Aktiviti Menarik Best Ketika Bercuti Di Tasik Kenyir Januari 2021

   Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bagi yang tak tahu kisah ini berlaku sebelum dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan pada awal tahu...

  


Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bagi yang tak tahu kisah ini berlaku sebelum dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan pada awal tahun 2021. Alhamdulilah sempat juga release stress sebelum kena berkurung lagi dalam rumah. Heee. Ini hanyalah entri santai sambungan bagi entri review houseboat. So bukanlah entri tugasan wajib. Kenalah terangkan nanti korang kecam pula. Selamat Membaca. 


Hari Pertama - 31 Disember 2020

Perasmian Program ASEAN Monsoon Casting Tournament 2020. Acara memancing yang popular ini kebiasaanya diadakan pada setiap tahun. Namun istimewanya pada kali ini ia dilakukan untuk dua tahun sekaligus; iaitu jatuh pada hari akhir tahun 2020 dan awal tahun 2021. 


Bermalam Di Pulau Petang, Tasik Kenyir 

Suasana houseboat parking di Pulau Petang ~


Razna Houseboat berlayar menuju ke destinasi pertama iaitu Pulau Petang. Bermalam di Pulau Petang, houseboat parking berhampiran sebuah resort. Petang Island Resort  yang sudah tidak beroperasi dimiliki oleh KETENGAH. 


Aktiviti bebas ~

Having a quality time with friends ~

Hari pertama kami tiba di Pulau Petang itu hujan lebat selebatnya jadi tak dapat melakukan aktiviti riadah di sekeliling pulau itu. Aktiviti bebas dan santai indoor sahaja dapat diteruskan; seperti karaoke, bermain carom dan lain-lain. Menu makanan di dalam Razna Houseboat agak meriah dan sentiasa dihidangkan tepat bila tiba waktu makan. 


Hari Kedua - 1 Januari 2021

Sarapan pagi itu ialah menu Nasi Lemak Kerang. Selepas bersarapan pagi dalam pukul 9.30 pagi houseboat bergerak dan bertolak ke Sg Leban. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Menariknya dalam perlayaran di Tasik Kenyir kita akan dapat menghayati permandangan yang berbeza-beza. Hijau sepanjang jalan. Tenang sungguh. Inilah peluang untuk release stress. Tanpa sambungan internet, jaringan telefon juga tidak dapat.  



Breakfast sambil layan permandangan ~



Indah, biru hijau mataku ~

Menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya, berkomunikasi sebanyak mungkin dengan kumpulan sepanjang kembara. Paling syok bila bosan melanda, kami lepas geram layan anak tekak dengan lagu-lagu hits 90 an. Suara tak sedap belakang kira, janji enjoy to the max. Hihi. Yeayy. Set kemudahan karaoke yang disediakan dalam Razna Houseboat memang terbaik! 


Cerita Indah Hari Kedua Di Sungai Leban, Tasik Kenyir 

Berkayak, Mandi Manda di Air Terjun! Petang hari kedua barulah berkesempatan untuk turun ke tasik dan cuba belajar berkayak di Sungai Leban. Laluan bermula dari tempat houseboat parking hingga terjumpa Air Terjun Sungai Leban. SubhanaAllah, MasyaAllah cantik. Pertama kali pengalaman cuba berkayak. Tak percaya rasanya berani rupanya seketul husniey untuk berkayak di tasik kenyir ~ Wahh syabas


Terima kasih Abu Ubaidah banyak bantu ambe.
Korang boleh follow di instagram beliau,
banyak gambar menarik di Terengganu ~


Yeay tak caya betul ke ni seketul husniey ~

Ingatkan biasa aje permandangan disini. Rupanya sangat cantik. Parking kayak di tempat yang selamat. Dari jauh dah boleh dengar deruan air terjun, bila sampai haih SubhanaAllah cantik kawasan air terjun tu, keadaan air pun jernih. Untuk naik ke air terjun ni kena mendaki batu- batu besar. Hidden waterfall gitu. Ada permukaan batu disitu agak licin. Tak ramai orang berkunjung disini. Disebalik batu besar situ memang kami tak sangka betul ada view air terjun yang indah. 

