Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia - Visit Temerloh Day Two

Monumen Ikonik Di Temerloh Pahang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mesti ramai kan yang tak tahu tentang tempat menarik ini yang terleta...

Monumen Ikonik Di Temerloh Pahang



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mesti ramai kan yang tak tahu tentang tempat menarik ini yang terletak di Lanchang Pahang. Sedikit info, Lanchang merupakan mukim di dalam daerah Temerloh. Kalau kebetulan korang datang ke Temerloh, haruslah singgah di sini. Selain mendapatkan maklumat tentang Titik Tengah Semenanjung Malaysia ni, korang juga berpeluang untuk bergambar kenang-kenangan di sini. Banyak port yang instagrammable, sesuai juga kalau datang dengan family dan anak-anak. 



Info Tentang Titik Tengah Semenanjung Malaysia 

Monumen Titik tengah semenanjung malaysia ini dibina bagi meraikan Temerloh sebagai Bandar Titik Tengah Semenanjung. Kedudukan Monumen Ikonik dianjakkan sejauh 8 meter dari Monumen JUPEM bagi memastikan cerapan ukur dapat dibuat tanpa ada sebarang halangan. 




Dengan persetujuan Kerajaan Negeri, JUPEM telah membina sebuah monumen yang terletak di lokasi sekarang dengan koordinat latitud 03° 29' 33", longitud 102° 13' 10", dimana kedudukan asal titik tengah Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun nilai asal masih dikekalkan dalam nilai saat terhampir. 




Pancang yang dibina condong mengadap ke arah kiblat. Enam pancang di lilitan luar melambangkan enam (6) Rukun Iman dalam Islam. Lima (5) pancang di lilitan dalam melambangkan lima (5) rukun Islam. 



Banyak Port Untuk Pengunjung Bergambar

Di dalam kawasan ini dapat dilihat banyak port dihiaskan bagi nampak menarik, sesuai singgah sini untuk bergambar photoshoot. 



Kincir angin pun ada ~ 






Turut terdapat kolam tasik, dan mini zoo. Korang jangan lepaskan peluang untuk bergambar di monumen ikonik tersebut, nak ke situ perlu mendaki sedikit. Jangan risau korang tak sempat penat pun, sebabnya bila mendaki tu akan jumpa banyak port yang dibina untuk bergambar. 


Bergambar kenangan ~ 




Selain itu turut terdapat tanaman herba, bunga-bungaan. Santai layan view dekat T3S ini. Pengunjung juga tak payah risau kerana di sini anda boleh menggunakan kemudahan tandas, musolla dan ada kemudahan taman rekreasi, taman permainan untuk kanak-kanak dan dihiasi dengan permandangan landskap hijau menenangkan. Moh ke Temerloh!


Waktu Operasi: 10 am - 4 pm (tutup hari Jumaat)

Alamat: Kampung Woh, 
28500 Lanchang, Pahang



#temerlohunlimited
#kampungstay
#homestaydesamurni
#exploretemerloh2022
#exploretemerloh
#temerlohtitiktengah

You Might Also Like

2 comments

  1. belum pernah sampai agi ke tempat mercu tanda titik tengah semenanjung ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.