Santai Makan Nasi Arab Set Dulang Di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu

Nasi Arab Sesuai Untuk Juadah Berbuka Puasa! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak lama lagi kita akan bertemu bulan Ramadan, setahun sek...

Nasi Arab Sesuai Untuk Juadah Berbuka Puasa!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak lama lagi kita akan bertemu bulan Ramadan, setahun sekali sahaja peluang bertemu Ramadan. Syukurlah masih diberi nikmat hidup oleh Allah SWT. Sudah lama rasanya tak ada event, makan-makan dengan rakan blogger Terengganu. Sehari sebelum itu kita semua mendapat jemputan dan Alhamdulilah dapat bertemu jua rakan-rakan setelah lama tak bersua. 



First time masuk ke Sumai Hotel, okaylah not bad cantik juga. Para pelanggan setia Sumai Hotel pastinya sudah tidak asing lagi dengan menu signature keluaran Sumai Hotel ini. Teruja kami melihat Set Dulang Nasi Arab, nampak macam sikit tapi bila dimakan secara berjemaah bersama rasa macam kenyang, tak dapat dihabiskan. Banyak betul hidangannya ini.  


Hidangan memang A, patut dipuji. Kalau korang datang makan di sini kena pastikan perut betul kosong. Sempat mendengar sedikit presentation ringkas dari Chef, set dulang nasi arab ini memang akan datang dengan nasi bersama ayam bersaiz separuh, serta lamb shank bagi set premium. 


Harga menu nasi arab ini berpatutan, mampu milik. Peminat nasi arab mesti tahu kadar kebiasaannya di pasaran. Terdapat dua jenis set nasi arab, iaitu Bajet dan Premium. Bajet ini didatangkan dengan tiga jenis side dishes sahaja. Manakala untuk set Premium pula akan ada empat jenis side dishes. 


Nak lagi sedap korang boleh pesan set premium, puas hati sebab ia hadir bersama sebatang Lamb Shank dan hidangan nasi yang lebih banyak. Serius padu lamb shank itu, husniey tak sedar menambah, nasi pun lembut menjadi elok menggunakan beras basmathi. Jenis jenis side dishes yang disediakan dalam pakej set nasi arab ini ialah; jelatah, kuah sup, sambal cili serta kuah kari. 


PAKEJ SET DULANG NASI ARAB SUMAI HOTEL

Harga Pakej Untuk 4 orang makan

SET BAJET: 

RM 36 (Ayam)

RM 56 (Kambing)

RM 48 (Ayam + Kambing)


SET PREMIUM: 

RM 44 (Ayam)

RM 76 (Kambing)

RM 64 (Ayam + Kambing) 


- Set premium - ada lamb shank ye gais



Harga Pakej untuk 6 orang makan 

SET BAJET: 

RM 54 (Ayam)

RM 84 (Kambing) 

RM 72 (Ayam + Kambing)


- Set Bajet ada tiga side dishes dan lamb shoulder


SET PREMIUM: 

RM 66 (Ayam) 

RM 114 (Kambing) 

RM 96 (Ayam + Kambing) 



Harga Pakej untuk 10 orang makan 

SET BAJET: 

RM 90 (Ayam) 

RM 140 (Kambing) 

RM 120 (Ayam + Kambing)


SET PREMIUM: 

RM 110 (Ayam) 

RM 190 (Kambing)

RM 160 (Ayam + Kambing)


Bulan puasa yang bakal tiba ini warga Terengganu korang bolehlah masukkan menu nasi arab dalam senarai. Menjamu selera bersama keluarga dengan menu nasi arab Sumai Hotel. Bukan selalu bawa keluarga makan di hotel kan. Nak mudah, boleh juga buat tempahan pihak hotel menyediakan penghantaran ke rumah di sekitar Kuala Terengganu. 





Maklumat Untuk Dihubungi, Rujuk Di Bawah:

Contact Number: 09-6310099 / 0199833236

Facebook Page: Sumai Hotel Apartment

Instagram: Sumaihotelapt


Pengumuman untuk tahun 2021 ini, Sumai Hotel turut mengadakan Grand Buffet Ramadan. Lebih 150 jenis juadah makanan yang akan dihidangkan. Harga ditawarkan untuk early bird RM 70 / pax. Grand Buffet Ramadan ini akan diadakan 5 hari terakhir sebelum berakhirnya bulan puasa. Maklumat lanjut korang boleh ikuti instagram Sumai Hotel yer.


Love,

Husnieyhusain


You Might Also Like

4 comments

  1. Bila tengok set macam ni terus teringat makan kenduri nasi ambeng. Makan dalam dulang ramai-ramai.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nasi Arab. Lama tak makan

    ReplyDelete
  3. nanti boleh lah cuba makan dekat sini. nampak sedap nasi arab dia.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.