Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur, Fokus Dan Stres
12/21/2022 09:00:00 pmAssalamualaikum Hai, Salam Sejahtera. Untuk entri kali ni husniey nak kongsikan mengenai Depresi dimana tujuan husniey kongsikan mungkin untuk persiapan kepada diri sendiri dengan menambah ilmu perkara-perkara berkaitan depresi dan juga untuk berikan manfaat pengetahuan kepada semua. Seperti yang husniey tulis pada entri sebelum ini, husniey telah kehilangan anak syurga yang husniey kandung 5 bulan namun Allah lebih berhak keatasnya.
Perjalanan akhir anak ibu, Imanina Husna, semoga anak syurga ibu akan tolong ibu di hari akhirat nanti.
Walau pun husniey redha dengan pemergiaannya, namun husniey hanyalah seorang manusia biasa yang ada kalanya husniey tak dapat lari dari perasaan sedih. Bila mengenangkannya pasti air mata akan mengalir. Namun sebagai seorang umat Islam yang beriman, husniey percaya kepada Qada’ dan Qadar. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Allah S.W.T pasti telah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk husniey. Husniey bersyukur kepada Allah S.W.T pinjamkan 5 bulan kepada husniey untuk merasai pengalaman mengandung dan ianya satu pengalaman yang pasti husniey tidak akan lupakan buat selama-lamanya. InshaaAllah ada rezeki lain yang Allah aturkan pada masa akan datang dan dia adalah sebaik-baik perancang.
Kehilangan orang yang tersayang lebih-lebih lagi yang ditunggu-tunggu sekian lama pasti akan memberikan rasa sedih kepada seseorang. Lebih parah perasaan itu boleh mempengaruhi kepada ketidakstabilan emosi sehingga boleh menyebabkan depresi atau kemurungan yang melampau. Jika ianya tidak dikawal dan diatasi, ia boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk contohnya seperti tubuh badan tidak bermaya, kesihatan merosot, hilang mood untuk melakukan aktiviti dan paling teruk boleh menyebabkan tindakan diluar kawalan.
Apakah Depresi?
Infografik berkaitan kesihatan mental pada tahun 2019 berdasarkan World Mental Health Report: Transforming Mental Health for All. Geneva: World Health Organization; 2022. Sumber: DewanKosmik
Depresi adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.
Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Depresi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Depresi juga dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon iaitu paras hormon kortisol yang tinggi dan kurang penghasilan serotonin yang menyebabkan simptom depresi.
Apakah Simptom Depresi?
Berikut adalah simptom-simptom depresi:
- Anxiety
- Kesedihan
- Kehilangan minat untuk aktiviti yang menyeronokkan sebelumnya
- Kesukaran dengan tumpuan atau ingatan
- Perubahan selera makan yang berkaitan dengan perubahan berat
- Gangguan tidur
- Kehilangan tenaga
- Penurunan aktiviti sosial biasa atau penarikan diri dari rakan dan keluarga
- Perasaan tidak berharga, tidak berdaya atau putus asa
- Pengurangan minat terhadap aktiviti seksual
- Rasa mahu bunuh diri
Anxiety merupakan perasaan bimbang, risau dan takut terhadap sesuatu yang boleh memberikan ancaman. Perasaan ini boleh memberikan kesedaran supaya bersedia menghadapi perkara yang dibimbangi itu. Apabila berasa terancam, tindak balas kimia akan membuatkan jasad bertindak bagi mengelakkan kecederaan yang dipanggil ‘fight or flight’. Ketika ini, otak akan bertindak balas terhadap ancaman tersebut lalu merembeskan hormon adrenalin dan kortisol.
Sumber: Covid-19.moh.gov.my
Walaupun ancaman tersebut kadang-kala bukannya nyata dan hanya dalam fikiran, rembesan hormon-hormon ini akan memberikan simptom anxiety. Hanya apabila ancaman tersebut hilang dan tiada lagi perkara yang perlu dibimbangi, jasad akan kembali menjadi normal. Bagi seseorang yang mengalami masalah anxiety, kebimbangan terhadap ancaman tidak berlalu pergi malah menjadi semakin kuat kerana kerap difikirkan. Setiap orang akan mengalami anxiety selalunya mengalami simptom yang berbeza-beza berdasarkan keupayaan seseorang mengendalikan kebimbangan tersebut.
