Resepi Nasi Goreng Bodo Sedap Dimakan Bersama Udang Salted Egg!
7/08/2021 04:51:00 pmAssalamualaikum. Moga anda semua sihat walafiat MasyaAllah rindunya nak menulis disini. Maaf agak sibuk dengan pelbagai urusan kebelakangan ini hinggakan tak ada masa nak menulis di blog yang Husniey sayang ni. Mestilah sayang, menulis ini adalah minat dan juga menjadi sumber rezeki buat husniey. Walaupun adakala datang Blogging slump, idea hilang bila mood tak stabil. Hee. Tetap ada rasa rindu bila lama meninggalkan dunia blog.
Menu Nasi Goreng memang terkenal dan menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Biasanya mak-maka kat rumah mesti akan masak nasi goreng sebab tak nak membazir nasi yang ada berbaki, mudah diolah sehingga wujud beberapa variasi nasi goreng kan
Ada yang gemar makan nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya, nasi goreng cili padi, nasi goreng ikan masin, nasi goreng cili kering, nasi goreng paprik dan banyak lagi pening nak senaraikan menu 😁
Resepi Nasi Goreng 'Bodo'
Bahan - Bahan:
Nasi putih 1 pot lebih
*Bawang merah - 2
*Bawang putih - 3 ulas
*Cili padi - 3 hingga 5 biji ikut nak tahap kepedasan
*1 cm belacan
Telur - 1
Cara-Cara Menyediakan Nasi Goreng 'Bodo'
Tumbuk semua bahan-bahan hingga lumat (tuan suami husniey suka bahan yang ditumbuk guna lesung). Jangan lupa untuk ramas nasi bagi tak berketul.
Jomlah kita mula memasak. Pertama sekali, tumis bahan-bahan ditumbuk dengan lesung tadi tu dalam minyak. Kalau nak nasi goreng ni wangi boleh guna butter 🤩
Masukkan satu biji telur, gaul rata
Masukkan nasi putih ke dalam kuali. Masak sehingga semua rata. Kalau nak letak sayur sawi ke masa dah selepas masukkan nasi
Jangan lupa perasakan 1 sudu kecil garam dan serbuk perasa
Sudah siap nasi goreng!
Udang Salted Egg Guna Seasoning Campuran Telur Masin Keemasan keluaran Bestari
Kali ini buat kelainan sikit. Biasa orang masak nasi goreng paprik kan. Kami cuba menu nasi goreng dimakan bersama udang salted egg. Sedap rupanya. Cara menyediakan juga senang. Sikit pun tak rasa renyah.
Bahan - Bahan:
6-7 ekor udang dibersihkan
Sedikit tepung gandum perap dan salut udang
Kalau ada tepung bestari tu lagi sedap (tekstur lebih rangup)
Butter
Cili padi
Salted egg seasoning (Brand: Bestari)
Masukkan sedikit butter, kemudian tumis kejap bawang putih serta cili padi. Benda ni simple je sebenarnya sebab dah ada seasoning kan, so memang ready to cook.
Masukkan dua sudu seasoning Campuran Telur Masin Keemasan keluaran Bestari. Jangan habiskan sekotak tu ye. Boleh digunakan banyak kali jadi memang jimat. Kalau ada daun kari boleh masukkan ke dalam kuah ini. Lagi wangi!
Okay dah siap! Tak perlu nak tambah garam lagi semua cukup rasa dah. Serius. Sedap sangat. Boleh dihidangkan bersama nasi goreng bodo tadi ☺️
Kalau anda ingin memasak lauk simple udang atau sotong salted egg tu kan, masakan menjadi sangat mudah dah tak perlu cari telur masin lagi cukup hanya menggunakan seasoning ini
Sekadar perkongsian ringkas, lama tak menulis resepi disini. Semoga bermanfaat. Terima kasih luangkan masa membaca disini.
Untuk maklumat lanjut sila layari
Website: https://www.bestarifood.com/
Facebook page: Bestari Food
Instagram: Bestari Food
Love,
Husniey
2 comments
Sangat bermanfaat. kadang yang ringkas macam ni kak PC kurang suka la Husniey sebab jadi masalah pada kak PC..SUSAH NAK BERHENTI MAKAN..NAK BERTAMBAH JE. Hehehehe.
ReplyDeleteUishh belum cubaa lagi masak nasi goreng bersama udang salted egg
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.