Short Vacation; Relaks di Lata Kolam Air Deru & Menginap di Sutra Beach Resort Merang, Setiu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga rakan pembaca blog ini sihat dalam rahmat Allah selalu. Tiada perancangan rapi dibuat untuk berc...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga rakan pembaca blog ini sihat dalam rahmat Allah selalu. Tiada perancangan rapi dibuat untuk bercuti kali ini, spontan husniey mengajak tuan suami beriadah di Lata Kolam. Dia tidak menolak kerana mengetahui hakikat yang husniey telah lama berkurung di rumah serta banyak masa berseorangan semenjak dia bekerja di Selangor haritu. 

Bermandi Manda Picnic Di Lata Kolam Air Deru, Besut Terengganu

Pagi itu niat nak masak dan bawa bekal makanan. Tapi macam tak sempat, cuma masak nasi dan letak dalam bekas.  Perjalanan ditempuhi dari Kuala Terengganu ke Besut hampir dua jam. Kami masuk ke kawasan kampung dan tercari kedai makan tengahari untuk bungkuskan lauk pauk. Nasiblah jumpa kedai yang okay, tak banyak pilihan kedai di kawasan kampung menuju ke Lata Kolam. 


Menu Picnic - Daging kicap, ikan keli berlada, ulam timun, sambal belacan

Crystal clear water ~ Cantikkan view dekat sini

Dalam perjalanan ke sini korang jangan tersilap jalan, memang dekat sini ada banyak tempat menarik, ada beberapa jenis Lata Air Terjun. Sebelum jumpa Lata Kolam akan berjumpa dengan Lata Tembakah dulu, Air Panas La atas lagi dari Lata Kolam. Jalan yang sama menuju ke Kolam Air Panas La. Jujurnya husniey tak pernah sampai ke mana-mana kawasan air terjun yang terdapat di Besut Terengganu ini. Bila dapat peluang explore sendiri rasa teruja betul, masyaAllah bestnya orang Besut ada banyak air terjun dalam kampung sini, semua cantik-cantik belaka. 



Untuk masuk ke Lata Kolam dikenakan cas bayaran RM 3 seorang untuk dewasa. Kawasan tempat letak kereta agak luas ya. Korang boleh memandu sampai ke Pengkalan Dua. Kalau parking dekat dengan kafe tu agak jauh nak berjalan ke kawasan air terjun. Okaylah masa kami datang masih awal tengahari, hari bekerja pula tu. Agak sunyi sikit. Lepas zohor baru nampak makin meriah suasana di kawasan Lata Kolam. Best suasana hutan, dengar deruan air. MasyaAllah tenang sungguh. Air disini agak jernih. Jernih berkaca. Ikan pun banyak duk bermain di gigi air  ~ hihi.



Disini ada tiga level. Pengkalan Suri, Pengkalan Dua dan Pengkalan Raja. Cuaca panas memang seronok bermandi manda, sejuk nyaman. Korang layan jelah gambar permandangan yang husniey telah shoot dengan gigih ini. 

Natural pool paras pinggang tuan suami 


Welfie dulu, eh dah macam waffer je bunyinya. Haaha


Tak reti nak berposing sebenarnya, hentam sajalah ~

Nanti kalau dah dapat rentas negeri korang boleh singgah sini ye. Lengkap dengan kemudahan tandas, bilik air. Husniey siap mandi bilas tukar pakaian dekat situ jugak. Jangan risau masuk waktu solat pun boleh lari kejap, dah ada disediakan surau yang luas. Cuma bagi kaum hawa tu nak kena bawa telekung sendirilah ye. Bagi yang suka dan rindukan suasana damai hijau, bolehlah bermalam di sini ada penginapan disediakan. Husniey tak pasti rate berapa. Rasanya tak mahal mana pun :D 


Semoga tempat ini dijaga dengan baik oleh pihak berwajib.

