Jalan - Jalan Ke Bukit Keluang, Besut Terengganu 2020

Short Vacation Bukit Keluang Besut Terengganu Oktober 2020

Short Vacation Bukit Keluang Besut Terengganu Oktober 2020


Assalamualaikum. Sebut saja sudah boleh merentas negeri mesti ramai antara kita terus merancang nak pergi bercuti ke luar negeri. Mood bercuti tahun 2020 ini agak hambar dek kerana pandemik yang sedang melanda di seluruh negara. Bila kes covid-19 meningkat saban hari dan pendapatan mula terjejas husniey mula panik. Sebelum sebelum ini kalau ada masalah akan terus cari jalan keluar seperti tenangkan fikiran di tempat cantik. Bercuti merupakan satu terapi terbaik bagi melupakan kesedihan. 

Redeem Voucher dekat Umobile. 


Keputusan untuk bercuti ke daerah Besut dibuat agak last minute ya. Tiba-tiba pagi itu husniey terasa hendak membelek aplikasi Umobile, terdapat banyak ganjaran dan voucher yang boleh ditebus. Ternampak ada voucher OYO, terus husniey install apps OYO dan belek penginapan menarik di daerah Besut. Sayangnya tak banyak pilihan namun hati tetap terasa nak ke Besut. Teringat pula dulu selalu sangat ke Kota Bharu tapi tak pernah singgah jalan-jalan di Besut. Hahaa apolahh. 


Pertama Kali Ke Pantai Bukit Keluang Ikonik Besut

Pantai ini merupakan lokasi menarik yang wajib singgah kalau anda singgah di Besut. Husniey tahu kebanyakannya yang datang ke Besut ini pasti kerana ingin pergi bercuti di Pulau Perhentian kan. Alang-alang dah ke Perhentian bolehlah masukkan pantai ini sebagai tempat menarik korang akan lawati. Dekat Bukit Keluang ini juga menjadi tumpuan buat hikers, mereka yang suka hiking mendaki bukit mesti masuk list boleh nampak view laut biru dan hijau menyatu. Cantik! MasyaAllah. 



Setibanya di Besut, ini lokasi pertama yang husniey singgah. Menariknya di sini korang boleh berjalan melalui jambatan dan turun ke gua yang terdapat disitu. Cantik sangat view kalau hari panas. Hati hati dengan monyet, agak ramai disitu. Melihat suasana pantai ini ada kehadiran sekawan monyet, teringat pula pada Pantai Teluk Cempedak Kuantan, itu memang meriah dengan monyet. Tak boleh bawa makanan ke hulu kehilir nanti monyet sambar, heee. 

Nice vieww. Masa ni cerah kejap cuaca. 

Ombak cintamu. Fuh. 




Ombak kelihatan agak kuat memandangkan telah masuk musim tengkujuh di pantai timur. Jadi air agak keruh tak berwarna biru. Dekat area pantai ini juga terdapat gerai-gerai kecil yang menjual sajian minum petang seperti keropok,sosej, rojak buah dan lain-lain. Berjalan di sekitar situ husniey terjumpa satu lagun tasik, menarik juga permandangan disitu. Sesuai dijadikan tempat untuk bergambar bersama orang tersayang.


OYO Aloha Chalet Menjadi Pilihan Penginapan

Check in pada 28 Oktober. Di Besut kelihatan tidak berapa banyak pilihan hotel atau chalet yang baru. Aloha Chalet ini terletak di Kampung Raja Besut. Berhampiran dengan jalan utama. Pembinaannya nampak baru, bersih dan bilik kami dapat agak luas. Selesa betul. Sesuai untuk menginap bersama keluarga. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik water heater, electric jug, televisyen berserta astro. Katil yang empuk

