalah merupakan bandar kedua terbesar di Kedah. Ia merupakan salah satu destinasi tumpuan pelancongan yang menjadi pilihan lebih-lebih lagi kerana ia mempunyai kedudukan yang strategik, iaitu berhampiran dengan Pulau Pinang dan sempadan Thailand.
Bukan itu sahaja, kemudahan utama seperti pengangkutan awam dan juga pelbagai pilihan tempat penginapan yang ada sangat memudahkan pengunjung yang datang untuk bercuti di bandar ini. Lebih-lebih lagi sekiranya hotel tersebut ada kolam renang, memang jadi pilihan utama!
Tunggu apalagi, jom tengok senarai hotel Alor Setar yang menarik untuk dijadikan sebagai rujukan apabila anda bercuti ke sini kelak.
1. The Jerai Hill Resort
The Jerai Hill Resort merupakan resort bertaraf 4 bintang yang sememangnya menjadi pilihan terutamanya buat pengunjung yang berhasrat untuk melakukan aktiviti lasak, bersiar-siar melihat keindahan alam di sekitar Gunung Jerai. Hal ini kerana, ia terletak di Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Gurun, Gunung Jerai.
Di resort ini, bilik-bilik yang ditawarkan berkonsep chalet dengan tawaran harga bermula daripada RM 349 untuk semalam. Harga ni dah masuk sarapan sekali tau. Memang sangat berbaloi untuk percutian bersama keluarga, rakan-rakan atau pasangan.
Kemudahan yang disediakan sangat lengkap dan pemandangan dari dalam bilik pun sangat memukau. Antara kemudahan yang tersedia adalah kolam renang, parkir, restoran dan sebagainya. Terdapat juga taman bunga Hydrangea yang menghiasi sekitar resort ini dengan indah.
Sekiranya anda ingin menerokai hutan Gunung Jerai, resort ini memang sesuai sangat dijadikan sebagai tempat penginapan anda.
2. Grand Alora Hotel
Sekiranya anda tercari-cari hotel mewah di Alor Setar dengan harga yang berpatutan (bermula RM207 untuk semalam), anda bolehlah buat tempahan dan singgah bermalam di Hotel Grand Alora.
Hotel mewah ini terletak di Persiaran Bandar Baru Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar iaitu kira-kira lima kilometer dari pusat bandar raya.
Anda boleh berkunjung ke lokasi tarikan utama yang berhampiran dengan mudah. Contoh tarikan utama yang berdekatan ialah Muzium Padi, Rumah Tunku Abdul Rahman & Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menara Alor Setar, Pekan Rabu dan sebagainya. Apa yang menariknya lagi, lokasi hotel ini benar-benar terletak di hadapan pasaraya Tesco. Nak beli barang apa-apa memang mudah.
Kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel memang tidak dapat diragukan lagi. Anda boleh nikmati pelbagai kemudahan termasuk kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak sepanjang menginap di sini.
3. Royale Signature Hotel
Selain Grand Alora Hotel, anda juga disyorkan untuk bermalam di Royale Signature Hotel ini untuk merasai pengalaman menginap di hotel mewah dengan harga yang berpatutan. Hotel yang terletak di Jalan Lumpur, Alor Setar, Kedah ini menawarkan harga bilik bermula RM 207 untuk semalam.
Seperti hotel-hotel mewah yang lain, dari segi kemudahan dalam bilik dan juga sekitar hotel memang terbaik. Walaupun hotel ini tidak menyediakan kolam renang umum, namun, dalam setiap bilik ada tab mandi disediakan. Anda boleh berendam sepuasnya. Privasi pun terjaga.
Untuk ke tempat tarikan utama di sekitar Alor Setar, anda tidak perlu risau. Memang berdekatan sahaja dengan lokasi hotel ini.
4. Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar
Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar ini dari jauh lagi sudah kelihatan tersergam indah. Ia terletak di Seksyen 2, Bandar Anak Bukit, Alor Setar iaitu lebih kurang 1 kilometer lebih sahaja dari lapangan terbang Sultan Abdul Halim.
Terdapat lima jenis bilik tetamu yang ditawarkan oleh hotel ini dengan harga bermula RM 250 untuk satu malam. Bukan sahaja menawarkan bilik penginapan yang selesa, persekitaran hotel ini juga sangat bersih, teratur dan sesuai untuk anda mengambil gambar bagi dimuat naik di media sosial!
Antara kemudahan yang penting disediakan oleh hotel ini ialah dobi, pengangkutan ke lapangan terbang, 'wake-up call' dan macam-macam lagi termasuklah kolam renang umum yang luas.
5. Hotel Grand Crystal
Hotel Grand Crystal ini adalah merupakan salah satu hotel pilihan yang mempunyai banyak review yang baik.
Setiap bilik mempunyai ruang yang besar serta dilengkapi dengan kelengkapan asas untuk keselesaan pengunjung. Siap ada bathtub dan peti ais mini lagi. Kolam renang untuk kegunaan umum pun ada. Harga bilik pula bermula serendah RM 101 sahaja untuk satu malam!
Walaupun hotel ini adalah merupakan antara hotel lama yang ada di Alor Setar, namun kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan memang memuaskan hati. Ditambah lagi dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar, sememangnya ia pilihan penginapan terbaik sepanjang anda berada di Alor Setar.
Jom Tempah Sekarang!
Jangan lupa buat tempahan hotel pilihan anda melalui laman web atau aplikasi Traveloka untuk dapatkan diskaun serta tawaran menarik. Dengan Traveloka, anda boleh menempah hotel mewah dengan harga yang lebih rendah!
1 comments
Assalamualaikum Husniey,boleh recommend hotel yg ok di temerloh selain seri malaysia. Terima kasih. Kak zainab kl
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.