Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia - Visit Temerloh Day Two
2/23/2022 08:59:00 pmMonumen Ikonik Di Temerloh Pahang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mesti ramai kan yang tak tahu tentang tempat menarik ini yang terleta...
Aktiviti Best di Tepi Sungai Pahang - Makan Sedap di Restoran Patin Gulai Masam & River Cruise Sungai Pahang
2/22/2022 05:40:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila dah sampai ke Temerloh ni memang wajib korang menikmati produk popular di Temerloh, iaitu Ikan Pat...
Port Makan Tengahari Best Di Temerloh (Restoran Patin Gulai Masam, Restoran Saiful)
Jemput makan gais ~ |
Temerloh River Cruise, Menyusuri Sungai Pahang
Suka tengok permandangan jambatan gantung ni ~ |
Teringat lagu 'menghilir di Sungai Pahang' |
Peacee! with blogger Eyqa hasnan |
Group photo |
Penginapan Terbaik Bercuti Suasana Kampung | KampungStay Desa Murni Temerloh Pahang
2/20/2022 09:32:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga semuanya ceria selalu dalam rahmat Ilahi. Bila sebut Temerloh ni kan husniey ingatkan tak banyak...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga semuanya ceria selalu dalam rahmat Ilahi. Bila sebut Temerloh ni kan husniey ingatkan tak banyak perkara menarik. Rupanya bila dah sampai sana husniey rasa Temerloh adalah destinasi terbaik untuk bawa keluarga bercuti. Temerloh yang dikenali dengan Bandar Ikan Patin adalah destinasi wajib korang masukkan dalam senarai tempat bercuti!
PEKAN SEHARI TEMERLOH PORT TERBAIK UNTUK JALAN JALAN CARI MAKAN DI TEMERLOH!
2/19/2022 10:11:00 amAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila sebut nak bercuti ke tempat best pasti kita tercari-cari port menarik untuk cari makanan tempatan ...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila sebut nak bercuti ke tempat best pasti kita tercari-cari port menarik untuk cari makanan tempatan kan? Ada apa agaknya di Temerloh Pahang ni ye
Anda juga boleh bergambar dekat kompleks perniagaan (tepi sungai Temerloh). Dekat sini banyak port bergambar, jadi tumpuan kumpulan motosikal datang berkunjungan di hari minggu. Meriah juga suasana hari Ahad di Pekan Sehari.
Pekan Sehari
Waktu Operasi: Ahad, 7 pagi - 12 tengahari
Jalan Ibrahim, Taman Kenangan, Temerloh Pahang
#temerlohunlimited
#kampungstay
#homestaydesamurni
#exploretemerloh2022
#exploretemerloh
TEXAS CHICKEN MALAYSIA SEMARAKKAN SEMANGAT PERAYAAN DENGAN AYAM CRIMSON CRUNCH TERBAHARU
2/03/2022 11:52:00 am- Diinspirasikan Daripada Snek Popia Mini Udang Cili Kering Kegemaran Tahun Baru Cina - Tawaran Masa Terhad Mulai 18 Januari Petaling Jaya,...
- Diinspirasikan Daripada Snek Popia Mini Udang Cili Kering Kegemaran Tahun Baru Cina
- Tawaran Masa Terhad Mulai 18 Januari
Petaling Jaya, 21 Januari 2022: Texas Chicken Malaysia menyemarakkan semangat perayaan dengan Ayam Crimson Crunch serba baharu. Diinspirasikan daripada snek kegemaran rakyat Malaysia sempena Tahun Baru Cina iaitu snek popia mini udang cili kering - Ayam Crimson Crunch baharu ini akan membangkitkan selera anda dengan gabungan perisa manis, pedas dan menyelerakan. Rasa umami yang padu datang dari salutan yang menampilkan campuran serbuk roti dan cili udang rangup yang telah digabungkan dengan bahan perisa utama seperti bawang putih, cili kering dan bawang goreng.
Tham Yue Foon, Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia berkata “Di Texas Chicken, kami sentiasa berinovasi dengan perisa untuk menampilkan cita rasa baharu dan unik untuk kepuasan pengguna. Kali ini, untuk Tahun Baru Cina, kami telah memperoleh ilham daripada perasa yang ringkas tetapi lazat yang begitu sinonim dengan masyarakat Cina, iaitu sambal udang kering rangup atau hae bee hiam yang sesuai dinikmati dengan roti dan nasi, dan juga merupakan perisa snek popia mini rangup yang popular semasa musim perayaan ini. Kami berbesar hati untuk menyajikan cita rasa kegemaran ramai ini dengan cara kami yang tersendiri dengan pengenalan Ayam Crimson Crunch.”
Bersempena dengan pelancaran Ayam Crimson Crunch serba baharu ini dan untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Texas Chicken juga telah menghasilkan video https://bit.ly/TCMCrimsonCrunchChicken yang menampilkan trio pemain Gendang Cina yang mempersembahkan irama yang meriah untuk menyambut tahun Harimau yang bertuah. Muzik bertemakan ‘Bangkit, Meraikan dan Berkembang Maju’ (Rising, Celebrating and Thriving) ini diharapkan dapat membangkitkan semangat rakyat Malaysia dan memberi inspirasi kepada mereka untuk maju ke hadapan dengan perasaan ceria untuk menikmati tahun baharu yang lebih baik.
“Sempena musim perayaan ini, kami juga akan memberikan paket ang pow Tahun Harimau yang direka unik dengan setiap pembelian kombo Crimson Crunch atau pembelian melebihi RM20 setiap resit. Walaupun banyak perkara telah berubah sejak wabak Covid-19, kami berharap untuk mengekalkan tradisi tertentu seperti pemberian ang pow, memandangkan ahli keluarga dan kenalan kini dapat kembali meraikan perayaan ini bersama-sama secara bersemuka dengan mematuhi SOP keselamatan yang ditetapkan,” tambah Tham.
Ayam Crimson Crunch baharu ditawarkan sementara stok masih ada di semua restoran Texas Chicken Malaysia dan melalui rakan penghantaran makanannya (GrabFood dan foodpanda) mulai 18 Januari 2022.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Texas Chicken Malaysia, log masuk ke halaman Facebook mereka di https://www.facebook.com/TexasChickenMalaysia
##TAMAT##
Mengenai Texas Chicken
Diasaskan di San Antonio, Texas pada tahun 1952 oleh George W. Church, Church’s Chicken, bersama jenama sekutunya, Texas Chicken™ untuk lokasi di luar Amerika, merupakan salah satu rangkaian restoran khidmat segera berasaskan hidangan ayam yang terbesar di dunia. Jenama-jenama ini merupakan pakar dalam menyediakan ayam berperisa Original dan Pedas, yang dimasak segar sepanjang hari di restoran, biskut mentega-madu yang dibakar segar, serta hidangan sampingan klasik yang lain. Church’s Chicken dan Texas Chicken™ memiliki lebih 1,500 lokasi di 25 negara. Di Malaysia, Texas Chicken™ dimiliki dan dikendalikan oleh Envictus International Holdings Limited dan mempunyai lebih 80 buah restoran di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Texas Chicken Malaysia, layari www.texaschickenmalaysia.com