Mala Mini Hotpot
8/09/2022 12:07:00 amApabila berbicara tentang industri Perkhidmatan Makanan (F&B) di Malaysia, hotpot adalah jenis sajian yang menjadi pilihan (Trend) masa ...
Apabila berbicara tentang industri Perkhidmatan Makanan (F&B) di Malaysia, hotpot adalah jenis sajian yang menjadi pilihan (Trend) masa kini. Dalam industri hotpot yang berkembang pesat kebelakangan ini, terdapat lonjakan jenama dari luar negara yang memasuki pasaran tempatan dengan sisten perniagaan Franchise atau Licensing. Ini adalah kerana budaya unik masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan mudah beradaptasi dengan sajian antarabangsa
Keadaan ini telah mewujudkan sebuah peluang yang luas untuk Mala Mini Hotpot meneroka kesempatan yang telah tersedia dengan menubuhkan sebuah perniagaan perkhidmatan makanan yang dijalankan secara Licensing dengan menjadikan Hotpot sebagai hidangan utamanya
Di Mala Mini Hotpot kami menjadikan “MALA”, iaitu sejenis resepi asli tradisi masyarakat di negara China yang telah menjadi warisan turun temurun sejak berzaman dan mendapat tempat di kalangan masyarakat negara China. Lebih menarik lagi, dengan perkembangn pesat ekonomi negara China dan jalinan hubungannya dengan negara-negara luar,telah menjadikan sajian resepi “MALA” ini turut berkembang ke seluruh dunia.