3/17/2020 11:30:00 pm
3/05/2020 08:30:00 am
Episod Travelog Ke Tasik Kenyir Terengganu, Anjuran UMT | Awas Entri Ini Panjang Ya!
3/05/2020 08:30:00 amEkplorasi Tasik Kenyir 3 Hari 2 Malam. Febuari 2020. Ada Apa Di Tasik Kenyir? Assalamualaikum. Ini merupakan pengalaman pertama Husni...
Ekplorasi Tasik Kenyir 3 Hari 2 Malam. Febuari 2020. Ada Apa Di Tasik Kenyir?
Hari Pertama (18 Februari 2020)
Pesona Houseboat |
Bilik tetamu/bilik karaoke -- siap ada aircond ya |
Nak hubungi Pesona Houseboat sila zoom in gambar ini, ada nombor telefon disitu |
Bilik tidur di bahagian tingkat atas |
Dekat tingkap dari dalam bilik tidur |
Cantik kan semua view. SubhanaAllah :) |
Tasik Kenyir Tasik Buatan Yang Terbesar Di Asia Tenggara
Sebelum kita bermula husniey ingin kongsikan sedikit info buat para pembaca blog.Tasik Kenyir terletak di dalam Daerah Hulu Terengganu, ia merupakan tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara dengan saiz keluasannya ialah 260 km persegi dan mempunyai beratus kepulauan ye. Terdapat 340 buah pulau di Tasik Kenyir.
Tempat Menarik & Aktiviti Yang Dilakukan Di Tasik Kenyir
Pengunjung juga diberi peluang merasai air herba yang diangkat panas-panas dari dapur. Bagi kaum lelaki boleh mencuba minuman air Tongkat Ali Putih dan Tongkat Ali Hitam. Manakala kaum perempuan mencuba minuman herba Kacip fatimah dan Mas Cotek. Seronok kalau bawa keluarga datang sini, anak-anak zaman sekarang mesti tak kenal pokok herba kan.
Meninjau Makmal Penyelidikan Bergerak UMT Di Tasik Kenyir
Pada sebelah petang pula kami dibawa meninjau ke dalam Bot Penyelidikan UMT yang sedang berada di perairan Tasik Kenyir. Seronok apabila tengok gelagat masing-masing, ada yang tak pernah menaiki bot jadi macam takut juga ada ya. Di dalam bot penyelidikan UMT terdapat ruangan seperti makmal untuk para penyelidik meletakkan bahan atau sampel. Diberitahu bahawa dalam bot penyelidikan ini tidak boleh menginap bermalam disitu, ia hanya disediakan sebagai makmal penyelidikan bergerak. Dah banyak kajian ekosistem dijalankan oleh UMT di Tasik Kenyir. Menarik sungguh bila dapat tengok kemudahan pembelajaran di depan mata.Makmal Penyelidikan UMT |
Tuan Syirfan & Encik Amirul selaku Urusetia dari UMT sedang berkayak & yang lain mandi di tasik |
Sambung melakukan aktiviti riadah petang di kawasan houseboat. Riadah petang santai saja, bebas untuk peserta menggunakan masa. Ada peserta yang berkayak dan mandi di Tasik ada yang minum petang sambil layan view dan perasaan, ada yang tercari-cari line internet. Jaringan luar memisahkan kami seketika disini. Line telefon dan internet mula terputus, namun ia tetap tak mematahkan semangat nak explore keindahan Tasik Kenyir. Bezanya keunikan Tasik Kenyir dan tempat lain. Diingatkan bagi yang tak tahu, keadaan air tasik tidak serupa dengan air laut. Daya graviti mudah menarik anda ke dalam dasar air. Jadi berhati-hati ya, dinasihatkan sila pakai jaket keselamatan jika tidak pandai berenang. Alhamdulillah seronok aktiviti macam ni dengan orang kita tak kenal. Semua baik ramah. Macam family, macam dah lama kenal 😊
JEMPUT TONTON VIDEO DI YOUTUBE CHANNEL HUSNIEY
Pada sebelah malam pula, setelah kesemua peserta siap makan malam mandi serta solat maghrib, program malam pada hari pertama diisikan dengan Pertandingan Memancing bagi yang berminat dengan aktiviti memancing. Ikan Toman Tasik Kenyir |
Banyak spesis ikan air tawar yang anda akan jumpa di Tasik Kenyir. Saiz ikan juga agak besar. Tapi atas nasib juga, ada yang dapat ikan saiz kecil aje. Okaylah husniey kongsikan sikit antara spesis ikan yang terdapat di Tasik Kenyir ialah ikan Lampam, Tengas, Kelah, Baung, Haruan, Bujuk, Toman, Kelisa, Kerandang, Patin, Belida dan juga Siakap Tawar. Haa amacam banyakkan spesis ikan yang tak pernah kita dengar. Ini pun husniey ceduk info dari kaki pancing yang selalu memancing di Tasik Kenyir.
