First Time Bercuti Di Muar Johor, Check In Muo Resort
4/12/2022 04:27:00 pmAssalamualaikum dan Salam sejahtera. Moga kalian semua dalam lindungan Allah sihat selalu ya. Maafkan seketul husniey yang sudah lama tidak menulis di sini, lama betul tak buat perkongsian pasal hotel review, travel stories. Saja clearkan draft, publish this entry. Agak busy dengan urusan kerja. Kadang ada banyak perkara nak dikongsikan tapi bila semakin dewasa ni kita tapis dulu sebelum dikongsi di media sosial. Gituu. Panjangnya mukadimah! 😂
November 2021 tetiba tuan suami dapat cuti, pada masa yang sama husniey pun kebetulan dapat cuti juga, lagipun berkerja separuh masa. Adakala kena akur dengan pengurusan yang buat jadual kerja tak menentu. Bila dah ramai staf masuk kerja kami yang part time ni kena bercuti la. Ye begitulah kisahnya. Okay dah cukup berbalik kepada tajuk asal entri ini.
Perjalanan Dari Terengganu ke Johor Yang Jauh
Bila dah dapat cuti Husniey spontan mengajak tuan suami rentas negeri. Lama juga kami tak bercuti, busy betul nak stabilkan ekonomi. Kejap je bincang, last minute plan. Dulu husniey study di Politeknik Pasir Gudang. Sudah bertahun lama tak jalan-jalan Johor. Maklumlah jauh weh dari pantai timur Terengganu nak ke negeri selatan Johor.
17 November 2021. Perjalanan yang memakan masa 6 hingga 8 jam. Fuhh! Penat duduk lama dalam kereta. Bertolak dari Kuala Terengganu seusai subuh tiba di Muar pukul 2.30 petang. Untuk ke Muar Johor kami lalu negeri Pahang dulu.
Laluan yang dicadangkan Gambang - Muadzam Shah - Bandar Tun Abdul Razak - Segamat - Sagil (Jalan ni syok sebab nampak view Gunung Ledang) - Tangkak - Muar! Suka sepanjang jalan ni sebab takde tol, tudiaa kalau pergi Kuala Lumpur ni dah banyak habis kat tol je kan. Hehee🤗
Check In Muo Resort
Bila dah sampai Muar tu lega betul. Masyaallah akhirnya sampai. Perkara pertama kami buat ialah cari resort yang telah ditempah. Bercuti pada kali ini husniey pilih penginapan Muo Resort. Baca review ramai yang sukakan resort ni. Harga pun tak mahal. Okay jomlah baca review husniey pasal resort ini.
Rekaan Dalaman Bilik Yang Minimal & Cantik
Cantik sungguh rekaan dalaman dan susun atur bilik di Muo Resort. Dari luar bangunan kayu, dalamnya cantik. Saiz bilik tak luas sangat tapi okay masih ada ruang selesa untuk solat. Tilamnya yang empuk. Tandas selesa, ada disediakan tuala. Turut terdapat televisyen, heater kettle tu boleh kami buat air panas kan. Tapi tak sempat nak makan Maggi kat bilik pun sebab Muar ni ada banyak tempat makan best tau!
Menarik lagi, di kawasan resort ni terdapat landskap dan beberapa lukisan mural yang unik melambangkan tentang Muar. Laman dekat sekitar resort ni sesuai untuk korang yang suka bergambar OOTD.
Jalan-jalan dalam taman resort husniey terjumpa mini zoo. Ada sangkar kucing yang besar dan unik, kandang kambing, arnab, rusa, dan banyak lagi haiwan lain. Dalam resort ni turut ada cafe. Susunan landskap yang menarik tenang ada bunyi air dari kolam ikan. Suasananya santai sesuai untuk keluarga dengan anak-anak nak menginap di sini.
Kemudahan yang disediakan lengkap. Husniey tawakkal aje travel memang tak suka bawa seterika untuk iron tudung, nasib baiklah boleh pinjam resort punya. Okay takkan lah nak kongsikan yang best je. Ada sedikit kekurangan, iaitu disini tidak disediakan buffet breakfast. Rasanya kalau resort sediakan breakfast boleh dikatakan hampir sempurna penginapan ini. Jadi wishlist bagi setiap orang. Kan. So berapa rating untuk Muo Resort ini?
Kebersihan bilik: 4.7/5
Kemudahan: 4.5/5
Servis: 4.3/5
Lokasi: 4.5/5
Harga: 4.7/5
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat. Cukup setakat ini sajalah ye, nanti kita sambung di lain entri kisah jalan jalan cari makan di Muar Johor. Katanya daerah Muar ni popular dengan masakan asam pedas! 😍
Baca sini artikel lain yang menarik;
Tempat Best Honeymoon Dekat Janda Baik Pahang
3 comments
Tak pernah jejak kaki je Johor.
ReplyDeleteNext plan kami nak bercuti dekat Muar, kongsi lagi apa yang menarik eh
ReplyDeleteMEnarik.reen pun baru sekali ke muar tapi tak tidur la.
ReplyDeletenext time maybe leh tdo & tdo hotel ni lak
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.