Food
Kedai Ayamas
Tempat Makan
Terengganu
Merasa Set Ayam Panggang Bersama Suami Di Kedai Ayamas, Kuala Terengganu!
11/09/2020 08:30:00 amMakan Set Ayam Panggang Sedap Di Kedai Ayamas Kuala Terengganu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah lama husniey tak keluar spend masa bersama tuan suami. Bila dah tuan suami ajak keluar tu, husniey kena fikir port kami nak singgah makan di Kuala Terengganu. Musim pandemik melanda negara ni kena cari tempat yang sesuai tak padat dengan pengunjung dan nak makan makanan yang lebih sihat serta ready to eat. Kalau ke kedai masakan panas agak lama kan, so macam tak mahu lah buang masa agak lama di kedai makan. Agak berbahaya kan. Pada kali ini husniey memilih untuk singgah makan di Kedai Ayamas. Masuk ini sebenarnya sudah kali kedua kami ke sini. Mengidam ayam panggang lah. Apa lagi terus ke Giant Kuala Terengganu ada outlet Kedai Ayamas (Roaster Express) yang terletak di tingkat satu.
Ketahui Latar Belakang Kedai Ayamas, Lebih 30 Tahun Beroperasi
Sebelum itu marilah kita membaca tentang latar belakang Ayamas. KEDAI AYAMAS adalah kedai berkonsep moden yang menjual produk-produk berasaskan ayam dan dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Johor Corporation.
Untuk pengetahuan anda, KEDAI AYAMAS adalah kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. Dengan tagline "More Than Just Chicken", KEDAI AYAMAS juga menawarkan pelanggan produk makanan “Ready-To-Eat” seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman.
Kedai Ayamas menekankan 3 aspek utama iaitu 3H iaitu “Healthy, Hygenic and Halal”.
Kini terdapat 61 rangkaian di seluruh negara yang terdiri daripada 33 kedai yang dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan 28 kedai yang dikendalikan oleh Pemegang Lesen melalui Program Perlesenan KEDAI AYAMAS. Produk-produk mereka dibekalkan dari kilang yang telah mendapat akreditasi jabatan veterinary dan Kedai Ayamas sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal JAKIM.
Paling penting produk Ayamas ini dijamin halal oleh JAKIM dan mematuhi keperluan badan statutori dan undang-undang Malaysia. Ayam panggang ayamas diperap daripada bahan-bahan segar, berkualiti dan semestinya di jamin HALAL dan TOYIBBA sejak 1988 lagi. Wah dah lama rupanya, husniey pun belum lahir lagi waktu itu.
Selain Kedai Ayamas mereka turut terlibat dalam aktiviti perniagaan borong dengan pembekalan ayam segar dan produk sejuk beku HALAL kepada pengedar dan kedai makanan dan minuman lain di seluruh Malaysia.
3 Konsep Kedai Ayamas
1. KEDAI - Menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.
2. KIOSK - Menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih fokus pada bawa pulang.
3. RESTORAN - Menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan di restoran.
Menu Utama 'Best Seller' Di Kedai Ayamas
Bila dah singgah makan dekat kedai Ayamas, mestilah kena rasa menu signature yang popular sejak sekian lama. Ayam panggang Kedai Ayamas merupakan tarikan utama yang didatangkan dalam tiga rasa yang unik. Terdapat 3 jenis pilihan ayam panggang iaitu Golden, Pepper dan Percik.
Golden - Rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu
Pepper - Diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan
rasa pedas-pedas yang menyengat
Percik - Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.
Menu yang kami suami isteri jatuh cinta ialah; Set Ayam Panggang pilihan kami iaitu Golden dan Percik. Rasanya untuk makan dua orang cukup ambil saiz 1/2 ayam panggang berharga dari RM 16.00. Kalau nak set ayam panggang bajet pun ada. Bagi ayam panggang yang bersaiz 1/4 pula harganya dari RM 9.00. Fuh memang terbaiklah rasanya cukup dengan pelbagai ramuan rempah dalam ayam percik dan ayam panggang golden pula berasa manis madu. Menyelerakan, lebih sihat sesuai untuk korang yang sedang menjaga diet seimbang. Tidak berminyak pun.
