Resepi Nasi Ayam Penyet Terbaik!! Mudah Disediakan Paling Penting Sedap!

Resepi Nasi Ayam Penyet Menjadi Hanya Ikut Dekat YouTube. Alhamdulillah ❤  

Resepi Nasi Ayam Penyet Menjadi Hanya Ikut Dekat YouTube. Alhamdulillah ❤ 





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Di kesempatan ini husniey ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1441H. Semoga semuanya sihat walafiat dapat melakukan ibadat dengan baik. Rindu sungguh nak menulis di sini. Mood agak berterabur sejak keguguran haritu. Tipu kalau kata tak terkesan. Mestilah ada saatnya kita mari teringatkan. Semua perasaan bercampur baur. Sedih, takut, kecewa, rindu saat manis walaupun seketika cuma.

Okay berbalik kepada tajuk entri ini. Husniey nak kongsikan resepi ringkas nak menyediakan Nasi Ayam Penyet. Jujur lah ya husniey cuma ikuti resepi ini melalui tontontan video di Youtube. Tak sangka pula menjadi! Alhamdulillah rezeki kan. Suka bila kita pertama kali mencuba menu itu, terus sedap secukup rasa semuanya. Jom baca sampai akhir entri ini.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Untuk Nasi cuma tanak nasi putih biasa aje. 

Untuk Penyediaan Kuah Sup & Ayam Goreng
- Ayam ½ ekor 
- Bawang merah 3 ulas
- Bawang putih 3 ulas 
- Lengkuas seinci 
- Halia seinci 
- Kunyit seinci 
- Tepung Beras 
- Air rebusan ayam 

Cara Penyediaan kuah ini mudah sahaja, bahan bahan semua blend, dan masakkan dalam kuali. Letak air secukupnya untuk kuah. Memang banyak bahan kena ada. Perlu lengkap untuk kuah dan ayam baru jadi sedap. Jangan lupa perasakan dengan garam, gula, dan sedikit perasa. Kalau ada daun Salam / Bay Leave. Masukkan juga ya. 


Semasa memasak kuah tu masukkan ayam ya. Bila ayam dah masak elok, angkat dan toskan. Habuk bahan blend dalam kuah tu, anda boleh tapiskan dan salut pada ayam. Ia rangup tau. Husniey buat tak menjadi part ni tapi ayam dah sedap sebiji macam kat kedai. Hehe. 



Okay. Sambung. Dalam bekas lain letakkan secawan tepung beras dan masukkan sedikit air rebusan kuah tadi. Masukkan sedikit demi sedikit tak nak terlalu cair. Celupkan ayam yang direbus. Gorengkan dalam minyak panas. Dah siap goreng, penyetlah ia baru macam kat kedai kan hahaaha. Tak perlu letak perasa ye dalam ayam goreng tu. Dah sedap tau! 😍  

Kalau ada tempe, tauhu sila celupkan dalam adunan tepung tadi tu. Terus goreng. Pergh sedap sangat barulah lengkap kan menu ini. Husniey tak letak pun. PKP ni banyak barang tak lengkap. Nak sangat makan itu ini, haha

Untuk Menyediakan Sambal Ayam Penyet



Lada besar 3 biji 
Tomato 1 biji 
Cili padi 5 biji 
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 2 ulas
Belacan seinci 
Garam, gula, perasa 


Gorengkan dalam kuali, minyak sikit je. Semua bahan untuk sambal perlu digorengkan. Dah siap goreng, tunggu sejuk kejap. Kemudian blend. Selepas blend bahan bahan masukkan dalam kuali tadi semula. Baru masukkan garam, gula, serbuk perasa. Suka manis manis, masukkan gula lebih sikit. Husniey masukkan gula dalam dua sudu sahaja. Pedas masih ada. Sambal ini memang tahan ya. 


Untuk Ulam ulaman boleh makan bersama kubis, timun, tomato atau suka hati koranglah nak reka apa pun kan. Janji sedap dan ia mudah disediakan. Husniey punya masakan tidaklah sempurna sangat, cukup gembira bila semua cukup rasa macam selera kita bayangkan. Okaylah tu kan. Kalau ikutkan ada beberapa bahan yang tak cukup. 😍❤️

Kalau nak resepi dan cara penyediaan yang lebih jelas boleh tengok dekat YouTube ya. Semoga perkongsian ini bermanfaat! 🤗

Love, 
Husniey Husain 

You Might Also Like

7 comments

  1. Tiba2 rindu pula ayam gepuk pak gebus tu.. huhu.
    salam ramadan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Husniey perkongsian ni.

    ReplyDelete
  3. Sedapppnyaaa lama dah tak makan nasi ayam penyet ni

    ReplyDelete
  4. Nampaknsedap sgt tu.. Ni dah boleh join segment mama dah Ni.. jemput la join ye

    ReplyDelete
  5. Dah lama actually teringin nak buat ayam penyet ni.
    Esok lusa boleh la try hehe. Thanks Husniey.

    ReplyDelete
  6. ayam penyet ni kalau sambal dia sedap, hmmm berulang-ulang makan. kalau kedai tu sedap sambal nya, situ je la beli hehe

    ReplyDelete
  7. orang tuuu memang pandai masakkkk tu masak apa menjadi.. !!
    kalo kita jiran lama da pi mintak hehe..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.