Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur, Fokus Dan Stres
12/21/2022 09:00:00 pmAssalamualaikum Hai, Salam Sejahtera. Untuk entri kali ni husniey nak kongsikan mengenai Depresi dimana tujuan husniey kongsikan mungkin unt...
Assalamualaikum Hai, Salam Sejahtera. Untuk entri kali ni husniey nak kongsikan mengenai Depresi dimana tujuan husniey kongsikan mungkin untuk persiapan kepada diri sendiri dengan menambah ilmu perkara-perkara berkaitan depresi dan juga untuk berikan manfaat pengetahuan kepada semua. Seperti yang husniey tulis pada entri sebelum ini, husniey telah kehilangan anak syurga yang husniey kandung 5 bulan namun Allah lebih berhak keatasnya.
Perjalanan akhir anak ibu, Imanina Husna, semoga anak syurga ibu akan tolong ibu di hari akhirat nanti.
Walau pun husniey redha dengan pemergiaannya, namun husniey hanyalah seorang manusia biasa yang ada kalanya husniey tak dapat lari dari perasaan sedih. Bila mengenangkannya pasti air mata akan mengalir. Namun sebagai seorang umat Islam yang beriman, husniey percaya kepada Qada’ dan Qadar. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Allah S.W.T pasti telah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk husniey. Husniey bersyukur kepada Allah S.W.T pinjamkan 5 bulan kepada husniey untuk merasai pengalaman mengandung dan ianya satu pengalaman yang pasti husniey tidak akan lupakan buat selama-lamanya. InshaaAllah ada rezeki lain yang Allah aturkan pada masa akan datang dan dia adalah sebaik-baik perancang.
Kehilangan orang yang tersayang lebih-lebih lagi yang ditunggu-tunggu sekian lama pasti akan memberikan rasa sedih kepada seseorang. Lebih parah perasaan itu boleh mempengaruhi kepada ketidakstabilan emosi sehingga boleh menyebabkan depresi atau kemurungan yang melampau. Jika ianya tidak dikawal dan diatasi, ia boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk contohnya seperti tubuh badan tidak bermaya, kesihatan merosot, hilang mood untuk melakukan aktiviti dan paling teruk boleh menyebabkan tindakan diluar kawalan.