Tempat Menarik Ketika Musim Bunga Di Korea | Jinhae Cherry Blossom Festival 2019

Lokasi Cantik Ketika Musim Bunga WAJIB DILAWATI Datang Bercuti Di Korea Selatan, Sila Masuk List Anda!  Assalamualaikum dan Salam Sej...

Lokasi Cantik Ketika Musim Bunga WAJIB DILAWATI Datang Bercuti Di Korea Selatan, Sila Masuk List Anda! 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai bersambung lagi kita dalam entri travel pada kali ini. Pada April 2019 husniey sempat mengunjungi ke Jinhae Korea Selatan. 

Tempat ini agak popular di kalangan pelancong tempatan dan pelancong asing ketika musim bunga setiap tahun. Sepanjang perjalanan di kawasan Jinhae dapat melihat keindahan bunga berkembang mekar, cantik sungguh penuh bebunga warna merah jambu. Jinhae Gunhangje Cherry Blossom Festival ialah festival paling terbesar pada musim bunga di Korea Selatan. Jadi terdapat agak banyaklah aktiviti yang dianjurkan. Waktu terbaik untuk layan musim bunga di area Busan - Jinhae betul-betul awal bulan April. DI bahagian Seoul agak lambat sikit bunga keluar mekar.





Jinhae Gunhangje Festival is held in the area of Jungwon Rotary and downtown Jinhae with splendid cherry blossoms. Varied programs including a pre-event, cultural performances, a military performance, and others will take place during the festival.

Date:

From 1 April - 10 April (Tarikh tiap tahun mungkin berubah) 
Admission/Participation Fees
Free
Duration of Performance
Varies by program
Age Limit
Open to visitors of all ages
Credit Info: https://english.visitkorea.or.kr


Cara Nak Bergerak Ke Jinhae Menaiki Pengangkutan Awam 


7 April 2019, pagi itu kami keluar awal untuk ke bandar Jinhae. Ia terletak dalam Changwon Province dengan menaiki pengangkutan awam sahaja. Memilih menaiki bas awam agak mudah, sebabnya ia akan berhenti tepat di destinasi yang dituju. Tak kira dari mana anda bergerak samaada menaiki bas atau keretapi, anda dinasihatkan bergerak menuju ke Hadan, Busan. Perjalanan ke Hadan mengambil masa lebih kurang 45 minit atau lebih. Husniey menginap di area Seomyeon jadi terus ambil bas di depan Lotte Mall Busan, perjalanan mengambil masa 30 minit untuk tiba di bus stop Hadan. Semasa sedang dalam perjalanan kami memang tak henti rujuk di google maps ya. Sambil itu dengar announcement lokasi takut tersalah naik bas.




Setibanya di Hadan, perlu mengambil bas seterusnya yang akan bawa anda direct ke bandar Jinhae. Dari Hadan Station ke Jinhae Bus Station mengambil masa satu jam. Harga tiket juga agak mahal, mungkin sebab bas ekspress. Pada mulanya husniey juga tak tahu tentang bas ke Jinhae ini tapi tengok orang ramai di tepi jalan menunggu kedatangan bas dan cubalah nasib untuk bertanya di pondok kecil (rupanya di pondok itulah tempat beli tiket bas untuk ke Jinhae). Terus beli tiket bas di situ. Jangan malu bertanya, walaupun tak faham bahasa Korea Hangguk, tapi husniey cuba untuk faham. Usai beli tiket rasanya tak lama menanti bas tiba, kami naik bas dan terus bergerak ke Jinhae. Keadaan dalam bas ketika itu padat dengan penumpang lain, sehinggakan tiada kekosongan tempat duduk.





Tengah jalan macamni pun cantik kan? 

Oh sebelum terlupa harga tiket bas bagi perjalanan sehala 5,500 won / RM 20 sehala rate semasa dah lupa tapi rasa rate masa husniey ke Korea itu mahal sikit. Mahal juga rasanya, tiket bas kalau balik ke Kemaman tak sampai RM 15 haha teruklah fikiran ku ini. Nak bandingkan duk negara sendiri tu, haha. Jumlah tiket bas pergi dan balik Hadan ke Jinhae 11,000 won. Selepas satu jam kami tiba di stesen bas Jinhae. Dari situ kena berjalan kaki dalam 200 meter untuk ke tapak festival Cherry Blossom. Waktu tiba dah boleh nampak ramainya pengunjung di situ. Tak usah risau, tiba di tapak festival itu ada booth disediakan untuk pertanyaan. Mereka yang berada disitu boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.


