Senarai Tempat Makan Sedap Di Temerloh, Korang Kena Cuba ni! Part 1
3/02/2022 06:25:00 pmMakan Tengahari di Restoran Gobang Maju Tol Patin Tempoyak
Gobang Maju merupakan restoran makanan masakan tempatan masyarakat Temerloh terutamanya ikan patin masak tempoyak dan menu masakan kampung yang lain. Dekat Gobang Maju ni korang akan rasa teruja ye sebab konsep yang unik. Menggunakan sistem tol dan self service.
Ruang yang luas, selesa. Ada surau tandas disediakan~ |
Aneka lauk pauk ~ ambil je kat sini |
Udang galah pun ada ~ sedap ni |
Kegemaran ramai ~ |
Paling best mestilah tempat nak ambil lauk pauk, pelbagai variasi menu popular Temerloh Pahang. Antaranya ialah menu ikan patin tempoyak, pais patin, ikan talapia goreng, sayur-sayuran, ulam-ulaman, serta turut tersedia menu lainnya untuk memenuhi selera pelanggan yang datang.
Meja kami special sikit, semua dah terhidang ~ |
Pais Ikan Patin |
Yelah kan kalau korang rasa tak nak makan ikan patin, bolehla menjamu selera menu lainnya. Suka tengok konsep tol begini, senang tak berebut dengan pelanggan lain dan menu sentiasa ada terhidang. Tinggal pilih dan pickup masukkan dalam troli disediakan. Harga makanan sudah siap terpapar disitu takdelah isu kena cas mahal kan. Husniey confirm memang korang akan rambang mata memilih menu di Gobang Maju ni! Overall semua sedap kat sini. Patutlah ramai pelanggan. Alhamdulillah 😍
Lokasi: Lot 5086, Kampung Raja,
28000 Temerloh, Pahang
Waktu Urusniaga: 10 am - 9.30 pm (Buka setiap hari)
Rating makanan: 8/10
Makan Malam Terbaik Di Warung Moh, Ngeteh Kita
Tak lengkap kalau husniey tak share tempat makan malam di Temerloh. Malam pertama di Temerloh kami singgah makan di Warung Moh Ngeteh Kita, tak jauh dari penginapan kami. Alhamdulillah rezeki betul dapat jumpa menu kena dengan tekak. Suasana warung ni nampak santai dari luar, tapi sebenarnya cantik tau.
Meja makan yang diperbuat daripada kayu-kayu berkualiti tinggi mungkin jenis cengal atau jati. Beberapa bahagian tempat duduk nampak eksklusif. Selesa sungguh ruang di warung ini, walaupun kami makan beramai-ramai lebih 20 orang tapi ruang tak padat, meja yang luas sesuai nak lepak dengan keluarga besar ni.
Terdapat banyak menu di warung ini, jangan tak percaya pulak anda boleh menikmati menu dari sarapan pagi hingga ke makan malam tau. Menarik bukan? Malam itu menjamu selera nasi putih bersama tomyam campur, paprik ayam, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan sambal belacan. MasyaAllah sedap weh!
Malam itu kami makan malam bersama Tuan Kamaruddin Bin Ibrahim, Pengurus Besar Tourism Pahang. Pelbagai topik kami bersembang untuk merancakkan lagi industri pelancongan di Temerloh. Humble orangnya siap pelawa suruh tambah nasi, heee.
0 comments
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.