Mala Mini Hotpot

Apabila berbicara tentang industri Perkhidmatan Makanan (F&B) di Malaysia, hotpot adalah jenis sajian yang menjadi pilihan (Trend) masa ...



Apabila berbicara tentang industri Perkhidmatan Makanan (F&B) di Malaysia, hotpot adalah jenis sajian yang menjadi pilihan (Trend) masa kini. Dalam industri hotpot yang berkembang pesat kebelakangan ini, terdapat lonjakan jenama dari luar negara yang memasuki pasaran tempatan dengan sisten perniagaan Franchise atau Licensing. Ini adalah kerana budaya unik masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan mudah beradaptasi dengan sajian antarabangsa


Keadaan ini telah mewujudkan sebuah peluang yang luas untuk Mala Mini Hotpot meneroka kesempatan yang telah tersedia dengan menubuhkan sebuah  perniagaan perkhidmatan makanan yang dijalankan secara Licensing dengan menjadikan Hotpot sebagai hidangan utamanya 


Di Mala Mini Hotpot kami menjadikan “MALA”, iaitu sejenis resepi asli tradisi masyarakat di negara China yang telah menjadi warisan turun temurun sejak berzaman dan mendapat tempat di kalangan masyarakat negara China. Lebih menarik lagi, dengan perkembangn pesat ekonomi negara China dan jalinan hubungannya dengan negara-negara luar,telah menjadikan sajian resepi “MALA” ini turut berkembang ke seluruh dunia.


[Maklumat Asas Jenama]

Jenama:Mala Mini Hotpot 

Model Perniagaan: Cawangan + Licensing

Jenis Outlet: Premium & Express


Premium Outlet : Keluasan minima 2000sqft

Premis : Mall/stand alone shoplot


EXPRESS

Express Outlet : Keluasan minima 450sqft
Premis : Food Court/Kiosk in mall & Outdoor/Kiosk On The Move






MALA MINI HOTPOT

Mala Mini Hotpot ialah kumpulan syarikat pengurusan katering yang mengkhusus dalam perniagaan rangkaian restoran, penyelidikan dan pembangunan makanan dan minuman.
Ibu pejabatnya yang terletak secara strategik di Pusat Perdagangan Equine Park, Selangor, Malaysia. Ia mempunyai dapur pusat dan pusat logistik terkini. Pasukan pakar Mala Mini Hotpot yang berpengalaman dan yang diterajui oleh pengerusi kami iaitu Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Y.A.M TENGKU LAKSAMANA SELANGOR untuk sentiasa bergerak ke hadapan dan berinovasi untuk menyumbang usaha dalam membangunkan sistem pengurusan saintifik yang serasi dengan budaya korporat Mala Mini Hotpot.


Asal Usul Dan Perkembangan Mala Mini Hotpot


Dalam masyarakat moden ini, apabila disebut berkenaan makanan sedap, minda kita biasanya akan mula membayangkan hotpot. Terdapat banyak jenama hotpot yang muncul dalam senarai makanan sedap, malah sesetengah daripadanya berada pada kedudukan yang agak tinggi dalam senarai. 

Resepi Mala yang dipopularkan oleh Mala Mini Hotpot ini memiliki cerita sejarahnya yang tersendiri. Kononnya dahulu pada era penghujung Dinasti Ming dan awal Dinasti Qing terdapat sekumpulan besar tukang perahu yang bekerja di jeti sungai Jialing dekat Sinchuan dan dok Chaotienmen di Chongqing. Oleh kerana suhunya yang sejuk dan berkabus, mereka menyediakan resepi campuran pelbagai jenis cili dan rempah herba yang dapat memanaskan badan. Kemudian mereka menambah beraneka jenis bahan makanan lain seperti daging, makanan laut dan sayuran untuk dicelup kedalam sup campuran rempah tadi.