Keindahan Musim Bunga Di Bandar JInhae Korea Selatan 


Dimaklumkan bahawa dari tapak festival ada disediakan shuttle bas percuma untuk ke tempat menarik di sekitar bandar Jinhae yang indah ketika musim bunga. Memang terujalah bila tahu pasal bas percuma itu. Alhamdulilah jimat duit dan paling best tak perlulah kita penat berjalan kaki pusing dalam bandar tu. Di Jinhae sebenarnya banyak landmark menarik yang boleh anda pergi bergambar ketika musim bunga. Tapi husniey hanya pergi satu dua tempat saja. Tak sempat nak cover semua tempat menarik, lagi pun suasana tepi jalan dah cukup meriah dihiasi dengan cantik kembangnya bunga Cherry.


The iconic train when Spring in South Korea 




Tenang mata memandang, suhu agak sejuk dan sesekali berangin. Sesuai sangat kalau ada pasangan baru kahwin datang honeymoon ke Korea pada musim bunga. Suasana romantik. So ramailah pasangan kekasih warga Korea dating ke tempat macam ni, hihi. So cute. Cuma cuaca agak mendung, tak nampak cahaya matahari. So gambar agak gelap lah, nampak kesan cuaca tak cantik tu. Sayang pula bunga dah cantik, tapi tetap kami semangat nak bergambar.


Suasana di Jinhae. Meriah sungguh 

Agak ramai pelancong berada di kawsan Gyeonghwa Station. Padat. Nak bergambar di depan keretapi itu pun memerlukan untuk beratur panjang. Fuh gigih masing-masing sanggup beratur panjang. Tiada bayaran dikenakan untuk bergambar di tempat cantik ini. Bila dah terlalu ramai pengunjung, perkara yang sukar adalah nak mencari sudut terbaik untuk bergambar. Kena cepat dan tangkas kalau tak memang gambar akan ada yang photobomb, hehe sabar ajelah. Melayani suhu sejuk berangin bertambah syok dengan adanya kopi panas, sempat kami singgah beli Americano Coffee di gerai. 

Banyak gerai jual makanan dan minuman, kami tak makan pun sepanjang jalan-jalan di festival, banyak yang tak halal. Seram pula rasanya bila melihat khinzir roasted. HAHA. Ada banyak jenis dessert atau makanan comel dijual ikut tema Cherry Blossom, so memang korang akan teruja tengok bungkusan makanan berwarna pink ke apa. Haih perempuan kan, faham faham ajelah.


Gambar kita dah cantik, belakang pulak kena photo bomb. Haha 😂 




Romantic moment with my husband.
Alhamdulilah❤️

Highlighted Point:

Nak pergi berjalan ke bandar Jinhae menaiki bas, kena tukar bas kemudian ambil Intercity / Express Bus yang direct akan bawa anda ke Jinhae. Di Jinhae berjalan kaki ke tapak festival kemudian boleh nampak booth untuk sebarang pertanyaan. Korang boleh menikmati menggunakan shuttle bas percuma yang disediakan untuk ke destinasi menarik yang menjadi tumpuan ketika musim bunga. Rugi kalau tak cover banyak tempat menarik di Jinhae; antara yang wajib ialah Yeojwacheon Stream dan Gyeonghwa Station kedua tempat ini serius cantik sangat, mesti rasa puas hati pergi walaupun ramai orang.



Jemput Tonton video di Youtube Channel 

Suasana di seluruh pekan Jinhae serius cantik ketika musim bunga. Balik ke Busan juga dengan bas, kena beli tiket bas ekspress di Terminal Bas Jinhae dan balik semula ke Hadan, Busan. Yang paling penting ialah bila anda memilih untuk singgah melawat Jinhae pada musim bunga, sila menginap di kawasan bandar di Busan. Rancang perjalanan sebaiknya, dari Seoul tak digalakkan. Tersangatlah jauh kalau dari Seoul memakan masa perjalanan lebih 4 jam. Sebaiknya datang belah pagi, semakin lewat waktu anda datang, maka semakin ramai pengunjung datang ke sini so susah nak dapatkan angle terbaik untuk bergambar. Sila bawa bekalan makanan, sebab sangat susah cari makanan halal disini. Anything related, bolehlah bertanyakan di email husniey husnieyg@gmail.com

Love,
Husniey.

You Might Also Like

6 comments

  1. cantiknyaaa..
    bestnya dpt g korea..

    ReplyDelete
  2. Indahnya...pasti sepanjang jalan...dipenuhi bunga-bungaan..pemandangan indah kerana bunga itu menjadi penyerinya.SubhanaAllah.

    ReplyDelete
  3. Wah wah g korea la.. kte nie mampu ngk cte korea je..

    ReplyDelete
  4. Saya suka pergi musim bunga juga... cuaca yang bagus

    ReplyDelete
  5. kena tunggu pril 2021 la. huhu. rare jugak ye sakura berkembang di bulan april. lambat sikit spring di sana ya

    ReplyDelete
  6. tempat dam musim idaman kak liez ni.. moga ada rezeki utk ke korea..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.