Redeem YES Data Internet Ganjaran Daripada Shopee

  Assalamualaikum. Husniey pasti ada antara kita mendapat notifications daripada Shopee tentang rewards data YES. Untuk pengetahuan anda g...

 


Assalamualaikum. Husniey pasti ada antara kita mendapat notifications daripada Shopee tentang rewards data YES. Untuk pengetahuan anda ganjaran yang diberi oleh pihak Shopee ini adalah untuk pembeli yang membuat belian di Shopee. Setiap RM 50 pembelian akan mendapat PERCUMA 5 GB DATA YES. Sangatlah jimat bagi anda pengguna YES. Bagi bulan Januari 2021 husniey dan tuan suami ada membeli handphone di Shopee. Tak sangka pulak bulan Februari dapat 100 GB data daripada YES. Rezeki! 

 

Cara - Cara Membeli Sim Kad Yes Di Shopee

Untuk pengetahuan kalian di dalam pek sim kad YES Kasi Up Prepaid 15 itu hadir sekali dengan 10 GB internet percuma.  Syok dapat data internet lagi! Bayangkan YES bagi data percuma dengan setiap RM 50 pembelian di Shopee. Kemudian, beli sim kad itu dapat lagi 10 GB data bila dah aktifkan sim kad. Memang syok ini nak layan K-Drama. Oh pertamanya, korang dinasihatkan untuk check terlebih dahulu liputan di sekitar kawasan rumah dan tempat kerja, coverage YES okay ke dekat tempat korang. Boleh rujuk di website www.yes.com.my


Husniey buat keputusan untuk membeli sim kad YES dan letakkan di dalam smart phone lama yang memang tak ada sim kad. Cara nak membeli sim kad ini  di Shopee pun mudah dan penghantaran ke rumah agak pantas. Tak sampai 48 jam ye. Laju betul. Tidak cukup itu, kita hanya perlu membayar harga sim kad itu saja yang bernilai RM 1. Tiada kos penghantaran. Terbaiklah YES dan Shopee ~


Alhamdulilah walaupun rumah husniey terletak berdekatan dengan kawasan sungai, tapi ternyata okay sangat liputan rangkaian YES disini. Di kawasan Kuala Terengganu ni okay je line dia. Always 4G. Gituuu, itu trademark mereka. Yeahhh suka sangat. Tak tersalah pilih lah ni. Layan movie Netflix smooth aje. Lagi menarik husniey perasan data internet ini juga boleh digunakan sebagai hotspot. Dekat rumah husniey memang tak ada pasang unifi atau pun streamyx, memang selama ini guna hotspot aje sambung ke laptop. Okay sangat laju smooth je walaupun sambung hotspot untuk 3 devices termasuk laptop.

 

Aktikan Sim Kad Dengan Download Apps My Yes 

Kemudian apabila sim kad YES telah selamat mendarat di tangan anda, sila pasangkan pada smartphone anda. Download aplikasi My Yes. Mulakan dengan tetapan penting seperti nombor telefon. Anda boleh pilih untuk kekal dengan nombor sedia ada atau pun guna nombor baharu yang diberikan oleh pihak YES. Husniey klik banyak kali dekat bahagian nombor tu sampai keluar nombor yang cantik dan mudah diingati, HAHAA. Nakal sungguh ~ suka nombor baharu YES ini di tengahnya '7292'. 



Setelah itu dah log masuk ke apps My Yes. Pergi ke bahagian YES X SHOPEE – Redeem Voucher klik disitu masukkan nombor voucher yang tertera di Shopee. Bagaimana nak cari semula kod itu di Shopee? Yelah jenuh nanti nak scroll balik notifications shopee, korang pergi dekat bahagian tengah navigation Shopee tu – ada simbol YES. Klik situ dan dapat dilihat berapa GB data yang anda dapat, setiap orang amaun diberikan tak sama. 


YES Data Statement - Januari hingga Mac 2021

Ada yang dapat 30 GB je. Bergantung kepada amaun shopping bulanan. Kebetulan bulan Januari dan Februari banyak shopping di Shopee tu yang dapat 100 GB data daripada YES. Alhamdulilah. Dekat situ juga boleh tengok statement. Contoh ini statement data yang diberikan kepada husniey.  Januari 2021 – 20 GB DATA, Februari 2021 – 100 GB DATA, Mac 2021 – 20 GB DATA

Ini dari apps My Yes, bulan mac punya



Banyakkan, itu belum termasuk yang ada dalam sim kad. Meriah betul! Masa korang nak tebus voucher tersebut kena juga masukkan shopee username tau. Kejap saja dah dapat data. Yeayyy. Itu saja. Terlupa nak review, rasanya tak lama sangat nak aktifkan nombor tersebut. Paling lama dalam masa 24 jam dah boleh guna sim kad tersebut. Kalau ada apa-apa masalah boleh contact pihak yes. Mudah kan. Setakat ni husniey berpuas hati sebab line laju, tak payah topup banyak sangat. Jimat banyak duit bila guna yes.


Cuma data ini sah untuk tempoh sebulan, maknanya kalau korang aktifkan data itu pada tarikh 19 Mac 2021 – next month 19 April dah tamat luput jadi gunakan ia sebaik mungkin husniey tak sempat nak habiskan data YES bulan lepas. Berbaki masih ada 80 GB data, tersilap biarkan ia expire macam tu je, terlupa topup reload prepaid lebih awal.

 

Berminat nak menggunakan YES? Most affordable 4G data plans.Both of us will get up to RM 50. Download the MyYes App now to enjoy up to 6 MONTHS FREE on Malaysia's best 4G network!


Read More Blog Post:

Y.O.U BEAUTY - ONE OF THE LONGEST LASTING EYELINER


Selamat mencuba dan semoga entri ini bermanfaat.

 

Love,

Husnieyhusain

You Might Also Like

2 comments

  1. sempat beli simcard yes pd rm1 di shopee...

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Ada hp lama yang tak guna lagi bolehla beli simcard dan redeem internet YES ni.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.