GREEN REBEL, SYARIKAT MAKANAN BERASASKAN TUMBUHAN TERKEMUKA INDONESIA KINI TIBA DI MALAYSIA!
12/09/2022 02:07:00 pmGREEN REBEL, SYARIKAT MAKANAN BERASASKAN TUMBUHAN TERKEMUKA INDONESIA KINI TIBA DI MALAYSIA!
Rakyat Malaysia kini boleh menikmati daging alternatif berasaskan tumbuhan yang mengikut citarasa Asia Tenggara
Kuala Lumpur, 8 Disember 2022 – Green Rebel, syarikat startup protein alternatif terkemuka di Indonesia kini melebarkan sayapnya ke Malaysia, menandakan pengembangan pasarannya yang kedua di luar Indonesia dan Singapura. Green Rebel menawarkan daging alternatif berasaskan tumbuhan untuk pengguna Asia Tenggara yang ingin mencuba diet fleksitarian yang lebih sihat. Produk Green Rebel dibangunkan dengan teliti oleh chef, pakar pemakanan dan ahli teknologi makanan untuk menyediakan profil pemakanan dan rasa yang optimum, sambil mengurangkan jejak karbon.
Produk Green Rebel sedia untuk dimasak dan hanya akan mengambil masa kurang daripada enam minit untuk dihidangkan dari peti sejuk ke meja makan, dan boleh bertahan sehingga 12 bulan di dalam peti sejuk. Antara produknya termasuk ayam dan daging lembu alternatif, protein sayuran dan keju. Ia direka untuk mereka yang mempunyai jadual harian dan gaya hidup yang sibuk kerana ia adalah pilihan yang mudah yang telah mula diamalkan oleh banyak keluarga dalam penyediaan makanan harian mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Helga Angelina Tjahjadi berkata, “Kami teruja untuk pelancaran rasmi kami di Malaysia kerana rakyat Malaysia dikenali sebagai penggemar makanan yang suka mencuba produk baharu yang kaya perisa. Sebelum memperkenalkan produk secara rasmi pada hari pelancaran, kami telah mengadakan pra pelancaran beberapa bulan yang lalu melalui penyertaan kami dalam Malaysian Veg Fest dan juga melalui kerjasama kami dengan Hijau Kuala Lumpur untuk melihat maklum balas terhadap produk kami.
Kami gembira untuk melaporkan bahawa rakyat Malaysia sangat mengalu-alukan. Maklum balas yang kami terima sangat memberangsangkan, terutamanya untuk rangkaian khas kami seperti Beefless Rendang & Satay kerana perisanya menepati citarasa dan tekstur dagingnya telah ditepati. Ini adalah bukti keupayaan R&D kami untuk mencipta produk yang lazat, sihat dan mapan. Pertukaran kepada diet fleksitarian adalah lebih mudah dengan produk sejuk beku kami yang sedia untuk dimasak.”
Ketua Pegawai Inovasi dan Pengasas Bersama, Max Mandias berkata, “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sama ada untuk kegunaan perniagaan atau pengguna, kita kini memberi penekanan terhadap kemapanan sumber. Pengguna semakin mementingkan kesihatan dan alam sekitar dan oleh itu, kita melihat trend pertukaran kepada gaya hidup fleksitarian. Konsep produk kami bertujuan untuk memenuhi keperluan pengguna harian yang inginkan pemakanan sihat, namun tidak berkompromi dari segi profil rasa. Dengan Rebel Texturization dan Rebel Emulsion - teknologi proprietari Green Rebel - kami dapat mencipta tekstur daging berserat daripada cendawan shiitake dan soya bukan GMO, dan berjaya meniru pengalaman memakan daging. Ini memenuhi semua keperluan pengguna yang ingin menjaga alam sekitar tetapi juga ingin menikmati hidangan yang enak."
Green Rebel akan bekerjasama dengan restoran tempatan yang disokong oleh chef di Malaysia untuk mencipta hidangan popularnya dalam pelbagai bentuk berbeza seperti Beefless Rendang dan Chick'n Satay serta pelbagai jenis produk daging alternatif berasaskan tumbuhan lain. Green Rebel boleh didapati di Hijau Kuala Lumpur, Simply Good Food, The Hungry Tapir, Crown Colony, Vicked Good, Atlas, Vegan District dan Tanoshi Mart. Pek bawa pulang akan dijual di peruncit terpilih, dan dirancang untuk dibawa ke pelbagai pasar raya pada masa akan datang.
CIPTAAN DARI ASIA
Dilancarkan pada September 2020, Green Rebel ialah syarikat startup protein alternatif terkemuka di Indonesia yang merevolusikan cara pendekatan terhadap daging alternatif berasaskan tumbuhan — sama ada bagi seorang vegan, vegetarian, fleksitarian, atau pencinta daging.
Dengan menggabungkan kepakaran masakan, pengetahuan nutrisi dan teknologi makanan, Green Rebel telah mencipta bahan daging alternatif berasaskan tumbuhan yang benar-benar lazat. Semua produk Green Rebel dihasilkan daripada bahan berasaskan tumbuhan semula jadi, tanpa MSG tambahan, bahan pengawet dan gula halus. Hasilnya ialah rangkaian produk yang menepati citarasa Indonesia dan Asia yang menarik selera penduduk di rantau ini.
Makanan seperti cendawan dan soya bukan GMO digabungkan dengan tepung ubi kayu yang diproses dan bijirin penuh, tepung beras dan oat penuh untuk menghasilkan protein asas berkhasiat Green Rebel. Rempah-rempah dan herba semula jadi seperti serai, lengkuas, kunyit, ketumbar, asam jawa dan cili bukan sahaja memberikan rasa, malah juga memberikan pengalaman rasa umami semula jadi yang penting bagi kami, dan menghilangkan keperluan MSG tambahan.