Keunikan Ayam Panggang Kedai Ayamas
Patutlah sedap dan rasa ayam panggang lain dari yang lain. Ia dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga. Kualitinya terjamin serta pastinya Halal dan Toyibba.
Hidangan Lain Yang Boleh Dapatkan Di Kedai Ayamas
Mereka turut menyediakan ayam panggang secara berkala (LIMITED TIME OFFER) untuk jangka masa tertentu. Ini memberi peluang kepada para pelanggan yang hadir ke outlet bagi merasai pelbagai jenis rasa istimewa ayam panggang.
Menu terbaik lainnya yang turut kami rasai ialah Bolognaise Bebola Daging. Ternyata memang sedap! Antara menu wajib dicuba disini ialah menu kegemaran orang Malaysia; Kari Laksa dan Set Ayam Goreng. Bagi menu seperti Bolognaise, Ayam Goreng dan menu snack ringan lainnya sesuai untuk kanak-kanak sebab tak pedas pun. Penuh weh bahan-bahan dalam kari laksa padat dalam bekas, serius tak sangka habis licin kami semangkuk berbagi dengan tuan suami. Ambil set ala carte hanya RM 9.90 sahaja.
Chicken pie, karipap ubi ada telur rebus. Muffin. Semua sedap ~ |
- Biskut Mentega Resepi Tradisional Scotland - |
Selain itu di outlet ada juga menyediakan pelbagai aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sausage, nugget dan burger, dan lain lain produk yang sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Sempat juga husniey dapatkan Butter Shortbread dan Ayamas 100% Fresh Chilli Sauce. Banyak juga produk dari kedai Ayamas ni. Paling suka sebab kualiti dijamin bersih dan rasa yang enak.
Promosi Set Jimat Di Kedai Ayamas
Untuk makluman pembaca semua.“15th and 30th offer” menawarkan harga Ayam Panggang diskaun, promosi “Thursday special” dan promosi sepanjang hari seperti Set Jimat yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja. Murah bukan? Ayam pula dihidang bersaiz 1/4 agak puas hati, kenyang weh. Bagi anda yang rasa takut nak keluar makan di kedai dengan anak-anak anda bolehlah mencuba khidmat penghantaran. Buat carian Kedai Ayamas di aplikasi Grab Food atau pun Food Panda. Senang!
Kempen Kedai Ayamas BringBackMemories & MakanSamaSama
Pengumuman penting bagi korang peminat Kedai Ayamas. Take note ya! Selama lebih 30 tahun pasti pelbagai kenangan anda bersama Kedai Ayamas. Jom terus mencipta kenangan bersama Kedai Ayamas dengan kongsikan gambar anda menikmati hidangan mereka dan hashtag #bringbackmemories #makansamasama.
2 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen berjalan selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020
Rating Kedai Ayamas
Keenakan Menu - 4.9/5
Kebersihan Kedai - 4.7/5
Layanan / Servis - 4.7/5
Harga? Berpatutan - 4.8/5
InsyaAllah husniey pasti repeat lagi nanti. Nak ajak keluarga makan ayam panggang seekor tu. Sesuai sangatlah menu ayam panggang di kala sambut birthday atau jamuan ringan kan. Jangan lupa tau korang join contest Bring Back Memories dengan hanya kongsikan gambar menikmati hidangan dan upload di media sosial.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di bawah
7 comments
Bila Husniey kongsi ni terus terasa nak cuba sebab belum pernah lagi mencuba. Tengok menarik pulak ada offer tu.
ReplyDeleteLama plak akak tak pi Ayamas...tgok entry ni rasa nak pergi plak..kat mana erk Ayamas kat Seremban ni...kena google sekarang...
ReplyDeleteNampak sedapp tu
ReplyDeleteLamanya tak pergi Ayamas..kak yaya suka sangat butter shortbread tu.
ReplyDeleteLama betul tak pergi ayams.. Sedp tengoknyaa
ReplyDeleteAna plg suka ayam percik dia. Sedap. Bulan puasa plg rajin order dkt ayamas ni. Hehe. Lagi satu suka puff dia. Sedap.
ReplyDeleteRoasted ayam ayamas tu sedap. Nak repeat lagi la lepas PKPB kat sini nanti.
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.