Google maps: Lata Kolam Air Deru Ecopark


Short Stay @ Sutra Beach Resort, Setiu, Terengganu


On the way dari daerah Besut ke Setiu barulah husniey membuat tempahan bilik untuk menginap di Sutra Beach Resort. Untuk makluman kalian resort ini terletak di dalam daerah Setiu dan agak jauh dari bandar Kuala Terengganu. Tempat menarik berdekatan ialah Pantai Merang Setiu, Jeti Merang. Biasanya kawasan ini terkenal sebab pelancong menaiki bot laju di jeti. Permandangan pantai di sini tidak kurang cantiknya. Destinasi resort ini sesuai untuk kumpulan-kumpulan dari syarikat untuk buat family day dan lain-lain event disini. Best kalau bawa keluarga bercuti santai disini. 


Masuk bilik, bergambar dulu. Lama tak macam ni 


Permandangan kolam renang di Sutra Beach Resort

Husniey sangka tak ramai sangat pengunjung pada hari bekerja, rupanya agak ramai ye tetamu. Kata staf resort ada group baru masuk, okaylah kan takdelah rasa sunyi sangat. Tuan suami jenis penakut kalau tempat sunyi, hahaaa. Sabar jelah. Suka tengok design resort ini kolam renang menghadap dengan pantai, terdapat beberapa pokok kelapa yang ditanam menghiasI suasana resort. Terus nampak seperti sebuah resort mewah, padahal takde lah mahal mana pun penginapan disini. Urusan daftar masuk cepat, tak dikenakan deposit. Alhamdulilah. Biliknya agak luas, pada asalnya husniey dapat bilik dekat aje dengan front office tetapi tetiba tombol pintu bilik rosak. Belum sempat kami masuk. Ditukar ke bilik lain. Husniey hargai staf resort segera selesaikan masalah yang dihadapi, siap iring kami ke bilik baru. Switch on aircond semua. Good hospitality!👍 

Katil yang menjaga jarak sosial 😜

Kemudahan dalam bilik, dua katil single. Ada ruang tamu, televisyen, peti sejuk, tuala dan banyak lagi kemudahan lain. Kos hangus belanja untuk penginapan kami ialah RM 166.32 termasuk sarapan pagi dua orang. Berbaloi. Menu sarapan pagi agak meriah disini ada nasi kuning, bihun goreng, sosej, roti (toast), buah-buahan, bubur dan lain-lain. Memang lengkap buffet style. Patut dipuji kerana pengurusan hotel sedaya upaya menyediakan sarung tangan dan ingatkan para tetamu menjaga SOP. Para tetamu dikehendaki memakai sarung tangan plastik untuk menggunakan senduk. Tidak dilupa juga kena pakai pelitup muka. Hanya semasa makan barulah kami buka pelitup muka. 


Menu sarapan pagi yang sedap, kenyang sampai petang. Hihi


Aktiviti selepas sarapan pagi; kami sambung mandi manda lagi. Tudiaa tak puas lagi ke mandi manda di Lata Kolam. Balas dendam kot sebab dah lama tak bercuti berdua begini. Rindu teramat sangat nak bercuti tempat orang, tapi takpe kali ini kita explore yang berdekatan saja dulu.  Seronok kalau yang jenis suka bergambar bergaya sikit mesti lawa, husniey lebih suka shoot gambar permandangan saja kurang pandai bergaya ootd ni :D




Tak plan pun tetiba baju sedondon warna, heee

Setelah check out kami curi peluang untuk bergambar dekat landskap di hotel ni, dah macam dekat Bali Indonesia. Unik, antik. Landskap simple, namun tetap rasa tenang lepak kat situ sambil memerhatikan ikan. Sempat lagi husniey ajak tuan suami shoot jam tangan yang diterima hadiah dari Bliss Body company dari United Kingdom. 


Thanks Blissbody! Beli sini, gunakan kod untuk dapat discount 15%, husnieyhusain15 (https://blissbodyshop.com/products/odyssey-watch-bb)



Love,

Husnieyhusain


You Might Also Like

5 comments

  1. Duduk atas batu sambil rendam kaki. Ya Allah nikmatnya.

    ReplyDelete
  2. syoknyaa mandi2 kt situ husni..nti leh rentas negeri boleh g

    ReplyDelete
  3. ala syoknya dia dpt bercuti. kita rindu sgt dh nak ke ganu ni. setahun lebih tak balik. sob sob.

    ReplyDelete
  4. Teringin nak pergi setiu tapi belum ada rezeki

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.