Paling best hari pertama semasa sesi pengenalan, masing-masing menceritakan tiket mereka dijemput UMT. Ada pelbagai latar belakang dan kepakaran. Memang beza trip kali ini, bersama pengamal media sosial yang masing-masing latar belakang berbeza namun boleh jadi rakan dan hari terakhir kami ibarat sebuah keluarga.
Hari Kedua (19 Februari 2020)
Bertolak dari tempat houseboat parking (di Kelebu) ke destinasi menarik seterusnya, Gua Bewah. Perjalanan untuk ke Gua Bewah dengan menaiki houseboat memakan masa 1 jam. Suasana sangat cantik di kawasan Taman Negara Tasik Kenyir. Kebetulan tak hujan. Kelihatan banyak port cantik boleh shoot gambar menggunakan DSLR. Para peserta memang sibuk mengambil shoot terbaik sepanjang perjalanan ke Gua Bewah.
Indahnya permandangan ini. My fav photo! |
Gua batu kapur. Unik. |
Bergambar sebelum tiba di Gua Bewah |
Tiba aje di Gua Bewah kita boleh melihat dinding gua yang dari batu kapur. Bewah bermaksud aktiviti kenduri-kendara. Terdapat beberapa gua batu kapur yang lain di sini, seperti Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan. Kami mendaki bukit menggunakan tangga yang disediakan, kena hati hati struktur tangga tak sama rata banyak dedaun kalau hujan pula sedikit licin. Jam 9.30 am kami dah berada di dalam Gua Bewah. Mulanya ingat takde apa yang menarik sekali banyak juga benda menarik yang dapat dilihat disini. Artifak, fosil, bacaan sejarah tentang Gua Bewah dan penemuan fosil sejak beribu tahun lalu. Serius kami tak sangka sudah lama sebenarnya kewujudan Gua Bewah ini. Dari hasil penemuan fosil sepertinya sejak ratusan tahun, 270 tahun.
Di dalam gua ini juga dapat dilihat pelbagai bentuk haiwan pada batuan dinding gua. Dinasihatkan sila jaga kata kata dan tingkah laku. Maklumlah tempat seperti ini pasti ada kisah misteri dan penunggunya tersendiri. Hihi seramm bukan. Jemput layan gambar jelah okay.
Group photo |
Dikatakan batu itu mirip gajah jelas nampak giginya |
Info lanjut baca disini. Klik di gambar untuk lebih jelas |
Penemuan fosil dan Bewah Man. Rangka manusia. |
Nak baca tentang fosil ni, klik pada gambar ya |
Setelah habiskan masa explore Gua Bewah kami balik semula ke houseboat. Kemudian makan tengahari, solat dan rehat. Houseboat dipandu menuju ke lokasi seterusnya. Yang ditunggu tunggu ialah aktiviti mandi manda di Air Terjun. Air Terjun Lasir merupakan tempat wajib singgah jika anda datang ke Tasik Kenyir. Keunikan air terjun ini tak sama seperti tempat lain. Tiba di Air Terjun Lasir jam 2.40 pm. Pukul 3 petang kami mandi manda dan bergambar di air terjun.
Di jambatan gantung Air Terjun Lasir, air terjun ini boleh akses direct dengan bot kecil atau laluan trek tangga disediakan. Masa pergi kami berjalan kaki balik baru naik bot. |
Memori terindah -- |
Seronok bermandi manda walaupun tak tahan dengan air yang sangat sejuk. Kebetulan masa kami pergi tu baru lepas hujan. Digalakkan pakai jaket keselamatan bagi yang tak arif berenang macam Husniey ni, hee. Lepas bermandi manda di Air Terjun Lasir kami menaiki bot singgah ke kawasan berdekatan houseboat parking. Dari situ turut ada air terjun yang mengalir terus ke dalam tasik. Unik sungguh Kenyir ni. Cantik pula tu. Ada peserta yang ambil peluang bergambar dan berkayak ke sini.
