Senarai Tempat Makan Sedap Dan Unik Di Temerloh Part 2!

Destinasi Makan-Makan Yang Unik di Temerloh,  Sarang Naga 76 Bila sebut Sarang Naga ini apa yang terbayang di fikiran korang? Mesti korang f...

Destinasi Makan-Makan Yang Unik di Temerloh, Sarang Naga 76



Bila sebut Sarang Naga ini apa yang terbayang di fikiran korang? Mesti korang fikir tempat ini ada naga ke, haha kann samalah kita. Asal nama Sarang Naga ini pemiliknya menceritakan beliau mendapat idea tentang tempat ini. Sarang Naga ini berasal dari nama kelab motor Dragon 76 MC. Kelab motor ini agak ramai juga ahli lebih kurang 120 orang. Kelab ini turut dikenali di Indonesia. Sarang juga turut memberi maksud bahawa semuanya berada disini. 'Pulang ke sarang', kata pemilik bernama Allan Mor beliau suka bila pengunjung datang dan merasakan tempat ini seperti rumah mereka sendiri. Biasanya memang ramai geng motor yang datang jadikan tempat ini sebagai port wajib singgah di Temerloh.


 Tempat ini berkonsepkan urban farm, pengunjung boleh datang makan dan bersantai di sini. Untuk pengetahuan kalian, Sarang Naga 76 ini terletak di dalam tanah kebun yang berkeluasan 12 ekar. Pada asalnya pemilik membeli tanah ini untuk buat projek perumahan namun tempat ini kawasan banjir, jadi ditukarkan tempat ini menjadi kebun. Pelbagai jenis buahan dan tanaman. Menariknya di dalam tanah kebun terdapat banyak lagi hal menarik. 

Di dalam tanah luas ini ada Sarang Makan, Sarang Lena, SarangHae (Petting Zoo). Tudiaa menarik bukan? Jarang kita jumpa tempat yang semua tarikan ada di sini! Baca sampai akhir entri ya.



Indahnya permandangan ni ✨

Di dalam Sarang Naga 76 ini terdapat restoran yang dinamakan Sarang Makan. Pengunjung dapat menjamu selera dengan menu makan pagi, makan tengahari juga makan malam. 


Sarapan pagi di Sarang Makan

Menu sarapan pagi yang popular di sini ialah Roti sarang telur, comel betul gaya roti sarang ni dihiasi dengan telur sebiji dekat atas tu. Makan dengan sambal khas tu sedap jugak weh ~ rasa tekstur roti pun rangup. Rasanya pengemar roti canai kena cuba menu dekat sini. 

Pengasas Sarang Naga - Allan Mor. Bersahaja orangnya, rendah diri


Selain roti sarang korang boleh merasai menu lain juga seperti nasi berlauk, nasi lemak, mee goreng dan banyak lagi. Suasana kedai sejuk je sambil menikmati permandangan kebun yang hijau.



Makan tengahari di Sarang Makan

Di sini juga terdapat menu sate arnab, nampak sedap tapi tak sempat nak merasa. Makan tengahari di Sarang Makan ni juga tak kurang hebatnya. Menu ikan patin tempoyak, sambal belacan dan ikan talapia goreng menjadi santapan kami ketika di sini. Semua pakat menambah nasi. 



Uniknya di sini selepas makan korang boleh berjalan-jalan di sekitar sini kerana terdapat mini zoo yang dinamakan sebagai Saranghae. Sempat kami berkenalan dengan pelbagai jenis binatang di sini, ada beberapa ekor rusa, spesis burung dan ayam yang jarang ditemui. Jangan terkejut ya turut terdapat beberapa ekor landak, husniey baru tahu setiap landak itu ada chip so bila hilang boleh tahu pemiliknya.




Rasanya ini kali pertama husniey melihat landak jarak dekat depan mata. Turut terdapat sangkar burung yang agak besar ye, ada burung merak dan sangkar arnab yang agak besar terdapat puluhan ekor arnab. Arnab disini memang untuk dijual. Baka arnab sini cantik gebu betul. Pengalaman yang menarik bila dapat pegang tengok sendiri depan mata keunikan binatang dekat sini. 


Kreatif binaan port bergambar ni ~

Selain itu korang boleh cari port bergambar OOTD, ada banyak port cantik untuk bergambar. Kreatif betul pengusaha tempat ni menggunakan kayu-kayu balak yang hanyut ketika banjir. Syabas!

Aktiviti seterusnya di sini ialah kami sempat meninjau tapak pembinaan yang tak lama lagi bakal siap sepenuhnya iaitu, Sarang Tarzan. Rumah penginapan yang dibina di atas pokok. Wah! 

Di Sarang Tarzan ni terdapat 5 buah bilik. Berdekatan Sarang tarzan ni boleh lihat ada anak sungai sesuai lah kalau nak memancing. Suasana tenang.