Antara simptom anxiety adalah:
- Fikiran bercelaru dan banyak berfikir hingga tidak terkawal
- Tidak fokus
- Gementar, terlalu takut atau panik
- Mudah marah
- Was was atau ragu-ragu yang keterlaluan
- Insomnia atau masalah tidur
- Perubahan selera makan
- Rasa mahu lari dari masalah
- Kerap berpeluh
- Nafas kuat dan laju serta Jantung berdegup laju
- Kulit kemerahan
- Mulut kering
- Keletihan melampau
- Pening dan pengsan
- Sakit perut
Seseorang yang mengalami anxiety kronik kebiasaannya akan banyak berfikir lalu menyebabkan fikiran bercelaru dan tidak dapat fokus. Terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran mereka termasuklah hal-hal remeh dan yang hal tidak berkaitan dengan mereka.
Bukan sahaja tidur yang tidak cukup boleh membawa kepada anxiety, tidur yang terganggu juga adalah merupakan antara simptom anxiety. Stres menyebabkan seseorang akan terlalu banyak berfikir dan sukar untuk tidur.
Mudah Tidur Dan Tidur Lebih Lena Dengan Eskayvie Mindtropic
Eskayvie Mindtropic merupakan inovasi terkini dari Eskayvie yang diformulasikan oleh Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan bagi membantu untuk mengatasi masalah sukar tidur serta mendapatkan tidur yang lebih lena. Selain itu juga ia mampu merangsang perkembangan otak, menguatkan memori, mengatasi masalah kemurungan dan anxiety.
Eskayvie Mindtropic dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi tanpa bahan kimia atau dadah yang merbahaya. Ianya halal dan selamat diambil. Dibawah merupakan bahan-bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic.
Phosphatidylserine
- Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung.
- Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.
- Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar.
- Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.
Ashwagandha KSM-66
- Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.
- Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
- Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
- Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
Bacopa Monnieri
- Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat.
- Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
- Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
- Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
Magnesium
- Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak.
- Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
- Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).
Selenium
- Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
- Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
Kelebihan Eskayvie Mindtropic
- 100% Bahan Semula Jadi
- Rasa Tropika Yang Enak
- Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan
- Tanpa Gula Tambahan
- Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award
Manfaat Eskayvie Mindtropic
- Mengatasi gejala Brain Fog
- Merangsang perkembangan sel otak
- Menguatkan memori
- Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
- Menjadikan mood & emosi lebih terkawal
- Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
- Menjadikan lebih ceria & gembira
- Meningkatkan kesihatan tulang & otot
Cara Pemakanan
Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.
Bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.
Bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.
*Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.
Feedback Pengguna Eskayvie Mindtropic
Berdasarkan feedback-feedback di atas, kita boleh lihat ramai yang memberikan respon yang positif selepas mereka mengamalkan Eskayvie Mindtropic di mana mereka lebih mudah tidur dan dapat tidur yang lena. Bila dapat tidur yang mencukupi dan berkualiti, badan akan lebih bertenaga, emosi stabil dan ceria selepas bangun dari tidur.
Tonton video di bawah perkongsian dari Puan Siti Zubaidah, 39 tahun yang mengalami anxiety. Beliau mudah naik marah bila tak cukup tidur kerana sukar tidur malam dan tidak dapat tidur dengan lena. Namun, semuanya berakhir setelah mengamalkan Eskayvie Mindtropic. Kini beliau dah mampu mengawal emosinya.
Tidur Cukup Bantu Stabilkan Emosi
Tidur sering dikaitkan dengan emosi seseorang. Dengan tidur, seseorang itu boleh melupakan masalah yang dihadapinya. Tidur bukan sahaja mampu merehatkan minda dan fizikal malah banyak manfaat lain yang boleh didapati melalui tidur yang cukup. Dalam kehidupan yang serba canggih ditambah pula dengan tekanan serta gaya hidup sekarang ini, agak sukar bagi kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.
Dengan adanya Eskayvie Mindtropic, anda tidak perlu lagi risau kerana produk ini dapat membantu anda untuk mudah tidur serta dapat tidur yang lebih lena dan sekaligus dapat mengawal masalah kemurungan, anxiety dan ketidakstabilan emosi. Eskayvie Mindtropic dihasilkan khas untuk membantu mengatasi masalah sukar tidur dan meningkatkan perkembangan otak serta kesihatan tubuh badan.
Untuk tahu lebih lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic ini, anda boleh ke laman sesawang dan media sosial mereka.
Website: www.eskayvie.com
Instagram: eskayviemalaysia_
Facebook: Eskayvie Malaysia
Sedikit renungan untuk ingatkan diri sendiri dan semua. Walau apa pun ujian yang Allah berikan kepada kita, maka ingatlah bahawa Allah tidak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita. Pasti ada hikmah disebaliknya dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.
Love,
Husniey Husain
0 comments
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.