Rangkaian Produk Skincare Terbaik Di Malaysia, Cosmoderm Tea Tree Oil!
11/29/2020 12:03:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hi korang semoga sentiasa ceria! Sudah lama rasanya tak menulis review produk kecantikan. Walaupun di pasaran terdapat banyak lambakan produk kecantikan pasti ada antara kita yang masih lagi tercari-cari produk terbaik untuk kurangkan masalah kulit. Bila sudah serasi menggunakannya pasti akan repeat beli kan?
Pengenalan Tentang Cosmoderm
Jom berkenalan dengan produk hangat di pasaran Cosmoderm Tea Tree Oil. Cosmoderm merupakan jenama yang tidak asing lagi, jenama tempatan Malaysia yang sudah menceburi masuk ke dalam industri sejak tahun 2001. Pakar dalam mengeluarkan produk penjagaan kulit dan penjagaan badan. Perkara yang membanggakan ia diformulasikan dan dihasilkan di Malaysia. Selain itu, semua produk Cosmoderm bebas paraben dan sulfat sesuai untuk penjagaan kulit sensitif.
Perkara yang tidak lagi perlu ragu produk dari Cosmoderm menggunakan bahan ramuan yang berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, minyak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.
Rangkaian produk Tea Tree Oil mempunyai formulasi unik yang seimbang dan menyembuhkan masalah kulit kerana punyai Vitamin E. Hebat bukan? Tea Tree oil ni ianya berkesan dalam melawan jerawat, bau badan, sinaran matahari dan pada masa yang sama, lembut untuk kulit. Produk ini bermanfaat dan dirumus khas untuk pengguna yang punya masalah kulit berminyak dan jerawat.
Cara-Cara Menggunakan Set Rangkaian Tea Tree Oil
Langkah 1: Tea Tree Oil Facial Cleanser. Gunakan facial cleanser untuk menghilangkan kesan kulit berminyak di muka, membantu kurangkan liang pori dan mengawal kegatalan kulit serta mengurangkan jerawat. Suka pada tekstur nya lembut & bau yang wangi tenang je bila bersihkan muka.
Langkah 2: Tea Tree Oil Purifying Mask. Setelah sapu di muka. Biarkan selama sekurang-kurangnya 15-20 minit. Fungsi purifying mask ini dapat membantu menyerap minyak berlebihan, mengeringkan jerawat dan liang pori.
Langkah 3: Tea Tree Oil Anti-Blemish Gel. Diekstrak berasaskan tumbuhan yang membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan whitehead. 2 jenis gel anti-cela. Cara menggunakannya cukup mudah hanya sapu pada part yang ada kesan jerawat selepas anda gunakan Toner ☺️
•Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle
Mengecutkan jerawat, menghilangkan bintik hitam & whitehead dalam masa 4-5 hari untuk kulit berminyak. Sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat.
•Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press
Mengecutkan jerawat, menghilangkan bintik hitam & whitehead dalam 3-4 hari. Tidak sesuai untuk kulit sensitif
Tea Tree Oil Shower Gel
Setiap hari rutin penjagaan kulit muka dan badan dengan menggunakan rangkaian tea tree oil ini memang ada nampak perubahan positif dari minggu pertama. Selain menggunakan produk skincare Husniey turut menggunakan shower gel. Terasa segar setiap kali lepas mandi. Memberikan kesegaran yang luar biasa, sesuai untuk yang ada masalah badan berbau. Membersihkan dan lembut kulit menjadikan kulit segar dan licin senang dibilas tanpa rasa melekit.
Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion (RM20.90) - Membantu merawat jerawat, anti bakteria dan minyak berlebihan. Kegunaan untuk menyegarkan kulit apabila terdapat minyak yang berlebihan pada kulit
Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser (RM19.90) - Pelembap untuk kulit berminyak dan kombinasi. Membantu melindungi kulit daripada sinar UVA & UVB yang boleh merosakkan sel kulit
Tea Tree Oil | Oil Control Serum (RM34.90) - Serum berasaskan air gel dengan ekstrak buah untuk mengawal lebihan minyak. Juga membantu menghilangkan liang pori untuk mengurangkan jerawat dan whitheads
Review Sepanjang Guna Produk Cosmoderm Tea Tree Oil
Pengalaman sepanjang menggunakan set Cosmoderm Tea tree oil, husniey merasa perubahan kulit muka yang semakin bersih tanpa cela, jerawat dan kotoran di muka seperti whithead dan blackhead semakin berkurangan sudah tidak kelihatan timbul di muka. Alhamdulilah lega sangat bila kulit muka semakin sihat, lembab sebab selalu tiap malam sebelum tidur husniey akan sapu serum :) Really recommended untuk anda yang punya masalah kulit berminyak, jerawat anda akan nampak perubahan positif pada kulit muka seawal 3 hari. Sangat menakjubkan bukan? Bukan saja produk muka yang best, Tea Tree Oil Shower Gel juga menjadi pilihan utama ketika mandi. Selain membersihkan, kandungan bahan yang semulajadi turut dapat merawat masalah kulit dan menghilangkan bau busuk pada badan. Terbaiklah Cosmoderm ~
Untuk pengetahuan anda juga, produk-produk keluaran Cosmoderm turut terdapat di farmasi, kedai kesihatan hospital, dan klinik di seluruh Malaysia termasuk kedai runcit. Tidak ketinggalan pasaran luar negara; Singapura dan Lubnan. Anda boleh mendapatkan semua produk ini dari farmasi seperti Watsons, Guardian, Aeon Wellness, dan farmasi bebas berhampiran anda. Layari laman web Cosmoderm (www.cosmoderm.com.my) atau Shopee Cosmoderm Offical Store (https://shopee.com.my/cosmoderm)
5 comments
kita pun guna..best..:)
ReplyDeletesaya x penah cuba guna product ni lagi..
ReplyDeletetapi ada la rasa nak cuba a few.. belum smpai masa lagi hehe..
Pencuci muka dia best. Rasa bersih muka lepas cuci tu.
ReplyDeletebelum pernah guna lagi..ramai kata best.
ReplyDeletepelembap dia pernah cuba.. okla juga
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.