4/27/2020 09:13:00 am
4/17/2020 08:00:00 pm
Pengalaman Mengandung Dan Keguguran Semasa Kandungan 8 Minggu | TTC Nak Masuk 6 Tahun
4/17/2020 08:00:00 pmPengalaman Mengandung Dan Keguguran Kandungan 8 Minggu. Perasaan Gembira Bertukar Sedih, Sangka Kali Ini Rezeki Anak Sudah Tiba... ...
Pengalaman
Mengandung Dan Keguguran Kandungan 8 Minggu. Perasaan Gembira Bertukar Sedih, Sangka Kali Ini Rezeki Anak Sudah Tiba...
Double Line -- It's POSITIVE. |
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga semua sihat sejahtera dan berbahagia
di samping orang tersayang. Husniey tak tahu nak mulakan dari mana. Bila perasaan sedih mula reda baru boleh mula menulis disini. Maaf kalau dah lama berdiam
dan kurang aktif menulis disini. Pada awal bulan Mac husniey dalam
tempoh berjaga-jaga sebab memang kuat instinct merasakan akan mengandung pada
bulan itu. Ini merupakan kandungan kali keempat. Tarikh terakhir hari pertama haid
(LMP) pada 13 Februari 2020. Mestilah ada ikthiar dan berusaha keras
sebab itu yakin akan lekat pada bulan Mac, disebabkan sudah keguguran 3 kali
sebelumnya husniey memang bertindak untuk banyak rehat dan kurang bergerak di
awal-awal kehamilan 3-6 minggu (waktu kritikal), 6-12 minggu juga tempoh kena banyak
berehat dan kena baring je, bagi golongan yang mudah keguguran seperti diri ini. Bila tuan suami tahu berita husniey mengandung ini hampir setiap hari dia usap perut. Senyum sampai ke telinga. Seakan tak percaya dengan nikmat itu.
4/04/2020 06:59:00 pm
Menu Terbaik Sushi King Yang Penulis Suka, Anda Juga Perlu Cuba
4/04/2020 06:59:00 pmMenu Pilihan Terbaik Yang Penulis Suka Pesan Bila Makan Di Sushi King Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila teringin nak makan di...
Menu Pilihan Terbaik Yang Penulis Suka Pesan Bila Makan Di Sushi King
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila teringin nak makan di Sushi King ini memerlukan kewangan agak utuh ya, selalunya sekali makan pasti mencecah RM 50 hingga ke atas ya, kawan - kawan. Mana tak nya, mesti ambil banyak menu sushi kan. Waktu terbaik untuk menikmati SUSHI KING sila datang semasa ada promosi bonanza. Tapi kalau dah teringin sangat, rezeki ada lebih memang kami suami isteri tak berkira nak spend untuk makan mahal sikit. Janji sedap dan halal.
4/04/2020 08:30:00 am
Resepi Menu Tengahari Ringkas: Ayam Masak Halia Sedap!
4/04/2020 08:30:00 amSuka Makan Ayam, Jom Cuba Resepi Ini Ayam Masak Halia. Pasti Makan Nasi Menambah! Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Semoga pembaca bl...
Suka Makan Ayam, Jom Cuba Resepi Ini Ayam Masak Halia. Pasti Makan Nasi Menambah!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Semoga pembaca blog husniey sihat dan ceria selalu hendaknya. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ini satu persatu menu makanan yang husniey teringin nak mencuba. Tapi itulah kena tengok dulu menu menu yang tular di media sosial itu menu sihat ke tak. Bila Google search serta membaca informasi yang ada kongsikan di WhatsApp, ada yang menulis bahan-bahan alami yang bagus untuk diamalkan ketika jangkitan wabak covid-19.
Salah satu bahan semulajadi terbaik ialah halia. Ia sangat bagus diamalkan. Selalu tengok warga emas suka minum teh halia untuk buang angin. Elok juga untuk sistem imun tubuh kita. Cegah demam dan selesema, mengubati batuk berkahak, mengurangkan sakit perut dan bantu penyerapan nutrien dalam usus. Wow sangat banyak khasiat bagi halia.