SELERA KITA, CITARASA KITA
Semua produk Green Rebel kaya dengan protein, tidak mengandungi kolesterol, kurang lemak tepu dan mempunyai kandungan serat pemakanan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan produk berasaskan haiwan. Namun, ia masih mengekalkan tekstur dan rasa daging, dengan menggunakan teknologi proprietarinya, Rebel Texturisation dan Rebel Emulsion.
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Inovasi Max Mandias telah membangunkan satu set proses unik yang berjaya meniru pengalaman pemakanan daging. Formulasi proprietari minyak kelapa, air dan perasa vegan semula jadi yang dicipta melalui teknologi emulsi, bertindak sebagai pengganti lemak haiwan untuk mencapai rasa, aroma dan rasa berjus tersendiri yang dikaitkan dengan protein haiwan.
Ini membolehkan Green Rebel mencipta tekstur daging berserat yang jelas dalam produk Beefless dan Chick'n. Antara produk terbaik Green Rebel ialah Beefless Rendang dan Beefless Steak— potongan stik penuh pertama di Asia dengan rasa daging yang menyelerakan— serta Chick'n Satay dengan rasa ayam dan tekstur yang lembut.
Semua produk Green Rebel dibangunkan dengan teliti untuk menepati pelbagai kaedah masakan berbeza yang popular di rantau ini. Dengan perisa ringan dan tekstur yang menarik, "daging" Green Rebel mampu menyerap rasa dan perapan dengan mendalam dan juga tahan haba — menjadikannya sesuai untuk semua kaedah masakan Asia seperti hotpot, menggoreng, merebus, mengukus, memanggang, dan mencelur sambil mengekalkan teksturnya.
RANCANGAN MASA DEPAN
Green Rebel merupakan sebahagian daripada Burgreens Group, rangkaian restoran berasaskan tumbuhan terbesar di Indonesia, dan kini boleh didapati di lebih daripada 1,000 outlet F&B di Indonesia dan Singapura, seperti Starbucks, Fore Coffee, Kopitiam Killiney dan Dominos, serta di lebih daripada 100 peruncit di kedua-dua negara itu.
Pengasas Helga Angelina Tjahjadi dan Chef Max Mandias — kedua-duanya vegan yang setia — mengasaskan Green Rebel dengan komitmen untuk menjadikan daging berasaskan tumbuhan sebagai makanan ruji harian untuk orang ramai dari semua lapisan masyarakat yang mencari hidangan yang boleh disediakan dengan cepat, lazat, murah dan tersedia secara meluas sambil mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Singapura ialah pasaran negara pertama yang mula diceburi Green Rebel di luar Indonesia, dan selepas Malaysia, Green Rebel akan memberi tumpuan kepada pelancarannya di Filipina, Vietnam, Korea Selatan dan Australia.
Sebagai salah satu jenama daging alternatif yang paling menarik dilancarkan di rantau ini, pengembangan serantau/APAC Green Rebel dibiayai oleh pembiayaan pra-A terlebih langgan sebanyak US$7 juta sebelum pembiayaan Siri A.
Antara pelaburnya ialah:
● Unovis, peneraju dunia pelaburan protein alternatif dengan pengalaman lebih daripada 15 tahun yang telah menyokong jenama alternatif tenusu Oatly, dan jenama protein alternatif Beyond Meat, Good Catch dan Starfield (jenama protein alt terkenal dari China);
● Teja Ventures, firma modal gender-lense yang melabur dalam syarikat startup yang diterajui wanita dan memberi impak kepada wanita.
● Better Bite Ventures, firma modal yang dipacu misi yang melabur dalam syarikat startup protein alternatif APAC dengan potensi untuk menjadi unicorn;
● AgFunder, firma modal yang melabur dalam teknologi yang membawa impak dan berkesan yang mengubah sistem makanan dan pertanian kita dengan pantas;
● CJ Group, konglomerat terkemuka yang memberi fokus terhadap citarasa Asia dan Korea
● Kane Lim, usahawan kelahiran Singapura dan bintang Netflix
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.greenrebelfoods.com
[END]
Tentang Green Rebel
Green Rebel — Syarikat startup protein alternatif terkemuka di Indonesia yang menawarkan daging alternatif berasaskan tumbuhan untuk pengguna Asia Tenggara yang inginkan diet fleksitarian yang lebih sihat. Pengasas Helga Angelina dan Chef Max Mandias, yang juga merupakan vegan, memulakan Green Rebel dengan komitmen untuk menjadikan daging berasaskan tumbuhan lazat, murah dan tersedia secara meluas sambil mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar
Dengan menggabungkan makanan seperti cendawan, soya bukan GMO dan oat yang bergulung, serta rempah ratus dan herba semulajadi seperti lengkuas, kunyit dan cili, Green Rebel menawarkan citarasa istimewa dari Indonesia dan Asia seperti Beefless Rendang dan Chick’n Satay.
Green Rebel dilancarkan di Indonesia pada September 2020, dan diasaskan oleh pasukan yang sama yang mengasaskan Burgreens, rangkaian restoran berasaskan tumbuhan terbesar dan terkemuka di Indonesia. Selepas berkembang ke luar Indonesia di Singapura pada April 2022, dan Malaysia pada November 2022, Green Rebel bersedia untuk berkembang ke Filipina, Vietnam, Korea Selatan dan Australia.
0 comments
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.