Destinasi Menarik Di Bandar Perth | Kenangan Indah 2019 ~
1/31/2021 05:40:00 pmSenarai Tempat Menarik, Tempat Shopping Di Bandar Perth
Makan Malam Terbaik Di Charcoal Chicken, Daniella
24 Oktober 2019 - Bersambung kisah pada hari ketiga. Hari pertama kami sewa kereta dan pulang dari melawat tempat menarik di Lancelin. Setelah singgah di Masjid Perth untuk solat asar dan jamak zohor, kami berdua meneruskan perjalanan ke Daniella. Agak jauh nak ke sini untuk makan, namun bila sewa kereta tak susah nak mencari premis ini. Cari dekat Google maps dan ikut saja penunjuk arah itu. Husniey dan tuan suami memang tengah lapar nasib kedai masih buka. Yelah dari tengahari kami keluar jalan-jalan ke Caversham Wildlife park, ke Lancelin Sand Dunes dan Pantai Lancelin.
Hari dah gelap baru nak mencari kedai makan. Nasib kami baik menu yang dipesan semua sedap kena dengan selera. Satu hidangan pula agak banyak. Tak habis weh. Siap tapau lamb ribs bawa balik. Untuk pengetahuan anda, kedai Chicken Charcoal ini sekarang dikenali sebagai The CharGrill Masters.
Senarai menu makanan |
Menu yang dipilih ada dua jenis, set nasi bersama ayam quarter size dan tuan suami pilih makan bersama seafood salad. Husniey pula memilih menu nasi bersama lamb ribs, serius sedap masak elok isi dagingnya. Yang paling penting kedai ini HALAL. Ramai juga pelanggan yang suka ke sini, masa masuk ke kedai ini hampir tiada kekosongan meja. Warga tempatan pun ramai suka datang sini. Kalau korang jenis makan sikit je dah kenyang, tak perlu order banyak. Satu hidangan sebenarnya sangat cukup untuk berkongsi dua orang makan.
Jemput tengok ye ~ hihi |
Salad: Coleslaw |
Seafood Salad |
Menu dari dapur di apartment. Pokai kalau tiap hari makan luar. |
Total hangus makan disini $36.40 (RM104.10). Telan air liur bila tersedar harga itu, hahahaa. Jangan amalkan convert matawang ringgit dengan dollar. Haa menangis nanti. Pejam mata sajalah, nak jimat masak kat apartment pun okay. Keesokan harinya awal pagi husniey dah masak menu tengahari sebab risau lapar teruk bila berjalan.
Blue Boat House; View Cantik Tempat Ikonik Di Perth
25 Oktober 2019 - Hari keempat. Permandangan di Blue boat house sungguh indah dan menjanjikan ketenangan. Semestinya anda akan terpukau dengan bayu yang menyapa. Indah sungguh. Perth memang cantik, cuacanya yang sentiasa cerah. Mood pun turut sama menjadi ceria tatkala melihat sang suria menyinar.
View at Blue Boat House |
Pada awalnya husniey ingat tempat ikonik ini
terletak jauh dari area bandar Perth rupanya tidaklah jauh mana lebih kurang 2
km lebih begitu dari bandar. Seronok memandu
kereta melihat permandangan di sekitar sini, Perth kelihatan seperti
bandar urban dengan bangunan tampak moden. Uniknya tak jauh dari bandar
kita boleh menikmati kehijauan alam. Untung orang Perth ~
Photo sessions at famous place in Perth |
King's Park |
Best moments ~ |
Botol air di tangan tu masa ni baru lepas refill air |
Indahnya :) |
Tak sangka Kawasan King’s park ini agak luas.
Dekat sini sesuai sangatlah kalau korang nak photoshoot. Husniey duk berangan nak bergambar
pakai baju kurung dan tuan suami berbaju melayu. Amboi, haha! Ramai pengunjung yang datang ke sini untuka beriadah, jogging dan bersantai. Di suatu tempat dekat dalam taman ni ada satu punca paip air, yang bersih boleh diminum dan refill air minuman kita disitu. Unik sungguh.