Suka gambar ni walaupun tak sharp ~ 

Bersama Najihah aka Dedeq


Husniey bersama 3 orang lagi rakan-rakan mengambil kesempatan untuk berendam sekejap disitu. Sejuknya weh! Peluang sebegini bukanlah datang selalu kan. Lama juga kami disitu sambil bergambar, tak cukup dengan itu kita rakam video pula sebagai kenang-kenangan berkayak di sekitar Sg Leban. Kami mula berkayak pada jam 3 petang dan pulang semula ke houseboat jam 5 petang. 


Seronokkk tak terkata ~



Untuk pengetahuan pembaca, Sungai Leban adalah kawasan yang dijaga rapi oleh pihak KETENGAH. Tidak dibenarkan masuk jika tiada kebenaran dari pihak berkenaan. Maka korang mesti dapat agaklah kan mesti cantik kawasan ini. Alhamdulillah rezeki husniey. Untung juga sebab ada yang sudi membantu mengajarkan Husniey berkayak serta berpeluang mandi manda disini. Kenangan manis hari pertama 2021! Alhamdulilah. 


Bermandi Manda Di Tasik, Terjun Gelongsor Air ~

Balik dari berkayak kami aktiviti bersambung lagi iaitu mandi manda di tasik. Uniknya tentang Razna houseboat adalah pada reka bentuknya yang moden. Ada binaan gelongsor air yang meluncur terus ke dalam tasik. Syok sangatlah bukan sekadar mandi manda namun kita juga dapat bermain dengan adanya kemudahan gelongsor. Sedikit peringatan semasa bersuka ria bermandi manda, jangan lupa untuk pakai jaket keselamatan ye. 


Tonton video di YouTube channel Husniey ✅


Houseboat pertama yang ada gelongsor, terus ke dalam tasik ~


Semua peserta yang hadir cuba bermain dengan gelongsor ini. Menjerit teruja, perasaan takut bercampur suka. Dihiasi dengan gelak tawa. Hahaa kelakar betul kalau ingat situasi semasa kejadian. Husniey dipaksa rela untuk terjun dari gelongsor. Takut sangat weh sebab gelongsor itu tinggi kan so kita akan tenggelam agak dalam, daya graviti air tawar ni pula lain dia mudah bawa kita ke dalam air. Kalau anda seorang penyelam yang professional mestilah itu tidak menjadi masalah besar, tapi bagi orang penakut macam husniey ni agak seram ye. 


Muka tersenyum tapi cover takut ~ hihi

Alhamdulilah nasib pakai jaket keselamatan itu pun panik weh masa memula terjun tu. Thanks to kawan-kawan semua sebab support dan cuba bantu bila husniey panik dah  tertela banyak air. Heee. Takutlah weh sebab tak pandai berenang, tapi beranikan diri juga mencuba. MasyaAllah tak sangka juga berani untuk terjun, yang tahu je tahu. Seketul husniey agak penakut bila air dalam macam ni. Bila disuruh buat kali untuk kali kedua barulah agak kurang rasa panik. Memula memang dah surrender tak mahu lagi repeat terjun gelongsor, sebab banyak air masuk hidung. Pedih rasanya dan perasaan bercampur panik. 

Bila dah terjun kali kedua lebih tenang. Husniey boleh water confident dalam air tasik. Okayy takpe nasib ada life jacket gane pun akan terapung juga kita ni. Nasib juga kawan-kawan banyak hulurkan bantuan tempat bergantung harap. Itulah pengalaman husniey serba sedikit. Merasa jugalah mandi tasik,  terjun gelongsor 2x. Haa cukuplah tu kan untuk buat kenang-kenangan di Tasik Kenyir. Ini kalau kena buat sorang diri mungkin tidak yer. Seram!


Aktiviti Malam Terakhir Di Tasik Kenyir ~

Malam terakhir kami disajikan menu dan hidangan yang menyelerakan. Terima kasih buat krew Razna Houseboat kerana bertungkus lumus sediakan menu BBQ. Sedap pulak tu. Ada kambing bakar, ayam bakar, sosej bakar dan banyak lagi menu main course lain seperti nasi goreng, mee goreng. Bersungguh makan sebab masing-masing lapar seharian bermain aktiviti air kan. Malam itu juga ada pertandingan memancing. Casting di houseboat masing-masing. Banyak juga houseboat yang terlibat dalam acara casting ini. Meriah dapat tengok suasana kejiranan sementara itu, siap dipasang bunga api weh. Pung pung panggg cantikkk, hehe. 



