MCTS Tok Jembal - Kedai Seafood Celup Tepung Popular Di Terengganu
6/08/2022 04:05:00 pmKedai Makan Celup Tepung Terbaik MCTS - Celup Tepung Station
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Diharapkan semuanya dalam keadaan baik yer. Dah lama rasanya husniey tak berkongsi pasal tempat makan best di blog ini. Apa kata kali ini kita baca pasal kedai celup tepung di Terengganu. Biasanya hari minggu memang husniey mencari menu celup tepung di tepi pantai.
Terdapat banyak kedai memang pening nak pilih, tapi ada satu kedai ini yang husniey suka berhenti singgah makan. Kedai celup tepung yang popular itu, MCTS asalnya terlebih dahulu dikenali sebagai Mr Celup Tepung Station. Untuk pengetahuan anda. kini menukar jenama kepada MCTS. MCTS cawangan pertama adalah terletak di Kampung Penarik, Terengganu.
Terletak berhampiran dengan Pantai Penarik Setiu Terengganu. Cantik permandangan dekat kedai MCTS Penarik. Tenang sungguh fikiran dapat makan sotong celup tepung sambil tengok laut membiru. Sedikit info untuk semua, MCTS mula beroperasi di MCTS Penarik pada 28 Januari 2017 manakala bagi MCTS Tok Jembal baru saja dibuka sejak 27 Januari 2022.
MCTS Tok Jembal |
Husniey pernah singgah beberapa kali, biasanya kalau dalam perjalanan lepas balik dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu mesti singgah kedai MCTS Penarik. Untuk pelancong yang kali pertama datang ke Terengganu. Tak pasti hendak mencuba menu celup tepung yang sedap, husniey cadangkan mencuba di kedai MCTS cawangan kedua di Tok Jembal, Gong Badak, Terengganu. Dekat sikit dengan kawasan Kuala Terengganu. Lepas berjalan sakan bergambar di DrawBridge dan Pasar Payang korang bolehlah enjoy makan celup tepung pula ye.
Menu Signature Wajib Rasa di MCTS
Set Abang Sayang untuk 2 orang makan |
Lebih menarik lagi kan, korang boleh membuat pesanan mengikut set combo yang telah dinamakan dengan Set Poligami, Set Menantu Idaman, Set Abang sayang. Harga bagi set ini pun berpatutan dah tak perlu risau sebab dalamnya sudah termasuk sotong, ketam, udang, iakn dan bebola goreng lainnya. Memang syoklah kalau cicah cuka lada tu. Husniey sarankan kalau dah pesan menu seafood celup tepung kena padankan dengan air coconut shake ye, confirm makan tak pandang kiri kanan dah. Sedap tak terkata minum petang coconut shake tepi pantai, sorry lah mesti tak hirau dah pasangan kat sebelah, Hee.😜
Set Poligami untuk 3-4 orang makan |
Set Menantu Idaman untuk 7-8 orang makan |
Keistimewaan MCTS Berbanding Kedai Celup Tepung Lain
Kedai yang cantik dan bersih dengan pemandangan tepi laut. Walaupun lokasi di tepi laut tapi teduh selesa tempatnya. Bukan itu saja, kemudahan lengkap di sediakan seperti surau dan tandas untuk kegunaan pelanggan MCTS. Tak payah risau untuk mereka yang musafir, boleh singgah solat disini.
MCTS Penarik |
Paling rare tentang MCTS, ada sediakan tempat untuk bergambar yang cantik. Bolehlah nak OOTD tu kan. Suka tengok ada port love lah, buaian dan lain-lain. Wajiblah bergambar sekeping dua setelah kenyang makan-makan di MCTS. Jangan lupa masukkan port makan menarik ini dalam senarai korang apabila datang bercuti ke Terengganu!
Lebih menarik lagi kan bukan orang biasa je suka datang makan dekat sini, Menteri Besar Terengganu pun dah beberapa kali repeat makan kat MCTS ini siap bawa satu keluarga lagi singgah makan disini. Hebat bukan? Jangan lupa singgah ke MCTS Tok Jembal di Gong Badak Terengganu yer confirm tak menyesal makan celup tepung dekat sini ~
@mrceluptepungstation TQ kak @nadia.brian singgah MCTS sebelum ke Pulau Redang😍 tapi mana @mamatgotnochill ?? #sibudaknadia #mamatgotnochill #mcts #celuptepung #seafood #pantaipenarik #terengganu ♬ BUM BUM TAM TAM - Rubiarblxx
MEDIA SOSIAL MCTS:
Facebook Page | Instagram | Tiktok
MCTS TOK JEMBAL
Lot 31185-A Jalan Kubang Badak, Kampung Kubang,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
MCTS PENARIK
Lot 4067, Hadapan Kubur, Kampung Penarik,
22120 Setiu, Permaisuri, Terengganu
WAKTU OPERASI
MCTS PENARIK – 10 pagi – 8.00 malam
MCTS TOK JEMBAL – 12 tengahari – 8.00 malam
Baca sini juga:
5 Tempat Menarik Terkini Di Negeri Terengganu!
2 comments
Antara Syu punya target datang ke Terengganu nanti. Hu3.
ReplyDeleteWowww nmpk sedap
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.