Sarang tarzan ~

Group lelaki Pengamal media - Temerloh Unlimited!

Tempat ni belum siap lagi jadi husniey sentuh sikit jelah. Harapnya dapat repeat ke sini lagi, yelah kan seronok kalau dapat bawa family kawan-kawan terjah sini. Datang bercuti ke Temerloh jangan lupa singgah Sarang Naga 76. Untuk maklumat lanjut rujuk di bawah ye


Facebook Page: Sarang Naga 76
Lokasi: Kampung Ketam, 28020 Temerloh, Pahang
Waktu Urusniaga: 7.00 am - 3 pm (Tutup Hari Isnin)
Rating: 9/10


Amani Vanilla Temerloh; Cafe, Nurseri Dan Ladang Vanilla Di Temerloh 

Jarang dapat peluang begini. Pertama kali husniey melihat tanaman Vanilla. Di Amani Vanilla ini pengunjung boleh jadikan port minum petang, syok kan minum kopi, makan waffle dan menikmati  aiskrim vanilla. Yang best di sini selain dapat melihat tanaman vanilla turut ada kafe yang menyajikan menu berasaskan vanila, segar dari ladang. 



Mendengar penjelasan dari pengusaha ladang vanila ini. Pemilik AVT - Mohd Feizal Mohd Narawi, beliau berkata menghasilkan tanaman vanila ini bukanlah satu usaha yang mudah. Proses yang memakan masa agak lama, dan dek kerana minat dalam bidang pertanian ni pengusaha masih lagi bertahan. Untuk pengetahuan semua, bagi memproses vanilla terbahagi kepada dua jenis iaitu serbuk dan ekstrak. 


Tanaman Vanilla - Nampak seperti pokok orkid kan?

Pengarah urusan AVT - Mohd Feisal Mohd Narawi 

Bukan mudah untuk menanam dan mengusahakan tanaman vanilla ini kerana di Malaysia belum terdedah. Dahulu Encik Feisal pernah menanam cili fertigasi dan jiwanya memang minat mendalam terhadap bidang perniagaan dan pertanian. Pelbagai kajian dilakukan bagi memastikan tanaman vanilla berjaya. Keluasan tanah untuk projek vanilla ini adalah 4 ekar. Bersebelahan projek vanilla ini dapat lihat ladang pokok kelapa matag.


Sedikit info, cara pemprosesan serbuk vanila asli secara konvensional. Bermula dari tanaman menghijau lalu bila berbuah akan melalui proses pengeringan pod, pod yang kering akan dibelah dan dibakar dalam oven yang panas, setelah melalui proses itu akan dipotong kecil akhir sekali akan dikisar. Pengusaha Amani Vanilla berkata kesemua proses ni memakan masa lebih kurang 6 bulan. Permintaan pasaran bagi produk ekstrak vanila sangat memberangsangkan di dalam dan luar negara.


Pod vanilla yang sudah dikeringkan - Berbau wangi!

Hanya dapat melihat tanaman vanilla dari luar pagar, pengunjung tidak dibenarkan masuk terus ke dalam nurseri kerana pokok-pokok ini sangatlah sensitif. Bagi pengunjung yang berminat dengan tanaman vanilla ini wajib singgah ke sini!


Antara produk makanan di cafe Amani Vanilla Temerloh ni ialah aiskrim vanila yang mempunyai pelbagai jenis topping gula kabung, salted caramel, rainbow pops dan chocolate rice. Harga aiskrim berbeza mengikut saiz. 

Harga aiskrim vanila
  • Aiskrim Kon (1 scoop): RM 3.00
  • Cup (2 scoops): RM 4.00
  • Medium (250ml): RM 10.00
  • Large (500ml): RM 18.00


Manakala bagi waktu operasi AVT ini pada setiap hari Selasa - Ahad, bermula jam 11 pagi hingga 7 malam dan hari tutup urus niaga hanya pada hari Isnin ya. Rating? 8.5/10

Untuk maklumat lanjut sila layari;
Instagram: vanilla_temerloh
Facebook: Vanilla Temerloh
YouTube: Amani Vanilla Temerloh


Baca sini entri yang berkaitan:

Homestay Penginapan Terbaik Bercuti di Temerloh Pahang

Destinasi Temerloh: Kuala Gandah Elephant Conservation Centre & Deerland Park

Senarai Tempat Menarik Di Kuala Terengganu 



Sekian saja entri husniey pada kali ini moga bermanfaat ya. Terima kasih sudi baca!

Love,
Husniey Husain

.
#temerlohunlimited
#kampungstay
#homestaydesamurni
#exploretemerloh2022
#exploretemerloh

You Might Also Like

2 comments

  1. duduk temerloh tapi tak pernah lagi sampai sarang naga tu

    ReplyDelete
  2. baru tahu rupa pokok vanila macam tu

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.