Misi Beli Belah Di Perth (Singgah Big W & Bandar Freemantle)
Kebetulan 25
Oktober pada hari Jumaat, tuan suami mengambil peluang untuk singgah
solat Jumaat di masjid berdekatan, iaitu Masjid Perth. Baca sini tentang Masjid Perth. Setelah itu kami menyambung ke misi lain pula, iaitu jalan-jalan cari
tempat untuk shopping. Sebelum ke Perth husniey sudah siapkan list tempat-tempat
menarik, tempat makan, tempat untuk shopping dan barangan apa yang ingin dibeli.
Ternyata Perth Australia merupakan syurga shopping juga untuk kaum wanita. Kebiasaannya
kaum wanita gemar membeli set pinggan Corelle, set alatan pisau dan minyak
wangi di Gedung Chemist.
Semasa di Big W dah selesai shopping duk bersembang dengan orang Malaysia; seorang pak cik, anak cucu menetap di Perth. Katanya selalu datang ke Perth ni untuk jenguk anak. Siap buat family day sewa villa mewah ~ Syok mendengar ceritanya. |
Rambang mata ye tuan puan. Selipar jepun $ 1.50 sahaja. Bayangkan gaji mahal, kos hidup tak mahal mana - Seimbang ~ Best kalau dapat kerja & stay di Aussie |
Berkenan. Angkat letak balik, pastu terbeli! $15 sahaja (RM 42) |
Banyak pilihan ye |
MasyaAllah pening kami berdua bila melangkah masuk ke dalam shopping mall Big W. Kebetulan tengah banyak promosi dan waktu kami pergi kadar matawang agak rendah. $1 = (RM 2.86). Belikan baju tshirt untuk adik-adik dengan harga $4.00 sehelai, beberapa helai pakaian tuan suami dan sedikit cenderahati untuk diri sendiri. Untuk kedua emak husniey hadiahkan cadar berkuaiti. Semua murah corak pula cantik macam nak borong semua jelah. Hahaa bahaya!
Shopping Souvenirs dekat Megabes, Freemantle |
Sambil berjalan dalam pasar suka tengok keunikan seni bina di area Freemantle. Menarik sangat terasa seperti berada di negara Eropah. Freemantle ni sangatlah cantik bila waktu petang dan senja. Menjamu mata layan sunset dan mencari tempat menarik untuk bergambar kenang-kenangan. Namun masa mencemburui kami masa tiba di Freemantle sudah agak lewat petang nak masuk maghrib, so tak sempat nak explore banyak tempat. Hanya berpeluang melihat keindahan matahari terbenam langit berwarna ungu, subhanaAllah cantik sangat.
Randomly shoot |
- Kailis' Fish And Chip - |
Ralit membeli belah di pasar Freemantle hari dah gelap, perut minta disi lagi. Bergerak ke Kailis' Fishmarket Cafe terletak di sebuah pengkalan. So akan dapat lihat banyak bot dan kapal. Cantik sungguh suasana disini. Ada banyak menu seafood sebab dekat dengan laut. Singgah sini untuk takeaway the popular Fish and Chip in town, fresh fish daily katanya. Memang tak dinafikan ikannya segar dan macam biasalah kalau order makanan di kedai mat salleh ni kena beli satu saja (jika untuk makan dua orang). Hidangannya agak banyak, memang tak habis nanti.
26 Oktober - Pagi itu kami memulangkan kereta yang disewa. Kemudiannya sambung berjalan-jalan di bandar menaiki CAT Bus dan juga bas yang berbayar. Kaki menuju ke kawasan Murray. Sekali lagi kami singgah masuk ke Chemist untuk membeli souvenirs buat adik-adik husniey pula.
