Lady’s Choice #KeepingItReal dengan Sapuan Ayam dan Tuna Baharu
3/31/2021 04:35:00 pmSapuan yang pertama seumpamanya di Malaysia, diperbuat menggunakan ramuan dan khasiat sebenar untuk kemudahan para ibu Assalamualaikum ...
Sapuan yang pertama seumpamanya di Malaysia, diperbuat menggunakan ramuan dan khasiat sebenar untuk kemudahan para ibu
29 Mac, Kuala Lumpur - Lady’s
Choice baru-baru ini telah melancarkan rangkaian produknya yang terbaru iaitu
Lady’s Choice Meaty Spread yang didatangkan dalam dua varian, Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna. Selain daripada menjadi sapuan yang pertama
seumpamanya di Malaysia, Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna Lady’s Choice diperbuat
menggunakan ramuan-ramuan sebenar seperti ayam dan tuna segar yang kaya dengan
khasiat serta kedua-dua sapuan ini mengandungi kebaikan Omega 3.
Review Tempat Makan Sedap Di Bandar Chukai, Kemaman | Darryl's Kitchen 2
3/30/2021 11:30:00 pmPort Best Makan Bersama Kawan-Kawan Di Bandar Chukai ~ Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah lama rasanya husniey tak menulis entri ...
Port Best Makan Bersama Kawan-Kawan Di Bandar Chukai ~
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah lama rasanya
husniey tak menulis entri tentang kedai makan. Baru-baru ini husniey pulang ke
kampung halaman, Kemaman. Lama juga stay dekat kampung, kalua tak silap dalam 5
hari 4 malam. Ingatkan nak balik kejap aje tapi tiba-tiba banyak pula urusan
nak kena selesaikan jadinya dua malam tak cukup. Alhamdulilah lega bila dapat
balik kampung, maklumlah tak boleh rentas daerah dan negeri semua kena
duduk rumah sepanjang PKP dilaksanakan.
SPEND RM10 AT BAKE WITH YEN, GET RM4 BACK WITH SHOPEEPAY
3/26/2021 03:52:00 pmPhoto credit Bake With Yen
Photo credit Bake With Yen |
Peluang Untuk Peniaga Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup
3/24/2021 11:14:00 pmSaksikan Perubahan Dalam Diri Ketika Pandemik Ini 1 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup Setiap usahaw...
Saksikan Perubahan Dalam Diri Ketika Pandemik Ini
Aktiviti Menarik Best Ketika Bercuti Di Tasik Kenyir Januari 2021
3/24/2021 04:40:00 pmAssalamualaikum dan Salam sejahtera. Bagi yang tak tahu kisah ini berlaku sebelum dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan pada awal tahu...
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bagi yang tak tahu kisah ini berlaku sebelum dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan pada awal tahun 2021. Alhamdulilah sempat juga release stress sebelum kena berkurung lagi dalam rumah. Heee. Ini hanyalah entri santai sambungan bagi entri review houseboat. So bukanlah entri tugasan wajib. Kenalah terangkan nanti korang kecam pula. Selamat Membaca.
Hari Pertama - 31 Disember 2020
Perasmian Program ASEAN Monsoon Casting Tournament 2020. Acara memancing yang popular ini kebiasaanya diadakan pada setiap tahun. Namun istimewanya pada kali ini ia dilakukan untuk dua tahun sekaligus; iaitu jatuh pada hari akhir tahun 2020 dan awal tahun 2021.
Bermalam Di Pulau Petang, Tasik Kenyir
Suasana houseboat parking di Pulau Petang ~ |
Aktiviti bebas ~ |
Having a quality time with friends ~ |
Hari pertama kami tiba di Pulau Petang itu hujan lebat selebatnya jadi tak dapat melakukan aktiviti riadah di sekeliling pulau itu. Aktiviti bebas dan santai indoor sahaja dapat diteruskan; seperti karaoke, bermain carom dan lain-lain. Menu makanan di dalam Razna Houseboat agak meriah dan sentiasa dihidangkan tepat bila tiba waktu makan.
Hari Kedua - 1 Januari 2021
Sarapan pagi itu ialah menu Nasi Lemak Kerang. Selepas bersarapan pagi dalam pukul 9.30 pagi houseboat bergerak dan bertolak ke Sg Leban. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Menariknya dalam perlayaran di Tasik Kenyir kita akan dapat menghayati permandangan yang berbeza-beza. Hijau sepanjang jalan. Tenang sungguh. Inilah peluang untuk release stress. Tanpa sambungan internet, jaringan telefon juga tidak dapat.