Type of room: Deluxe room 

Comfy bed! 😍 

Nak cerita malam itu lepas waktu isyak sebelum nak keluar makan malam. Lambat sikit keluar sebab hujan lebat dan ribut petir. Sangat kuat bunyi panahan petir kat area situ. Blackout kejap seluruh kawasan chalet tu. Alhamdulilah nasib baik semua selamat. Kawasan letak kereta disini agak terhad tapi okay aje sebab kami check in pada hari bekerja mungkin kurang sibuk. Paling best urusan check in di kaunter depan agak laju, sekejap saja. Tak perlu bayaran deposit. Kebiasaannya kalau menginap di hotel mesti kena juga deposit paling kurang RM50 kan. Rezeki betul sudah lah dapat voucher diskaun 60%. Banyak jimat tau! Harga bilik kami bayar untuk satu malam hanya RM 39.


Makan Malam Sedap Di Besut; 

Suasana selepas hujan memang menduga perut kami. Tambahan pula belum makan nasi. Mencari kedai makan di negeri Terengganu tidak susah, lambakan kedai makan yang rata-ratanya boleh dikatakan sedap juga. Husniey tak tahu kedai makan yang recommended tak sempat nak buat research terus pergi aje mencuba nasib. Pesan menu nasi putih, sup tulang, daging blackpepper, sayur kailan ikan masin dan sambal belacan. Minuman pula, air coconut shake meriah betul dekat sini tinggi gelasnya. 

Lapar sangat tu 🙈


Sedapp dan tinggi betul gelas coconut shake 

Bila tengok harga tak sangka murah aje. Tak sampai RM 25 makan malam kami. Rasa makanan semua sedap kena dengan tekak, nampak ramai juga pelanggan datang agaknya memang kedai ini popular di kalangan warga tempatan. Alhamdulilah kenyang kami malam itu. Rezeki sungguh dapat travel bajet, makanan tak mahal sangat, penginapan harga bajet tapi selesa dan dapat layan view indah di Pantai Bukit Keluang. Yeayy senangnya dalam hati!


Hari Kedua Jejak Masjid Russia! 

Eh Masjid Russia, biar betul ni. Haah ye kawan-kawan untuk pengetahuan di Besut terdapat Masjid yang unik binaannya seperti berada di Russia. Selepas sarapan pagi di Besut pagi itu kami breakfast Nasi Dagang. MasyaAllah hidangan banyak tapi harga murah ye. Tak sangka murah belah sini, kalau di tempat lain macam agak mahal belanja makan. Sorry tak teringat nak ambil gambar lebih teruja tengok makanan hahahaa :P


Persis St Basil's Cathderal In Moscow 


Lawa kan


Masjid Russia ini mempunyai lapan kubah. Namanya juga dikenali sebagai Masjid Lapan Kubah.
Kagum betullah pada arkitek tempatan bukan biasa-biasa ya, cantik sungguh binaan. Terletak di daerah Jerteh, Kampung Lapan Kotak sepanjang perjalanan nak ke masjid ini mata kami dijamu dengan permandangan sawah padi di dalam kampung-kampung. Cantik sangat. Terengganu pun ada sawah padi. 


Selesai jalan-jalan di masjid ini husniey terus pulang ke chalet dan mengemas barang untuk check out. Korang yang kebetulan datang ke Besut jemputlah menghayati keindahan pantai dan tempat menarik di Besut.


Baca sini juga:

 Backpackers Must Have This Bag!


You Might Also Like

5 comments

  1. selalu gak gi Demong Beach Resort sbb bawa anak2 mandi kolam. X jauh dari rumah Abam Kie di Tanah Merah ni. Cuma blom sempat jejak pulau perhentian je lagi...

    ReplyDelete
  2. Dapat jalan-jalan tenangkan fikiran pun dah cukup seronok

    ReplyDelete
  3. Masjid 8 Kubah ni memang wishlist akak kalau nak ke Besut nanti. Suka tengok.

    ReplyDelete
  4. Cantik masjid Lapan Kubah tu.. tak pernah pergi lagi..

    ReplyDelete
  5. Masjid 8 kubah tu cantik teringin pegi sana

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.