lifestyle
Motivasi/ Peringatan
Virus Covid-19
Doa Serta Amalan Yang Boleh Diamalkan Ketika Wabak Covid-19
3/17/2020 11:30:00 pmHimpunan Doa-Doa yang Boleh Diamalkan Dalam Islam Ketika Hadapi Musibah / Sakit
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga semua para pembaca sihat walafiat dan ceria di samping keluarga. Disini husniey mengambil peluang untuk menulis dan membuat perkongsian ilmu. Sudah lama tak menulis, banyak benda yang terjadi kan pada bulan Mac 2020 ini. Kita semua sedang diuji oleh Allah. Pasti ada hikmah besar dalam tiap kejadian. Dalam Islam kita diajar untuk bersabar dan bersolat dalam menghadapi ujian hidup.Allah sudah berfirman dalam Al-Quran:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang bersabar." - Surah Al Baqarah 153
Antara doa yang boleh dijadikan amalan sepanjang masa, lagi lagi ketika nak keluar rumah. Ada yang tetap bekerja walaupun keadaan jangkitan wabak virus covid-19 makin meruncing. Marilah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah selepas dah usaha untuk menjaga diri dengan langkah-langkah pencegahan kesihatan yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Doa Keluar Rumah. Mesti ramai yang selalu amalkan yang ini |
Faedah membaca doa keluar rumah 😊 |
2. Bismillahilazi La Yadurru (dibaca 3 kali, Pagi & Petang)
Doa Untuk Perlindungan Diri, Elak Perkara Mudarat |
Ayat Kursi berserta makna |
4. Surah 3 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas)
5. HasbunaAllah Wani'mal Wakeel
6. La Hawla Waala Quwatailla Billah
SubhanaAllah banyakkan doa yang boleh diamalkan. Sambil membaca doa-doa di atas, jangan lupa niatkan minta Allah melindungi diri kita dari sebarang bahaya, penyakit untuk ahli keluarga, suami isteri, anak-anak, saudara mara kita.
Doa Qunut Nazilah
Perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani tentang Langkah Pencegahan Covid-19 Menurut Rawatan Islam. |
Baca sini entri menarik:
8 comments
tq for sharing..smoga kita smua dilindungi dr wabak covid19
ReplyDeleteSmeog wabak ini cepat hilang. Aamiin. Take care kak.
ReplyDeleteSemoga wabak ini cepat hilang aamiin. Take care kak
ReplyDeletenice sharing Husniey.. semoga Allah lindung kita semua selalu.
ReplyDeleteTq huaniey for sharing Boleh diamalkn nanti
ReplyDeletesangat2 baik perkongsian HH ini sebagai pengisian di kesempatan waktu yang hadir. terima kasih
ReplyDeletethank you so much kak husniey
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsiannya husniey.. semoga semua baik2 saja ya..
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.