Breakfast sambil layan permandangan ~ |
Indah, biru hijau mataku ~ |
Menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya, berkomunikasi sebanyak mungkin dengan kumpulan sepanjang kembara. Paling syok bila bosan melanda, kami lepas geram layan anak tekak dengan lagu-lagu hits 90 an. Suara tak sedap belakang kira, janji enjoy to the max. Hihi. Yeayy. Set kemudahan karaoke yang disediakan dalam Razna Houseboat memang terbaik!
Cerita Indah Hari Kedua Di Sungai Leban, Tasik Kenyir
Berkayak, Mandi Manda di Air Terjun! Petang hari kedua barulah berkesempatan untuk turun ke tasik dan cuba belajar berkayak di Sungai Leban. Laluan bermula dari tempat houseboat parking hingga terjumpa Air Terjun Sungai Leban. SubhanaAllah, MasyaAllah cantik. Pertama kali pengalaman cuba berkayak. Tak percaya rasanya berani rupanya seketul husniey untuk berkayak di tasik kenyir ~ Wahh syabas
Terima kasih Abu Ubaidah banyak bantu ambe. Korang boleh follow di instagram beliau, banyak gambar menarik di Terengganu ~ |
Yeay tak caya betul ke ni seketul husniey ~ |
Ingatkan biasa aje permandangan disini. Rupanya sangat cantik. Parking kayak di tempat yang selamat. Dari jauh dah boleh dengar deruan air terjun, bila sampai haih SubhanaAllah cantik kawasan air terjun tu, keadaan air pun jernih. Untuk naik ke air terjun ni kena mendaki batu- batu besar. Hidden waterfall gitu. Ada permukaan batu disitu agak licin. Tak ramai orang berkunjung disini. Disebalik batu besar situ memang kami tak sangka betul ada view air terjun yang indah.
Suka gambar ni walaupun tak sharp ~ |
Bersama Najihah aka Dedeq |
Husniey bersama 3 orang lagi rakan-rakan mengambil kesempatan untuk berendam sekejap disitu. Sejuknya weh! Peluang sebegini bukanlah datang selalu kan. Lama juga kami disitu sambil bergambar, tak cukup dengan itu kita rakam video pula sebagai kenang-kenangan berkayak di sekitar Sg Leban. Kami mula berkayak pada jam 3 petang dan pulang semula ke houseboat jam 5 petang.
Seronokkk tak terkata ~ |
Untuk pengetahuan pembaca, Sungai Leban adalah kawasan yang dijaga rapi oleh pihak KETENGAH. Tidak dibenarkan masuk jika tiada kebenaran dari pihak berkenaan. Maka korang mesti dapat agaklah kan mesti cantik kawasan ini. Alhamdulillah rezeki husniey. Untung juga sebab ada yang sudi membantu mengajarkan Husniey berkayak serta berpeluang mandi manda disini. Kenangan manis hari pertama 2021! Alhamdulilah.
Bermandi Manda Di Tasik, Terjun Gelongsor Air ~
Balik dari berkayak kami aktiviti bersambung lagi iaitu mandi manda di tasik. Uniknya tentang Razna houseboat adalah pada reka bentuknya yang moden. Ada binaan gelongsor air yang meluncur terus ke dalam tasik. Syok sangatlah bukan sekadar mandi manda namun kita juga dapat bermain dengan adanya kemudahan gelongsor. Sedikit peringatan semasa bersuka ria bermandi manda, jangan lupa untuk pakai jaket keselamatan ye.
Houseboat pertama yang ada gelongsor, terus ke dalam tasik ~ |
Muka tersenyum tapi cover takut ~ hihi |
Alhamdulilah nasib pakai jaket keselamatan itu pun panik weh masa memula terjun tu. Thanks to kawan-kawan semua sebab support dan cuba bantu bila husniey panik dah tertela banyak air. Heee. Takutlah weh sebab tak pandai berenang, tapi beranikan diri juga mencuba. MasyaAllah tak sangka juga berani untuk terjun, yang tahu je tahu. Seketul husniey agak penakut bila air dalam macam ni. Bila disuruh buat kali untuk kali kedua barulah agak kurang rasa panik. Memula memang dah surrender tak mahu lagi repeat terjun gelongsor, sebab banyak air masuk hidung. Pedih rasanya dan perasaan bercampur panik.
Bila dah terjun kali kedua lebih tenang. Husniey boleh water confident dalam air tasik. Okayy takpe nasib ada life jacket gane pun akan terapung juga kita ni. Nasib juga kawan-kawan banyak hulurkan bantuan tempat bergantung harap. Itulah pengalaman husniey serba sedikit. Merasa jugalah mandi tasik, terjun gelongsor 2x. Haa cukuplah tu kan untuk buat kenang-kenangan di Tasik Kenyir. Ini kalau kena buat sorang diri mungkin tidak yer. Seram!
