Terbaru Cawangan Ke 69 Kedai Ayamas Di Kerteh, Terengganu!

Kedai Ayamas Kini Buka Cawangan Baru di Kerteh   Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Berharap semuanya dalam keadaan baik-baik...

Kedai Ayamas Kini Buka Cawangan Baru di Kerteh 




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Berharap semuanya dalam keadaan baik-baik saja. Baru-baru ini husniey berpeluang hadir ke cawangan terbaru Kedai Ayamas yang ke 69! Tahniah Kedai Ayamas, semoga maju jaya selalu. All the best tau. 



Reka Bentuk Dalaman Kedai Yang Menarik



Semasa mula masuk ke dalam Kedai Ayamas yang baru buka di Kerteh ini husniey merasa kagum melihat keadaan rekaan dalaman yang menarik, tertarik. Gabungan warna dan reka bentuk menampakkan konsep kedai makan ini agak minimal dan lebih moden. 


Di bahagian kaunter hadapan dapat dilihat beberapa jenis ayam panggang yang popular di dalam bekas kaca. Mudah pelanggan-pelanggan memilih menu terutamanya bagi mereka yang pertama kali ingin menikmati keenakan ayam panggang Kedai Ayamas.


See, jemput pilih pilih ~

Semua dalam gambar ialah keluaran Kedai Ayamas



Dapatkan Pelbagai Jenis Produk Kedai Ayamas


Turut ada beberapa buah peti sejuk yang menempatkan pelbagai jenis produk keluaran Kedai Ayamas. Selalunya kita biasa lihat produk begini berada di pasaraya. Bila dah singgah sini korang boleh dapatkan makanan frozen lain iaitu Nugget tempura, kepingan ayam, Sosej dan beberapa jenis produk kuih muih. Tidak dilupakan di bahagian rak turut ada produk lain milik Kedai Ayamas, sos cili dan sos tomato.


Stok makanan frozen kat rumah dah habis?
Singgahlah ke Kedai Ayamas


Yang penting harga berpatutan!

Untuk makluman produk sos ini adalah keluaran terbaru dari Kedai Ayamas. Husniey terkejut tengok harga murah sangat, RM 2.90 sahaja! Tak sampai RM 3 pun. Murah bukan?


Variasi Set Ayam Panggang Wajib Cuba!

Haa jomlah beralih ke kisah makan-makan pula. Menu Best Seller di Kedai Ayamas ialah set ayam panggang! Untuk pengetahuan anda di Kedai Ayamas ada 3 variasi ayam panggang iaitu; Pepper, Percik, dan Golden. 


Waktu tengahari perut belum terisi nasi, jadi sesuai sangat bila Husniey memilih set ayam panggang percik bersama nasi. Dah dua kali merasa set ayam percik ni, unik sangat rasanya tau. Rempah ayam percik terasa. Bagi anda yang suka ayam panggang rasa manis dan pedas black pepper boleh beli set yang Pepper dan Golden. 



Tidak ketinggalan menu lain turut dirasai Spaghetti, ayam goreng, set makanan yang sesuai untuk hidangan kanak-kanak juga dijual yer. Memang okay sangat menu di Kedai Ayamas, suka bila bawa family makan- makan. Semua menu boleh dikatakan sedap weh, enak tak terkata. Fuh, payah sungguh nak move on. 




Pada 13 November telah berlangsung hari pembukaan cawangan Kedai Ayamas Kerteh, sangat meriah yer apabila orang ramai mula beratur di luar kedai pukul 11 pagi. Good job orang Kerteh! Pihak Kedai Ayamas turut menyampaikan hadiah pada 30 orang pelanggan terawal yang datang pada hari itu. Bagi anda yang berdekatan kawasan Kerteh, bolehlah mencuba kenakan set ayam panggang popular dari Kedai Ayamas. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 


Untuk info lanjut boleh rujuk di bawah: 


KEDAI AYAMAS KERTEH 

Lokasi: 

Kedai Ayamas Kerteh

Lot 62, Perkedaian Seri Kerteh,

Bandar Baru Kerteh,

24300 Kerteh,

Terengganu Darul Iman


Facebook: Kedai Ayamas - Ayamas Roasters

Instagram: kedai_ayamas 


kedaiAyamas #moreThanJustChicken #makanSamaSama #kedaiAyamas69 


You Might Also Like

2 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.