Populariti resepi Mala ini mula berkembang apabila para peniaga dari Chengdu menjadikannya sajian yang dikomersilkan.Kerana rasanya yang enak dengan ciri kebas dan pedas, ianya sangat digemari oleh seluruh penduduk tempatan dan berkembang ke seluruh China terutamanya di Xianjiang iaitu daerah penempatan muslim terbesar di negara China. Kini resepi mala ini turut juga dikenali oleh sebahagian besar masyarakat dunia. 

Di Mala Mini Hotpot, bagi memastikan kualiti yang terjamin kami menggunakan lada bunga dari Gansu, cili dari Guizhou dan sebatian mentega dari Qinghai,Xianjiang juga puluhan jenis rempah ratus dari Yunan.

Mala Mini Hotpot adalah jenama yang dicipta di bawah dorongan keperluan orang ramai terhadap makanan sedap. Ia telah mencipta semula dan menaik taraf hotpot yang telah menjadi warisan budaya selama berabad-abad dengan kaedah pengurusan dan penjenamaan yang moden untuk menyediakan pengalaman berbelanjaan yang lebih baik kepada pelanggan.


Rahsia Mala Mini Hotpot Untuk Kekal Mampan 


Kebelakangan ini, amalan berbelanja dan gaya hidup orang ramai telah mengalami perubahan yang besar. Penyediaan makanan yang mudah, ringkas dan pantas kini mula menjadi pilihan orang ramai .Tidak hairanlah jika hidangan Hotpot yang memiliki ciri tersendiri dalam industri makanan dan minuman yang menerapkan corak perbelanjaan yang murah tetapi berkhasiat menjadi bahagian penting daripada hidangan popular yang digemari terutamanya generasi anak muda.

Pandemik yang melanda pada tahun 2020 telah menyebabkan industri makanan dan minuman terjejas teruk seperti ketibaan “hari kiamat”. Banyak restoran telah mengalami prestasi perniagaan merosot dan terpaksa gulung tikar ekoran malapelaka yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Namun demikian, Mala Mini Hotpot telah berjaya melihat musibah yang melanda dari sudut yang positif. Kami mula menjalankan operasi perniagaan dengan model terbaru iaitu “Perniagaan Ringan Aset”. Atupun lebih dikenali sebagai (Asset Light Business Model) . Empat perkara pokok yang diterapkan dalam Perniagaan Ringan Aset adalah: 

Modal yang rendah dan munasabah- Tujuannya agar ramai usahawan muda dapat bergabung dengan Mala mini Hotpot
Pulangan Modal (ROI) yang pantas – Ini adalah satu elemen yang sangat penting dalam perniagaan, kerana kepantasan (ROI) dapat mengurangkan atau menutup langsung risiko kerugian.

Keuntungan yang tinggi – Bukan sekadar meraih jualan, tetapi mengutamakan keuntungan dengan langkah merendahkan kos operasi serta kos bahan mentah.
Ruang Perkembangan Yang Luas – Operasi teknikal yang mudah dikendali tanpa keperluan tenaga mahir serta (SOP) Prosedur Operasi Standard yang seragam memudahkan system diduplikasi

Kaedah operasi perniagaan yang dapat dilihat dari sudut peningkatan volum jualan secara jelas dan dapat dihitung (Numbers) dan kejayaan setiap cawangan yang mendapat sambutan dengan kecepatan pertambahan cawangan serta pengenalan jenama melalui media social (story) yang dipadankan dengan gabungan Asset Light Business Model bakal menjadikan Mala Mini Hotpot sebagai sebuah perniagaan yang berteraskan (Sexy Business Model).



 Meneroka Pasaran Halal

Perniagaan hotpot di Malaysia telah mengalami persaingan yang sangat sengit dikalangan pasaran Non Muslim. Ia sudah pun menjadi pasaran Lautan Merah. Oleh itu, penerokaan pasaran baharu adalah perkara penting yang wajar dilakukan oleh setiap jenama. Menerokai pasaran Halal dalam negara telah menjadi peluang terbesar kepada Mala Mini Hotpot untuk mengatasi situasi tersebut. Ini adalah kerana pada masa ini, pasaran Muslim mendominasi 70% populasi penduduk dimalaysia sekali gus menjadikan peluang ini berada di peringkat lautan biru yang amat sesuai untuk diterokai. Sehubungan itu, strategi penjenamaan Mala Mini Hotpot juga memenuhi "keperluan rohani" di samping menangani keperluan ekonomi. Ini dapat melahirkan perasaan "kebolehpercayaan" dan "terjamin" untuk keepuasan pelanggan.


