Setiap Penyakit Ada Ubatnya, Atasi Penyakit Diabetes Dengan Eskayvie Phytax

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Kini menjadi trend bagi masyarakat negara kita mencuba pelbagai kaedah untuk mempunyai k...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Kini menjadi trend bagi masyarakat negara kita mencuba pelbagai kaedah untuk mempunyai kehidupan lebih baik. Setiap kali husniey pergi jogging di taman rekreasi di Kuala Terengganu, nampak makin ramai anak muda yang keluar untuk beriadah dan memastikan diri sentiasa aktif. Tambahan pula sejak negara dilanda pandemik, kita hidup berkurung di rumah mungkin sebab itu masing-masing mencuba untuk bertukar ke arah gaya hidup yang lebih sihat. 


Dalam Islam pun mengutamakan orang Islam mengamalkan cara pemakanan yang bersederhana. Syariat Islam juga memberi garis panduan apabila penganutnya jatuh sakit. Diajarkan Doa-doa Syifa’ sebagai penawar dan turut tidak menolak untuk berusaha mencari ubat-ubatan jika penyakit menghidapi penyakit yang serius. Tahukah anda penyakit kencing manis boleh mengakibatkan anda kehilangan atau mengalami kerosakan bagi organ yang penting di dalam tubuh; seperti mata, kaki dan saraf. MasyaAllah, takutnya.

 

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya: "Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah" (Riwayat Muslim dan Ahmad). Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya. Tugas kita sebagai hamba tidak boleh berputus asa mencari penawar dalam peyakit.

 

Kisah Puan Sarimah Disahkan Penyakit Kencing Manis


Kenalkan ini Puan Sarimah Ahmad (53), seorang suri rumah yang sentiasa mudah penat, letih , dan perlu cucuk insulin setiap hari. Puan Sarimah juga diuji dengan anaknya yang separa lumpuh. Demi kasih terhadap anak lelaki separa lumpuh, ibu ini cuba pelbagai rawatan kencing manis sehingga doktor telah hentikan bekalan ubat beliau. Bayangkan, bagaimana seorang ibu yang menghidap kencing manis, tak mampu berjalan, dengan penglihatan yang semakin teruk, meneruskan tanggungjawab menjaga anak lelakinya yang separa lumpuh demi kasih sayang yang tak berbelah bahagi.



Sudah menghidap kencing manis 16 tahun lamanya iaitu sejak mengandungkan anaknya yang bongsu. Pada mulanya, Puan Sarimah menyangka ia hanyalah pembawakan budak. Tetapi setelah membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan ia disebabkan oleh penyakit kencing manis. Memaksa diri untuk bebas diabetes, ajaibnya ibu yang dah cucuk insulin dan hampir buta matanya ini telah dihentikan ubat oleh doktor. Selain menghidap kencing manis, juga ada masalah lain iaitu darah tinggi dan kolesterol. Puan Sarimah agak tertekan dan risau kerana perlu cucuk insulin bermula 2 kali sehari dan kemudiannya ditambah kepada 4 kali sehari akibat bacaan gula darah yang tidak terkawal. Bacaan HBA1C beliau juga sangat tinggi sehingga mencecah 16%. Malahan, mata beliau juga semakin kabur dan doktor sahkan akan menjadi katarak. Disebabkan perlu menguruskan anak lelaki yang lumpuh menyebabkan Puan Sarimah perlu memastikan dirinya sentiasa dalam keadaan sihat agar tidak menyusahkan ahli keluarga yang lain. Pelbagai usaha dibuat untuk mengatasi masalah kencing manis yang dihadapi dan akhirnya Puan Sarimah diperkenalkan kepada Eskayvie Phytax oleh seorang rakan.


Satu penyakit bukan hanya mempunyai satu ubat tetapi berkemungkinan mempunyai puluhan ubat. Kajian demi kajian dari masa ke semasa telah membongkar rahsia fitonutrisi dari alam tumbuhan yang memiliki kuasa penyembuhan yang amat bermanfaat.

