Cadangan Tempat Makan Kuantan: Banyak Lauk Terbaik Di Kuantan, Pahang
10/14/2020 09:00:00 amKedai Makan Tengahari Di Warung Aja Kuantan, Aneka Lauk Pauk Selera Kampung
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Sejak ayah sakit dan ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan husniey dan keluarga memang selalulah turun ke Kuantan Pahang. Bila dah alang-alang di Kuantan mestilah mencari tempat makan yang okay. Kadangkala kalau takde pilihan terdekat, hanya makan di kafe hospital saja. This is honest review, not paid review! Gitu, declare dulu kan.
Bila tak tahu kedai untuk singgah makan. Terus husniey Google search, ternampak Warung Aja ini antara top popular yang terletak di area Bukit Setongkol, Kuantan. Tak ada baca review pun. Tapi terasa macam nak try aje pernah lalu je tengok sokmo macam ramai pelanggan yang datang. Teringin juga nak mengetahui keistimewaan Warung Aja. First impression masuk ke kedai memang menarik pandangan husniey. Penampakan kambing bakar, sotong bakar. MasyaAllah tengok krew Warung Aja ni menyediakan makanan panas-panas lagi. Food lover mesti boleh bayangkan bunyi meriah aktiviti masak - bakar tu pun dah rasa errr tergugat terliurnyaa 👻
Hasil pembacaan di blog-blog lain, katanya terdapat 100 menu makan tengahari yang sedap dan unik di kedai makan ini. Okay yang ni baru google tadi. Banyak tu. Patutlah hari husniey singgah makan tu kejap aje ramai orang datang walaupun jam belum lagi masuk waktu tengahari. Kami sekeluarga buat keputusan nak singgah makan awal, sebabnya belum sarapan pagi cuma makan roti wholemeal 2 keping ketika di guesthouse. Maklumlah kalau makan kat luar selalu boleh rabak juga poket. Adakala kami masak siap dari rumah dan bawa bekal ke Kuantan.
Makan-makan juga, SOP KENA PATUH
Masing-masing dah lapar bila tengok lauk pauk yang beraneka. Fuh rambang mata, terus part memilih lauk pauk jadi agak lama ya. Korang jangan leka tau, #kitajagakita masuk kedai makan kena wajib patuh prosedur KKM sarankan. Check in menggunakan apps MySejahtera, ukur suhu badan di meja disediakan. Tangan jangan lupa sanitize ya. Jaga jarak antara pelanggan lain. Lepas tu barulah boleh ambil pinggan senduk nasi dan pilih ulam-ulaman. Sudut ulam-ulaman aje dah meriah rambang mata. Ada ulam raja, ada jantung pisang, bayam brazil, petai, timun dan lain-lain ulaman yang jarang kita jumpa. Rare! Kalau rasa nak makan lauk pauk tengahari dengan ulam segar ni boleh singgah ke kedai ni ya.
Rambang Mata Dengan Hidangan Menu Ala Kampung
Ternampak ikan pari nampaknya ia jadi pilihan lauk utama buat husniey menjamah nasi pada waktu itu. Bukan asam pedas ikan pari, macam lauk pari masak asam. Sempat google menu tu, nah namanya Pari Stim Asam Mangga. Sedap sangat. Bagi pilihan ikan ada banyak jenis lauk, semua sedap-sedap. MasyaAllah. Banyak juga pilihan untuk lauk sihat - read diet friendly, ngee. Cuma tinggal kita nak pilih lauk macamana, sesekali teringin juga banyak lemak, karbo. hihi amboi acah macam diet. Padahal diet kelaut.
Pilihan sambal-sambal juga boleh tahan menarik perhatian. Kalau budu, sambal belacan tu biasa sangat jumpa kan. Ini ada lebih 5 jenis sambal dekat tepi stesen ulam-ulaman. Siap ada cencaluk! Hebat sungguh dia menggoda. Menu special lainnya kambing bakar, ayam lemon, ikan puyu masak lemak cili api dan ikan kerisi berlada. Ada juga seafood tauhu, telur ikan masak lemak, ayam pandan dan ikan pekasam.
Total hangus RM 49, bukan selalu dapat belanja makan bersama. Kami makan 4 orang dewasa, ramai tak ada. Ayah, Tuan Suami, Adik ketiga pun tak ada. RM 49 termasuk semuanya. Lauk banyak juga adik dengan emak ambil makanan laut (Lala, Ikan) Husniey pula ambil lauk Pari, adik ada juga ambil ayam. Sambal, budu, ulam ulam. Rasanya harga masih berpatutan. Memesan minuman yang sama saja. Air bandung. Alhamdulilah, kenyang puas hati semua lauk pauk sedap kena dengan selera kami.
Baca sini juga artikel lain yang menarik;
Penginapan Terbaik Kampung Vibes Di Temerloh Pahang
Aktiviti Best Di Sungai Temerloh, Makan Ikan Patin Gulai Masam
Ada Apa di Pekan Sehari Temerloh?
Kalau korang kebetulan jalan-jalan cari makan di Kuantan Pahang sangat dicadangkan untuk singgah makan tengahari di Warung Aja. Lokasi mudah cari tepi jalan utama saja, berdekatan dengan Masjid Bukit Setongkol. Dari bandar Kuantan nak ke warung ini mengambil masa 7 minit. Okaylah tu kan takdelah jauh sangat. "Best places to eat variety of LAUK PAUK, but be there early!" nah tudiaa husniey petik ulasan ringkas dari seorang pelanggan yang menulis ulasan di Google Maps. Heee. Bayangkan seawal jam 11 pagi dah mula ramai orang datang untuk makan tengahari disini. Dekat pukul 11.30 pagi dah penuh lauk dihidangkan di stesen-stesen. Segar, banyak pilihan, sedap lazat. Itu saja lama tak menulis ulasan di blog tentang kedai makan. Thanks sudi baca. Moga bermanfaat ☺
Warung AJA Kuantan
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat (Sabtu Ahad tutup)
Alamat: Jalan Bukit Setongkol, Taman Bukit Setongkol Indah,
25200 Kuantan Pahang
Rating diberikan WARUNG AJA KUANTAN
Makanan - 4.9/5
Lokasi - 4.0/5 (payah sikit nak parking kena datang awal)
Suasana - 4.3/5
Servis - 4.3/5
Repeat? MESTI REPEAT NANTI NAK BAWA SEMUA AHLI KELUARGA 💗
4 comments
Geramnya tengok banyak menu boleh dipilih tu.Puas hati ni.
ReplyDeletebanyak lauk tu sedapppnyaa
ReplyDeleteTerliur tengok lauk2 dia. Tunggulah habis pkpb ni. Terkurung jela orang Selangor sekarang
ReplyDeleteMeriahnya lauk pauk dia.. Kecur air liur tengok hahaha
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.