 Mementingkan Pemasaran Media Kendiri
Sejajar dengan perkembangan internet dan media baharu, penyebaran maklumat melalui media baharu kini dalam keadaan meledak, malah juga mencatatkan kepantasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Keunikan ciri ini telah membantu mesej daripada pengusaha restoran tersebar secara cepat, meluas dan berkesan untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh itu strategi "selebriti internet (KOL)" juga harus diberi perhatian. Mala Mini Hotpo sentiasa berikhtiar dan mempraktikkan cara yang paling sesuai untuk mewujudkan komunikasi secara mendalam dengan pengguna di luar pengaruh "selebriti internet" demi menyampaikan konsep dan kekuatan jenama kepada pengguna dan membentuk personaliti jenama serta menawan hati dan minda pengguna.


MALA MINI HOTPOT Food Republic Pavilion (Cawangan Perdana)


Sejak pelancaran cawangan perdana  MALA MINI HOTPOT di FOOD REPUBLIC @ PAVILLION, Bukit Bintang sebulan lalu, MMHP telah mendapat tempat di hati pengunjungnya serta sambutan yang amat menggalakkan terutamanya dari pelanggan ulangan.

PRODUK MALATANG yang merupakan ‘street-food’ atau makanan jalanan  yang sangat popular di Sichuan, Chengdu, Chongqing dan Xinjiang. Ia berasal dari Leshan, Wilayah Sichuan. Nama "Ma-La-Tang" yang bermaksud banyak lada dan serbuk cili perlu ditambah ke dalam hidangan supaya ia menjadi ‘pedas dan kebas’. Ia dibangunkan daripada masakan Sichuan yang mencerminkan identiti budaya tempatan. Malatang yang berkonsepkan “cepat, sedap dan murah” mendapat sambutan hangat daripada segenap lapisan masyarakat.



MALA CHUAN CHUAN ialah makanan tradisional yang berasal dari Chongqing dan Sichuan. Ia bukan sahaja salah satu makanan tradisional yang paling popular di kalangan masyarakat tempatan, tetapi juga mencerminkan budaya pemakanan masyarakat umum. Di Mala Mini Hotpot, Chuan Chuan disediakan dengan gaya moden generasi muda iaitu “Walking Cup” yang boleh dinikmati di mana-mana tempat dan keadaan.

“Mala Chuan Chuan” mendapat namanya kerana bahan-bahan makanan dicucuk pada sudu sebelum dicelup ke dalam periuk panas untuk dimasak. Dengan daya tarikan yang unik dan ciri-ciri tersendiri, hidangan ini telah tersebar luas dan menjadi popular di seluruh China.




MALA HOTPOT memiliki mempunyai aroma mala asli yang menyelerakan dan disertakan dengan pelbagai pilihan bahan makanan segar yang berkualiti tinggi dan memiliki unsur ketagihan dengan cara sajian Hotpot panas.Ianya dimasak dengan campuran cili yang pedas Bersama lada Sichuan yang kebas dan pedas.Campuran daging dan bahan-bahan berkualiti yang lain dicelupkan bersama sup Mala untuk dimasak dan sesuai dinikmati dalam sambutan keramaian




Mala Mini Hotpot sangat teruja membawa peluang perniagaan yang kaya dengan (USP) Unique Selling Proposition ini kepada anda dan amat berbesar hati menjemput sesiapa untuk menjadi rakan kerjasama yang berpeluang untuk meraih keuntungan yang lumayan di masa hadapan.


You Might Also Like

1 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.