Sesuai untuk dijadikan hadiah. Palmer's lotion. |
Ternampak losyen yang berjenama pada harga agak murah ye. Cantik pembungkusan dalam kotak memang sesuai buat hadiah. Untuk adik lelaki pula husniey belikan perfumes berjenama Adidas. Agak gila shopping semasa di Perth. Bukan senang nak jumpa barang murah macam ni kan. Kebetulan pula percutian sudah ditaja, jadi hanya keluarkan duit untuk perbelanjaan. Kalau dihitung ianya tetap berbaloi-baloi. Tak rasa menyesal pun shopping sakan. Siap beli kopi popular di sana bawa balik Malaysia. Kopi Dare, Barista Bro. Sebelum balik malam itu bekukan dulu semua minuman. Ini kali trip paling epik! :D
Shopping mall Belmont Forum. Janji yang ini last tempat shopping~ |
Set pinggan idaman kaum wanita |
Menyambung semula misi mencari pinggan Corelle di area Belmont. Memang kerja gila. Patutlah nak balik ke Malaysia tu berat betul bagasi masing-masing, syok sangat shopping kat Aussie. Menaiki bas tambang yang dikenakan $6.40 (RM 18.30 untuk 2 orang) menuju ke Belmont Forum. Semasa kami membeli belah disini ternampaklah beberapa kumpulan traveller dari Malaysia. Mungkin rombongan company. Kelihatannya semua duk pilih pinggan. MasyaALLAH. Memang murah dapat satu set ada 16 pcs tak sampai RM 120. Lama jugalah duk mencari set pinggan yang bekenan dihati. Total hangus belanja disini $76.65 (RM 219.22) . Rupanya mall ni sepertinya tempat wajib singgah bagi rakyat Malaysia. HAHA
Cadangan Tempat Shopping Best Di Perth:
Big W: Tempat shopping t-shirt, baju baby dan baju kanak-kanak berjenama Bonds dan lain-lain barang berkualiti. Belmont Forum: Sama juga macam Big W tapi lebih banyak pilihan dan lebih besar. Tempat kami beli pinggan Corelle, perkakasan rumah. Chemist Warehouse: Tempat borong minyak wangi, supplement. Coles & Woolworths: Boleh topup barang basah, makanan kering, barang dapur disini.
Menempah masalah. Ternyata di setiap perbuatan itu ada kesannya. Husniey dah pun beli bagasi berat 15 kg. Barang-barangan overweight 8 kg. Officer di kaunter check in bising menyuruh kami repack barang. Dua kali kami disuruh repack barang, tak banyak berat berkurangan. Hahaa
Tudiaa barang ~ 3 beg sorang baw. Bagasi tu memang check in |
Departure from Perth Airport to KLIA 1. Bye Perth, See You Again! |
Selalunya perjalanan pulang ke Malaysia memang membeli bagasi sebab boleh agak mesti banyak shopping. Beg (hand carry) boleh masuk ke dalam flight hanyalah limit 7 kg seorang, jadi jumlahnya 14 kg tambah lagi dengan 15kg yang dibeli untuk check in di bahagian kargo. Namun ianya tetap tak cukup ye. Jumlah berat 14kg + 15 kg + 8kg = total 37 kg!! Sakan ye shopping kan dah mendapat ~ ALHAMDULILAH dipermudahkan nasib baik duit tunai AUD masih banyak. Pejam mata hulur duit itu. Nilai dalam ringgit,RM 457.60. Banyakkan, tetiba rasa mcam kaya betul ni hulur duit camtu je. Redha. Yelah takkan nak buang barang yang dibeli dengan susah payah itu. Husniey nak pesan ni, kalau korang bercadang nak shopping di Perth, atau mana mana negeri di Australia mestilah beli bagasi tu lebih sikit ye, sebab pengurusan airport sana agak ketat kira satu persatu barang yang ada di tangan kita. Termasuklah beg tangan wanita tu. Pengalaman di negara maju lainnya tak pernah kena macam ni. Hee.