Pada mulanya Puan Sarimah berasa risau jika ia tidak berkesan memandangkan beliau hanyalah suri rumah dan tidak berpendapatan tetap. Sudah banyak produk yang dicuba sebelum ini tetapi semuanya tidak memberikan hasil yang diharapkan. Setelah melihat banyak testimoni berkesan daripada para penghidap kencing manis yang kembali sihat dan ada yang sudah tidak perlu cucuk insulin lagi, Puan Sarimah mula mencuba Eskayvie Phytax dan mengamalkannya mengikut panduan daripada perunding kesihatan.

Bayangkan fitonutrisi buah anggur bukan daripada buahnya tapi turut diperolehi daripada kulit dan bijinya. Manakala buah manggis mengandungi antioksidan yang berkuasa tinggi iaitu xanthone yang diperolehi daripada  kulitnya dan bukan isinya. Namun siapa yang makan biji anggur? Siapa yang makan kulit manggis?



Di sini lah peranan saintis yang memudahkan manusia mendapat khasiat dari fitonutriens tersebut dalam bentuk yang lebih mudah dan mudah diamalkan. Lebih menarik lagi, kandungan manggis (Garcinia mangostana) di dalam Eskayvie Phytax mempunyai hampir 40 jenis fitonutrisi yang berkhasiat bagi kesihatan. Xanthone iaitu bahan utama di dalam manggis boleh memberikan kesan anti-radang dan antioksidan yang utama. Ia didapati mampu mengatasi rintangan insulin dengan berkesan.


Dalam tempoh beberapa hari saja, Puan Sarimah terasa perubahan yang sangat ketara. Badan terasa lebih segar, lebih bertenaga dan cergas. Tidak seperti dahulu yang selalu letih dan cepat mengantuk. Tangan yang kebas dan sakit setiap kali memegang tombol pintu pun sudah tidak lagi terasa sakit. Kebas yang dialami telah hilang sepenuhnya. Beliau juga dapat menikmati tidur malam yang lena berbanding dahulu susah tidur kerana kerap bangun malam untuk buang air kecil.


Ramai penghidap kencing manis yang kerap rasa letih atau lesu. Ini boleh disebabkan oleh paras gula darah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kandungan gula yang tinggi tanpa diproses menyebabkan badan tidak dapat bekalan tenaga yang diperlukan. Sebab itulah penghidap kencing manis berasa penat setiap hari. Apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengawal bacaan gula darah.



Lebih menggembirakan apabila doktor telah menghentikan ubat kolesterol kerana bacaan kolesterol beliau semakin cantik dan hanya perlu mengambil 1 jenis ubat kencing manis saja. Bacaan gula darah beliau masih di tahap terkawal. Lebih-lebih lagi setelah mengamalkan Eskayvie Phytax, bacaan gula darah daripada 10mmol/l turun kepada 9 mmol/l dan kemudian turun lagi kepada 6 mmol/l.


Alhamdulilah, kini Puan Sarimah telah mula rajin menjaga pemakanan dan melakukan intermittent fasting. Hasilnya, Puan Sarimah juga tidak perlu lagi cucuk insulin. Bukan itu sahaja, sakit saraf akibat komplikasi kencing manis juga sudah pulih. Puan Sarimah percaya ia asbab untuk Allah memberikan kesembuhan terhadap beliau dengan amalan suplemen serta perubahan kepada gaya hidup yang lebih sihat demi menguruskan keperluan anaknya. Gabungan kesan ini bukan sahaja berpotensi mengawal paras gula dan mengatasi komplikasi diabetes. Malahan, ia juga menyokong usaha penghidap kencing manis bagi membebaskan diri daripada penyakit ini.


Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax. Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang. 


BONUS Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di Program Kawal Kencing Manis . Info lanjut, layari www.phytax.com.my

 

Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari:

Website: www.phytax.com.my 

Website: www.kawalkencingmanis.com 

Facebook: https://facebook.com/eskayviemalaysia/ 

Instagram : https://instagram.com/eskayviemalaysia


.

Sebelum mengakhiri perkongsian ini. Cuba hayati sabda Nabi yang satu ini. Sabda Nabi Muhammad s.a.w juga : "Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Berikhtiarlah sebelum terlambat dan jangan sesekali berputus asa.


You Might Also Like

1 comments

  1. menarik ni h. banyak testimoni kata berkesan lepas consume. boleh suggest pada kealuarga ana ni.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.