Majlis Syukuri Ramadan | Meraikan Anak-Anak Yatim Di Kuala Terenganu Golf Resort
4/23/2022 04:11:00 am19 April 2022 - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haritu Husniey dan kawan-kawan Blogger berkesempatan menghadiri Majlis Syukuri Ramada...
19 April 2022 - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haritu Husniey dan kawan-kawan Blogger berkesempatan menghadiri Majlis Syukuri Ramadan di Kuala Terengganu Golf Resort. Majlis yang berlangsung ringkas namun tampak meriah, ceria dengan kehadiran anak-anak yatim.
Tujuan majlis ini diadakan untuk menyampaikan beberapa jenis sumbangan kepada anak-anak yatim. Anak-anak yatim/piatu ini dari Rumah Baitul Sakinah, Kuala Terengganu. Jam 6 petang para jemputan dan anak-anak yatim tiba di perkarangan Kuala Terengganu Golf Resort. Pukul 6.30 petang majlis dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya menyampaikan sumbangan duit raya dan pakaian raya untuk ke semua anak-anak yatim Baitul Sakinah.
Encik Emirul bersama anak-anak yatim |
Untuk pengetahuan anda, anak-anak ini terdiri daripada 60 orang. Sumbangan pakaian raya dan duit raya yang ditaja oleh UDA Holdings manakala buffet Ramadan pula ditaja oleh pihak Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR). Tersentuh hati melihat kesungguhan wakil yang memberi sumbangan iaitu Encik Emirul Azman (Pengurus Kelab KTGR).
Menghampiri waktu berbuka puasa, anak-anak yatim beratur mengambil makanan. Comel sungguh gelagat mereka. Penuh displin dan teratur saja majlis itu. Dalam majlis itu dapat dilihat dengan persembahan nasyid dan diakhiri dengan laungan azan ketika masuknya waktu maghrib. Laungan azan oleh wakil anak yatim dari Rumah Baitul Sakinah.
Peluang Taja, Berbuka Puasa Sambil Beramal ~
Menariknya, Husniey mendapat info dari pihak KTGR, rupanya orang ramai yang berminat boleh taja mereka yang kurang bernasib baik untuk berbuka puasa di sini. Buat bayaran minimum satu meja bagi mereka berbuka puasa. Besar pahala memberi makan bagi orang berpuasa.
Program berbuka sambil beramal ini telah bermula sejak 4 April dan akan berakhir pada 28 April 2022. Antara pusat pengajian yang terlibat ialah para pelajar daripada Asrama Putera Puteri Perkaya Marang, dan Asrama Putera Puteri Darul Falah.
Minimum untuk menaja bagi sebuah meja yang boleh muat 10 orang berbuka puasa adalah sebanyak RM 380 sahaja. Okay sangat kan, dapat taja 10 orang anak yatim dengan nilai yang rendah. Anda yang berminat bolehlah hubungi talian 011-62343211 (Encik Emirul).
Bufet Ramadan Warisan Serantau KTGR
Kalau sebut bulan puasa aje mesti ada banyak menu korang terliur kan. Adakala rambang mata nak pilih set bufet yang berbaloi. Di Kuala Terengganu Golf Resort menyajikan pelbagai jenis juadah. Bufet Ramadan yang berharga RM 48 sahaja bagi dewasa, manakala bagi kanak-kanak RM 38 sahaja. Murah kan?
Untuk maklumat lanjut hubungi nombor tertera ~ |
Antara menu yang disajikan pada hari itu ialah, Nasi Minyak, Nasi putih, ayam masak tomato, gulaI daging, satay ayam Muar, Ayam Masak Tomato, Sup Ayam Berempah, Spaghetti Carbonara, Kuey tiaw, bihun goreng serta pelbagai juadah pencuci mulut juga kuih muih tradisional seperti onde-onde, popia, dan buah-buahan tempatan.
Paling menarik turut ada kambing bakar, sate. ABC paling win dua kali husniey repeat. Tak puas, hee.
With Blogger Ganu 🤍 |
Terima kasih pihak KTGR sudi beri penghargaan pada Blogger yang terlibat ~ |
Selepas dah berbuka puasa dekat sini tak perlu risau nak solat magrib, di KTGR ini ada kemudahan surau wanita dan surau lelaki disediakan. Sungguh selesa kemudahan disini. Suka tengok reka dalaman yang menarik. Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk di banner ya. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat semua pembaca. Terima kasih.
Kuala Terengganu Golf Resort
Tempahan: (09-666 6836 / 019-967 1019)
Jalan Tok Jembal,
Mukim Kuala Nerus,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Love,
Husniey