MYLEA APPRECIATION NIGHT & NEW PACKAGING DREAM CURVE!

MYLEA Hargai Semua Leader, Ejen, Fighter Adakan Majlis Makan Malam Di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu Kuala Terengganu, 13 Mac 2022- Amyl...

MYLEA Hargai Semua Leader, Ejen, Fighter Adakan Majlis Makan Malam Di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu


Kuala Terengganu, 13 Mac 2022- Amylea Group Sdn Bhd atau dikenali MYLEA telah mengadakan Mylea Appreciation Night 2020 & 2021 bagi meraikan para fighter (business partner), ejen- ejen dan kakitangan Amylea Group Sdn Bhd untuk pencapaian tahun 2020 dan 2021. 


Syukur alhamdulillah Husniey dapat menghadiri majlis yang gah dan indah ini. Majlis diadakan bertempat di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu. Majlis yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020 lagi namun terpaksa ditunda disebabkan wabak covid-19. 


Turut sama dalam pelancaran ini adalah pengasas Mylea iaitu Puan Amylia Farhana dan suaminya, Tuan Mohd Fakhrulrazi. Ketibaan pasangan ini diserikan lagi nyanyian oleh Amir Aziz. Tidak lupa bacaan doa selamat untuk memastikan majlis berjalan lancar sehingga ke akhirnya. Para hadirin dapat melihat tayangan montaj kejayaan MYLEA sejak tahun 2020 hingga 2021. Lebih mengujakan, terdapat lebih 50,000 testimoni pengguna Mylea. Hebat bukan?

Bersama Pengasas MYLEA,
Puan Amylia Farhana


Pengasas Mylea mengambil peluang memberi sepatah dua kata-kata penghargaan kepada semua business partner, ejen dan ke semua para hadirin.


Terima kasih banyak-banyak kepada semua sudi datang. Leader, fighter, ejen, ada yang datang dari jauh Selangor, Melaka. Tanpa kalian semua Mylea tidak akan bertapak kukuh seperti ini




Dalam ucapan Puan Amylia juga berharap satu hari nanti Amylea Group Sdn Bhd akan jadi syarikat pembayar zakat terbesar di Kuala Terengganu. Aaminn. Moga tercapai hajat dan doanya. Dalam kita ghairah mengejar kejayaan kekayaan dunia jangan lupa memastikan usaha itu berkat dan dihulurkan kepada yang memerlukan. Terinspirasi sungguh dengan semangat dan harapan Puan Amylia!


Persembahan magic dan perlancaran New Packaging Dream Curve✨
Inilah minuman Dream Curve,
thanks for this goodies bag!


Seterusnya para hadirin asyik menonton persembahan magic dari @fakhrul_ilussionz, dan perlancaran packaging terbaru minuman Dream Curve, jomlah semua kita target kurus raya Aidilfitri nanti! Sedikit info buat semua pembaca, Dream Curve merupakan minuman campuran berperisa Hazelnut Latte. Minuman ini menfokuskan penyelesaian masalah berat badan yang mana telah diberi nafas baru dengan kombinasi jus minuman detox dan meal replacement di dalam satu kotak. Dirasmikan oleh Pengasas Mylea itu sendiri iaitu Pn. Amylia Farhana dan En. Mohd fakhrulrazi


Malam itu juga, seramai lapan (8) orang telah mendapat pakej umrah bagi pencapaian jualan mereka bagi tahun 2021. Empat daripadanya kategori fighter, dua orang dari kategori ejen dan manakala dua orang lagi adalah kategori kakitangan Mylea. 


Bagi kategori fighter, penerima pakej umrah adalah seperti dibawah:

1. Pn. Azliza Binti Ibrahim 2020- 

RM 1,889,639.00, 2021- RM 2,559,529.00.

2. En. Ahmad Firdaus Bin Mohamad 2020- 

RM 1,044,848.00, 2021- RM 1,672,030.00

3. Hf Stylish Enterprise 2020-RM1, 607,414.80 , 2021- RM 1,430,155.00

4. En. Ahmad Zakhirie Bin Mohamad 2020 - RM 958,602.00, 2021- RM 1,112,543.00.


Penerima Pakej Umrah - Kategori Fighter


Manakala bagi kategori ejen, penerima adalah seperti dibawah:

1. Pn Najihah binti Yusof 2020- RM 262,421.40, 2021- RM 419,413.75

2. Pn Wan Normalini binti Wan Ghani 2020

RM 299,119.30, 2021- RM 279,986.64


Penerima Pakej Umrah - Kategori Ejen


Akhir sekali, bagi kategori kakitangan, penerima adalah seperti dibawah:

1. Muhammad Danial Firdaus bin Mat Nasir 2020- RM 1,923,343.00, 2021- RM 754,014.00

2. Mohd Aniq Asymawi Bin Mohd Tarmizi 2020- RM 963,453.00, 2021- RM 562,455.55


Bagi tahun 2020, hadiah pakej umrah telah diberikan berbentuk wang tunai sebelum ini memandangkan majlis makan malam tidak dapat diadakan dan pada malam ini hanya diberikan reward atas pencapaian bagi tahun 2021 sahaja. Selain itu turut terdapat pencapaian dan Anugerah diberikan. Antaranya ialah;

  1. Anugerah learning point terbaik - Fatma fauzi
  2. Anugerah bonding terbaik - Fatihah Fauzi
  3. Anugerah Top Sales 2021 (bukan leader) - Zuraini Badiuzzaman 
  4. Anugerah Komitmen (join kelas) - Azizah Osman


Penyampaian Anugerah Marketer Terbaik 2020 - 2021

Penerima Anugerah learning terbaik, bonding terbaik, top sales 2021, serta anugerah Komitmen



Menariknya lagi, pada akhir majlis turut disampaikan hadiah cabutan bertuah bagi peraduan Gores & Menang.  Seronok tengok pemenang bawa balik hadiah motosikal, datang dari jauh dengan bas balik naik motor ye. 

Peraduan ini diadakan sempena pelancaran New Advanced Formulation Mylea Freckles Serum yang telah diadakan baru-baru ini. Pemenang membawa pulang sebuah motosikal MW 110 dan sebuah telefon pintar. 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemenang anugerah, penerima pakej umrah. Bukanlah mudah untuk terus kekalkan momentum diri bagi meraih kejayaan dan keuntungan besar di saat dunia sedang menghadapi pandemik. Bangga rasa tengok orang Melayu ramai berjaya dalam perniagaan. Semoga Mylea semakin maju jaya! 


Maklumat lanjut sila layari;

Website: www.mylea.my

Facebook: Mylea Skincare Malaysia

Instagram: mylea_hq

Emel: myleaskin@gmail.com

.
.

#mylea
#myleahq
#myleanewpacklaunching
#myleafrecklesserum
#myleaappreciationnight

You Might Also Like

2 comments

  1. Boleh dapatkan produk MYLEA dari fana untuk bantu selesaikan masalah awak ��0️⃣1️⃣6️⃣3️⃣1️⃣3️⃣3️⃣2️⃣0️⃣0️⃣..Dapatkan free gift di Setiap pembelian awak dengan fana��

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.