Aktiviti Malam Terakhir Di Tasik Kenyir ~
Malam terakhir kami disajikan menu dan hidangan yang menyelerakan. Terima kasih buat krew Razna Houseboat kerana bertungkus lumus sediakan menu BBQ. Sedap pulak tu. Ada kambing bakar, ayam bakar, sosej bakar dan banyak lagi menu main course lain seperti nasi goreng, mee goreng. Bersungguh makan sebab masing-masing lapar seharian bermain aktiviti air kan. Malam itu juga ada pertandingan memancing. Casting di houseboat masing-masing. Banyak juga houseboat yang terlibat dalam acara casting ini. Meriah dapat tengok suasana kejiranan sementara itu, siap dipasang bunga api weh. Pung pung panggg cantikkk, hehe.
Datang bercuti ke Tasik Kenyir ini bukan setakat boleh melihat tumbuhan flora fauna, perjalanan akan jadi lebih menarik jika anda tahu tentang sejarah pembuatan empangan, keunikan sesebuah tempat. Iklim di Tasik kenyir yang sentiasa berubah. Berkenalan dan bersembang dengan Encik Khairul. Hebat ilmu alam beliau. Bila tanya sikit je pasal Kenyir, tahu belaka. Rupanya beliau seorang explorer,merendah diri walaupun ilmu pengetahuan tentang selok belok di tasik kenyir penuh di dada.
Banyak benda menarik tentang Tasik Kenyir (nak jungle trekking boleh, masuk gua boleh) |
Encik Khairul ~ |
Cantik sangat architecture macam orang yang bina. Padahal Allah yang cipta. Ada satu gambar tu, batu kapur terjadi secara semulajadi macam bentuk kolam je. Pastu kita tengok macam ada orang yang bina, padahal ia adalah kejadian alam semulajadi. MasyaAllah hebatnya. Dalam laut pun comel, atas darat pun comel. Dari berkayak, menginap di houseboat, trekking air terjun dan kalau nak jumpa rafflesia, macam-macam aktiviti best rupanya boleh buat di sini. Jujur cakap tiapkali datang Tasik Kenyir husniey rasa macam banyak perkara lagi belum explore dan belum diketahui. Kenyir unik sangat. Kalau anda berminat nak Encik Khairul guide untuk ke Melunak Trail dan jalan-jalan di Tasik Kenyir boleh contact whatsapp beliau ya. Encik Khairul - 0139397837
Bersama wakil Tourism Malaysia; Encik Wan Hisham |
Kaum wanita tak ramai mana - Kak tie takde dalam ni |
Kenang - kenangan, turut bersama Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur |
Bersama; Blogger Najihah |
Jumpa lagi di entri seterusnya. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
#tourismmalaysiawilayahtimur
#tourismmalaysia
#terengganu
#tasikkenyir
#tahunmelawattasikkenyir2021
Redeem YES Data Internet Ganjaran Daripada Shopee
3/19/2021 06:31:00 pmAssalamualaikum. Husniey pasti ada antara kita mendapat notifications daripada Shopee tentang rewards data YES. Untuk pengetahuan anda g...
Assalamualaikum. Husniey pasti ada antara kita mendapat
notifications daripada Shopee tentang rewards data YES. Untuk pengetahuan anda ganjaran
yang diberi oleh pihak Shopee ini adalah untuk pembeli yang membuat belian di Shopee.
Setiap RM 50 pembelian akan mendapat PERCUMA 5 GB DATA YES. Sangatlah jimat
bagi anda pengguna YES. Bagi bulan Januari 2021 husniey dan tuan suami ada
membeli handphone di Shopee. Tak sangka pulak bulan Februari dapat 100 GB data
daripada YES. Rezeki!
Langkah Mudah Mengesan Lokasi Guna Aplikasi Google Maps
3/02/2021 11:49:00 amAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Izinkan husniey berkongsi tentang cara-cara bagaimana untuk mengesan lokasi tepat seseorang hanya denga...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Izinkan husniey berkongsi tentang cara-cara bagaimana untuk mengesan lokasi tepat seseorang hanya dengan menggunakan Google Maps. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti lokasi secara tepat dan ini merupakan cara mudah untuk mengetahui lokasi ahli keluarga, pasangan anda. Pada pandangan husniey kaedah mengesan lokasi ini sesuai diguna pakai untuk pasangan yang berjauhan (PJJ) dan sesuai untuk yang bekerja selalu kena outstation.