Food
Pasta
Reviews
Senang & Sedap Cup Pasta Dari Tasty.ly Food Sesuai Untuk Sahur Moreh
5/10/2020 04:20:00 pmPasta Segera Mudah Disediakan Dalam Masa 5 Minit
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Pejam celik dah masuk fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Tahun 2020 ini beza betul suasana berpuasa dalam PKP, bukan mudah normal kehidupan baharu ini. Baru aje masuk beberapa hari berpuasa husniey dah buntu nak buat menu apa, pening nak fikir lauk pauk.
Terjumpa Cup Pasta ini. Teruja tengok packaging cantik warnanya kemas dan nampak menyelerakan. Yang penting ia Halal. Selalunya nak tukar selera mesti kita akan keluar makan dekat kedai, sekarang ini wajib stay home tak dibenarkan makan di premis restoran. Sekarang teringin nak makan pasta, bolehlah klik add to cart dekat aplikasi beli belah yang kalian ada seperti Shopee, Lazada. Senangnya nak beli pasta segera.
Cup Pasta: Pasta Segera Yang Menyelerakan
Hadir dengan tiga jenis perisa. Tomato sauce, Carbonara, serta perisa Mac & Cheese. Ada ketika waktu sahur terasa tak lalu nak makan nasi, boleh gantikan dengan menu pasta segera ini. Pasta Segera dari Tastyly Food ini diperbuat daripada Durum Wheat Semolina.
Paling penting adalah pasta ini mudah disediakan, terlewat bangun sahur pun sempat makan. Nak makan semasa moreh pun okay sangat.
Yelah lepas beribadat mesti lapar balik, nak makan berat sangat dah lewat malam.
Cara Menyediakan Cup Pasta Tastyly Food
Penyediaan yang cukup mudah. Hanya perlu masukkan air panas dan biarkan Cup pasta selama 5 minit, kemudian gaulkan bersama seasoning yang disediakan. Sedia dimakan.
Jangan dibuang air panas yang berada dalam cawan pasta tersebut, biar aje. Bukan macam korang makan mee segera goreng kena buang air kan yang ini tak perlu dah.
Nanti pasta itu akan serap air sendiri, takdelah berkuah banyak sangat. Seasoning yang disediakan cukup rasa dah tak perlu tambah apa-apa. Di antara ketiga jenis Cup Pasta ini yang paling disukai ialah Mac & Cheese. Kalian yang sukakan makanan ada cheese wajib cuba pasta jenis ini. Terasa berlemak, berkrim semua cukup. Hehe 😂
Okaylah untuk maklumat lanjut kalian boleh pembelian online ya. Boleh beli bundle banyak terus satu kotak. Harga berpatutan.
📍 Shopee
📍 Lazada
📍 QOO10 - Singapore
Website Tastyly Food
Facebook Page
9 comments
nampak sedap ni
ReplyDeleteni bagus kalau standby waktu sahur
ReplyDeleteBlh cuba nnti ni dekat rumah. Hehehehe. Aril singgah ye. Pembaca baru blog ni. :)
ReplyDeleteMudah nak sediakan. Memang sesuai untuk sahur kan. Nak try juga lah. Nampak sedap betul tu.
ReplyDeletenampak sedap lah
ReplyDeletemudah pula tu nak buat
nak beli lah nanti
wahh nampakk sedap
ReplyDeletemudah betul berbuka dgn menu ni.. nampak pun sedap tu..
ReplyDeleteAril followback ye akak husniey. Hehe. Singgah lagi dkat sini.
ReplyDeleteWahh biasa dengar mi segera je tapi sekarang pasta pun dah ada :D
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.