Trip paling epik gila-gila dan santai. Alhamdulilah untuk semua pengalaman baru, kenangan indah memang banyak. Urusan sebelum pergi, semasa dan selepas pulang dipermudahkan Allah. Pasal shopping itu, jarang travel luar negara beria shopping. Ini disebabkan trip sudah ditaja jadi duit untuk perbelanjaan memang simpan banyak sikit. Hasil menabung dari awal bila dapat tahu aje akan bercuti ke Perth. Belanja masih mengikut kemampuan dan dalam bajet. Dekat bawah boleh rujuk kos belanja sepanjang percutian ke Perth selama 6 hari 5 malam. Semoga entri ini bermanfaat ye! ❤
SANTAI MAKAN NASI ARAB DI SUMAI HOTEL, TERENGGANU
Sebahagian hasil tangkapan di Perth. Chocolate TimTam, set pinggan Corelle mendarat dengan selamat ~ |
Kos Perbelanjaan Trip Perth 2019
Tiket Kapal Terbang + Penginapan 6 Hari
(Sponsor By Traveloka)
Beli Bagasi 15 KG - RM 101
Rate tukaran wang semasa:
AUD - RM ($1 = RM 2.86)
Kos Pengangkutan:
💐 Sewa Kereta 24 Okt - 26 Okt (2 Days) $130 @ RM 398
Deposit $ 100 (Refundable)
💐 Day 1 | 22 October 2019
Mineral Water - $4 @ RM 11.44
Tiket bus to Perth City - $4.90 @ RM 14 per pax
Beli air Dare - $ 3.95 @ RM 11.00
Mini Market - $ 12.62 @ RM 36.77
Newroz Kebab - $ 14.00 @ RM 40
💐 Day 2 | 23 October 2019
Chemist - $ 20.46 @ RM 58.51
Lunch @ Insan's Cafe - $ 28 @ RM 80.18
Woolworths - $ 31.30 @ RM 89.52
💐 Day 3 | 24 October 2019
Caversham Wildlife Park - $ 30 @ RM 85.80 / pax
Beli air dekat Lancelin - $ 9.80 @ RM 28
Chicken Charcoal Daniella - $ 36.40 @ RM 104.10
💐 Day 4 | 25 October 2019
Masjid Perth beli roti $ 9 @ RM 25.74
Big W $ 76.65 @ RM 219.22
K Mart $ 31.25 @ RM 89.37
Megabes $ 44.85 @ RM 128.27
Kailis Fish Market $ 40 @ RM 114.40
Caltex isi minyak $ 28.80 @ RM 82.36
💐Day 5 | 26 October 2019
Chemist Warehouse Murray - $ 54.95 @ RM 157.15
Bus 935 to Belmont Forum - $ 6.40 @ RM 18.30 (2 pax)
Big W Corelle & Cadar - $ 61.40 @ RM 175.60
Coles - $ 42.35 @ RM 121.12
Ispa Kebab - $ 11.50 @ RM 32.89
Coles - $ 7 @ RM 20
💐 Day 6 | 27 October 2019
Bus to Perth Airport - $ 9.80 @ RM 28 (2 person)
Kopi at 6000 Acres - $4.80 @ RM 13.72
Mineral water (2) - $ 4.00 @ RM 11.44
Cas Bagasi 8 KG at Perth airport - $ 160 @ RM 457.60
4 comments
Bestnya ada kenangan pegi sana
ReplyDeleteSetelah semuanya berakhir (covid) .. Selamat.. Boleh pergi lagi Husniey. Apa yg Husniey share ni membantu ramai orang buat kira-kira dan dapat memberi idea juga.
ReplyDeleteRinduuu nakk travel
ReplyDeleteAmboi sakan shopping dia ye. Haha. Xpela bukan selalu dpt shopping kat ausie kan. View kat boat house tu cantik sangat.
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.