Datang bercuti ke Tasik Kenyir ini bukan setakat boleh melihat tumbuhan flora fauna, perjalanan akan jadi lebih menarik jika anda tahu tentang sejarah pembuatan empangan, keunikan sesebuah tempat. Iklim di Tasik kenyir yang sentiasa berubah. Berkenalan dan bersembang dengan Encik Khairul. Hebat ilmu alam beliau. Bila tanya sikit je pasal Kenyir, tahu belaka. Rupanya beliau seorang explorer,merendah diri walaupun ilmu pengetahuan tentang selok belok di tasik kenyir penuh di dada. 


Banyak benda menarik tentang Tasik Kenyir (nak jungle trekking boleh, masuk gua boleh)


Beliau ada pengiktirafan dari kerajaan & bekerja dengan agensi kerajaan juga. Gua Bewah dan gua-gua yang terdapat dalam Taman Negara yang sudah tua usianya itu, beliau antara orang penting dalam membuat kajian & jumpa dengan rangka Bewah Man. Rangka manusia berusia tertua, berusia ribuan tahun. Encik Khairul boleh cerita satu persatu pasal rangka tu. Bagaimana keadaan ketika menemuinya ketika melakukan tugasan di Gua Bewah. Terbaik! 

National geographic pun pernah shoot dengan beliau. Memang bagus cara beliau memberi penjelasan dan menceritakan pengalaman. Sikit pun tak mengeluh orang tanya banyak benda. Buka laptop tunjuk bukti bukti yang dia jumpa dalam Gua. Unik betul kuasa Allah ni. MasyaAllah dalam dinding batuan gua pun boleh ada kristal. Kalau tengok depan mata ni lagi teruja.



Encik Khairul ~

Cantik sangat architecture macam orang yang bina. Padahal Allah yang cipta. Ada satu gambar tu, batu kapur terjadi secara semulajadi macam bentuk kolam je. Pastu kita tengok macam ada orang yang bina, padahal ia adalah kejadian alam semulajadi. MasyaAllah hebatnya. Dalam laut pun comel, atas darat pun comel. Dari berkayak, menginap di houseboat, trekking air terjun dan kalau nak jumpa rafflesia, macam-macam aktiviti best rupanya boleh buat di sini. Jujur cakap tiapkali datang Tasik Kenyir husniey rasa macam banyak perkara lagi belum explore dan belum diketahui. Kenyir unik sangat. Kalau anda berminat nak Encik Khairul guide untuk ke Melunak Trail dan jalan-jalan di Tasik Kenyir boleh contact whatsapp beliau ya. Encik Khairul - 0139397837







Bersama wakil Tourism Malaysia; Encik Wan Hisham


Kaum wanita tak ramai mana - Kak tie takde dalam ni


Dekat bawah ini boleh layan gambar bersama team media, team yang menginap dalam Razna houseboat 31 Disember 2020 - 02 Januari 2021. Korang jangan lupa masukkan Tasik Kenyir sebagai tempat menarik yang wajib dilawati. Tahun ini merupakan Tahun Melawat Tasik Kenyir. Jutaan terima kasih buat Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Wilayah Timur dan Razna Houseboat atas jemputan dan layanan yang baik-baik buat kami para media, bloggers yang bertugas ketika disana. 

Info lanjut tentang kemudahan houseboat dan pakej yang Razna Houseboat tawarkan anda boleh baca di entri blog sebelum ini: Review Penuh Razna Houseboat 

 Kenang - kenangan, turut bersama Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur


Bersama; Blogger Najihah


Jumpa lagi di entri seterusnya. Terima kasih. Semoga bermanfaat!



#tourismmalaysiawilayahtimur

#tourismmalaysia

#terengganu 

#tasikkenyir

#tahunmelawattasikkenyir2021

You Might Also Like

1 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.