Tempat Tarikan: Perth, Masjid Tertua Di Western Australia

Masjid Yang Harus Dilawati Ketika Di Perth ~ Assalamualaikum. Masih tak boleh melupakan kenangan ketika di Perth. Perth Australia merupakan ...

Masjid Yang Harus Dilawati Ketika Di Perth ~

Assalamualaikum. Masih tak boleh melupakan kenangan ketika di Perth. Perth Australia merupakan negara yang dalam senarai nama negara yang ingin dilawati. Namun tak sangka rezeki untuk ke Australia datang lebih cepat dari jangkaan. Cuaca cerah sepanjang hari di Perth, angin sepoi sepoi bahasa, langit dan lautan membiru. Perfect view. Kisah roadtrip masih belum berakhir. Destinasi seterusnya kami balik semula ke bandar dan terus menuju ke bandar Perth untuk tunaikan solat di Masjid Perth. - Baca sini kisah road trip di Perth -

Suasana di luar masjid

Pertama kali singgah ke masjid ini husniey merasa terpegun seakan tidak percaya dalam bandar urban ini ada masjid indah. Masjid Perth ini antara masjid yang paling lama berada di Western Australia. Masjid ini dibina pada tahun 1905. Terletak berhampiran 5 minit dari Hyde Park, agak jauh untuk ke sini jika dari bandar. 





Stesen keretapi terdekat Stesen East Perth jaraknya satu kilometer lebih untuk ke masjid dari stesen keretapi itu. Agak jauh rasanya nak berjalan kaki, jadinya alang-alang kalau korang sewa kereta bolehlah terus singgah ke masjid Perth ini. Semasa tiba di perkarangan masjid jam dilihat pada pukul 6 pm, sempat kami tunaikan solat jamak takhir dan qasar. Masjid ini bukan saja dilawat oleh penganut beragama Islam malahan menjadi tarikan kepada seluruh traveller di dunia. 


Kemudahan Yang Tersedia Di Masjid Perth

Di masjid Perth mempunyai ruang solat yang agak luas bagi kaum lelaki. Namun ruang solat bagi kaum perempuan tidaklah besar sangat tapi cukuplah nak muatkan dalam 20 orang jemaah. Jangan risau, dekat sini juga ada kemudahan tandas dan tempat ambil wuduk yang berasingan. Tandas ada kemudahan air, nama pun masjid tempat orang islam nak bersuci mestilah tandas punya bekas untuk jemaah bersuci sebelum tunaikan solat :D 


dari depan masjid


Tempat letak kereta, ladies prayer room


Tempat ambil wuduk lelaki, perempuan boleh ambil wuduk di tandas

Ruang tempat letak kereta disini terlihat agak terhad, rasanya kalau waktu solat Jumaat atau solat sunat Hari Raya pasti penuh dengan kenderaan. Alhamdulilah kami repeat dua kali ke sini, tuan suami berpeluang solat Jumaat juga. Meriah suasana waktu selepas solat Jumaat. Boleh dilihat pelbagai bangsa dan warna kulit yang hadir untuk menunaikan kewajipan. Husniey menunggu di luar masjid sementara menanti tuan suami selesai solat Jumaat. Dapat didengar khutbah yang dibacakan dalam Bahasa Inggeris. Nice, pengalaman baru kan. 


Seusai solat Jumaat terlihat beberapa orang peniaga terus meluru ke tapak jualan di dalam masjid. Ada yang menjual nasi beriani, makanan kering dan roti-roti. Turut mengambil kesempatan untuk membeli makanan disitu, bolehlah topup stok makanan di apartment nanti :)


Alamat Masjid Perth: 427, William Street, Perth WA 6000, Australia

Buka Setiap Waktu Solat 

Contact: +61 8 9328 8535


You Might Also Like

6 comments

  1. Alhamdulillah rumah Allah swt ada di mana-mana di seluruh dunia, lama juga masjid ni dah ada di sana ye HH :)

    ReplyDelete
  2. kat sana pun ramai umat Islam dari serata dunia yg menetap...Alhamdulillah, syiar Islam terus berkembang.

    ReplyDelete
  3. antara wishlist kalau jalan2 ni kalau blh mmg nak include visit masjid2 di tempat orang. alhamdulillah dapat juga singgah sini dulu.. tapi seram.. dua hari rasanya lepas our visit ada rusuhan sikit. kena doa selalu Allah lindung perjalanan kita..

    ReplyDelete
  4. Cantik dan simple kawasan masjid... sejuk jea mata memandang..

    ReplyDelete
  5. syoknya berjalan ke negara orang, banyak pengalaman baru yang kita dapat pelajari. klu dapat repeat lagi kan best..:)

    ReplyDelete
  6. dapat tengok budaya di negara orang tu yang syoknya tu

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.