Jemput tonton video di Youtube Chanel
By Pijie Mhar. Guna drone. Amazing view.
Keluarga kami 3 hari 2 malam |
Bila sudah lewat petang sememangnya bot takkan bergerak ke mana mana destinasi dah. Malam kan gelap, mana nampak jalan dah. Malam kedua kita tidur di dalam houseboat sambil dengar kejauhan, deruan air terjun dan bunyi ungas di hutan.
Jatuh cinta! 😍 |
Malam terakhir kami di Tasik Kenyir di meriahkan dengan acara BBQ. Makan saje weh duk dalam houseboat ni. Malam itu lepas BBQ kami berkumpul lagi dalam acara perkongsian santai. Ada peserta yang menerangkan tentang cara yang betul berkongsi di media sosial. Penggunaan hastag dan cara mengambil gambar, tentang kerjaya & pencapaian dalam bidang masing-masing. Serius terbaik perkongsian begini, sebab bidang kami semua tak serupa. So sebenarnya kami saling belajar.
Lupa segala masalah, best juga sesekali hidup tanpa ketagih nak tengok smartphone. Setiap hari setiap malam walau takde line internet kami tetap enjoy bercuti disini. Kalau bosan karok je kat tingkat bawah. Mujurlah bilik tu kedap bunyi. Even takde line diaorang ni ada je yang tidur lewat bersembang sampai 3 pagi 😂
Hari Ketiga (20 Februari 2020)
Sebelum pulang pagi hari ketiga kami sempat singgah ke satu lagi lokasi yang ada tarikan air terjun, Air Terjun Saok. Cantik permandangan disini, permukaan batu disini agak tajam tapi okaylah sesuai untuk anda yang ingin mandi basahkan badan je, tak sesuai untuk berenang.
Suasana pagi hari ketiga. Indah sungguh. |
Reflection.. |
Houseboat berlabuh di kawasan air terjun Saok |
Oh ya Air Terjun Saok ini berdekatan aje dari Jeti Pengkalan Gawi, lebih kurang 8 km jaraknya dari jeti. Kalau anda datang jalan-jalan dengan menyewa bot laju bolehlah masukkan destinasi ini sebagai tempat kunjungan sebelum balik, jangan risau disini ada kemudahan tandas dan tempat duduk sama aje seperti lokasi menarik di tempat lain. Macam Husniey dan rakan-rakan balik ke houseboat baru mandi dan salin pakaian.
Kalau nak berenang rasanya lebih baik ke Air Terjun Lasir, di Saok ini jangan duk lompat buat terjunan ya. Bahaya oi. Riadah di Air Terjun Saok menjadi lebih bermakna bila kami sempat picnic dan membawang. Kak Ayie & Kak Sari siap bawa sandwich (yang lebihan waktu sarapan pagi di houseboat). Bila dah sejuk tu teruslah lapar kan, jadi silalah standby makanan ringan baru syok membawang, hahaha.
Selepas waktu makan tengahari program ini disudahi acara penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Memancing. Kemudian bergambar sepuasnya buat kali terakhir. Berat hati nak tinggalkan kenangan indah di Tasik Kenyir. Seronok tak terkata. InsyaAllah teringin juga nak repeat lagi ke sini tak kisahlah bersama keluarga atau rakan-rakan.
Bergambar bersama Tuan Pengarah PKK UMT |
Aneka Menu. Semua sedap belaka. |
Menu tengahari pula nasi putih berserta lauk pauk ala kampung, memang nikmat makan ikan patin masak tempoyak di atas houseboat. Siap ada sambal belacan, budu, tempoyak. Menu sarapan pagi pula. Nasi lemak, hari ketiga dengan nasi kunyit, rendang, mee goreng dan lain-lain lagi. Fuh. Tak cukup itu, pengurusan UMT siap sediakan makanan ringan kudap kudapan untuk dimakan bila-bila masa. Terima kasih UMT bagi kami rasa selesa sepanjang trip berlangsung.
Love,
Husniey Husain
Info lanjut ikuti media sosial UMT
Portal Rasmi: https://www.umt.edu.my/
Facebook: Official UMT
Instagram: Official UMT
YouTube: Official UMT
Twitter: @UMT_Official