Tempat Tarikan: Perth, Masjid Tertua Di Western Australia
12/23/2020 10:02:00 amMasjid Yang Harus Dilawati Ketika Di Perth ~ Assalamualaikum. Masih tak boleh melupakan kenangan ketika di Perth. Perth Australia merupakan ...
Masjid Yang Harus Dilawati Ketika Di Perth ~
Assalamualaikum. Masih tak boleh melupakan kenangan ketika di Perth. Perth Australia merupakan negara yang dalam senarai nama negara yang ingin dilawati. Namun tak sangka rezeki untuk ke Australia datang lebih cepat dari jangkaan. Cuaca cerah sepanjang hari di Perth, angin sepoi sepoi bahasa, langit dan lautan membiru. Perfect view. Kisah roadtrip masih belum berakhir. Destinasi seterusnya kami balik semula ke bandar dan terus menuju ke bandar Perth untuk tunaikan solat di Masjid Perth. - Baca sini kisah road trip di Perth -
Rangkaian Produk Skincare Terbaik Di Malaysia, Cosmoderm Tea Tree Oil!
11/29/2020 12:03:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hi korang semoga sentiasa ceria! Sudah lama rasanya tak menulis review produk kecantikan. Walaupun di p...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hi korang semoga sentiasa ceria! Sudah lama rasanya tak menulis review produk kecantikan. Walaupun di pasaran terdapat banyak lambakan produk kecantikan pasti ada antara kita yang masih lagi tercari-cari produk terbaik untuk kurangkan masalah kulit. Bila sudah serasi menggunakannya pasti akan repeat beli kan?
4 Cara Mudah Jana Duit Tambahan Ketika PKPB
11/17/2020 05:42:00 pmKetika ini dunia masih lagi huru-hara dengan kes virus covid-19, yang entah bila akan pulih. Semakin hari semakin ramai terkesan. Apabila sy...
Ketika ini dunia masih lagi huru-hara dengan kes virus covid-19, yang entah bila akan pulih. Semakin hari semakin ramai terkesan. Apabila syarikat tak mampu beroperasi maka ramailah yang diberhentikan kerja. Haa jom baca sampai habis, mana tahu ianya membantu menjana pendapatan anda!
The Aroma of Good Times Awaits Malaysians this 11.11 with OLDTOWN White Coffee
11/09/2020 10:38:00 pmThe Aroma of Good Times Awaits Malaysians this 11.11 with OLDTOWN White Coffee The Perfect Sip Crafted through mouth-watering online deals,...
The Aroma of Good Times Awaits Malaysians this 11.11 with OLDTOWN White Coffee
The Perfect Sip Crafted through mouth-watering online deals, prizes and exclusive flavours
KUALA LUMPUR, 9 November 2020 - To some, coffee is more than just a drink. It is a form of gastronomical necessity that needs to be consumed daily. A morning without it may seem rather incomplete.
OLDTOWN White Coffee is all set to making the morning brighter than ever, especially for Malaysians that are currently working from home. The country’s largest halal-certified white coffee cafe chain brings attractive deals, exciting contests and games plus sumptuous coffee flavours online on its official store on Shopee, in conjunction with the e-commerce platform’s 11.11 Big Sale running now till 11 November.
Merasa Set Ayam Panggang Bersama Suami Di Kedai Ayamas, Kuala Terengganu!
11/09/2020 08:30:00 amMakan Set Ayam Panggang Sedap Di Kedai Ayamas Kuala Terengganu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah lama husniey tak keluar spend masa...
Makan Set Ayam Panggang Sedap Di Kedai Ayamas Kuala Terengganu
5 Cara Untuk Meningkatkan Kualitas Tidur Anda di Malam Hari
10/28/2020 06:13:00 pmIni Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Anda Di Rumah! Banyak manfaat yang dapat dirasakan jika memiliki kualitas tidur yang baik. Beberapa di a...
Ini Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Anda Di Rumah!
Banyak manfaat yang dapat dirasakan jika memiliki kualitas tidur yang baik. Beberapa di antaranya seperti membuat Anda menjadi lebih produktif, suasana hati menjadi tetap stabil, tubuh menjadi lebih sehat hingga dapat memperkuat sistem imun atau kekebalan tubuh.
Cadangan Tempat Makan Kuantan: Banyak Lauk Terbaik Di Kuantan, Pahang
10/14/2020 09:00:00 amKedai Makan Tengahari Di Warung Aja Kuantan, Aneka Lauk Pauk Selera Kampung Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Sejak ayah sakit dan ditaha...
Kedai Makan Tengahari Di Warung Aja Kuantan, Aneka Lauk Pauk Selera Kampung
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Sejak ayah sakit dan ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan husniey dan keluarga memang selalulah turun ke Kuantan Pahang. Bila dah alang-alang di Kuantan mestilah mencari tempat makan yang okay. Kadangkala kalau takde pilihan terdekat, hanya makan di kafe hospital saja. This is honest review, not paid review! Gitu, declare dulu kan.
5 Tips Guna Pengangkutan Awam Bas Ekspress Di Malaysia
10/02/2020 06:02:00 pmJangan Takut Nak Travel Dengan Bas. Ini Tips Dan Cara - Cara Travel Menaiki Bas Ekspres Di Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. ...
Jangan Takut Nak Travel Dengan Bas. Ini Tips Dan Cara - Cara Travel Menaiki Bas Ekspres Di Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah lama husniey ingin berkongsi entri sebegini kepada para pembaca blog. Yelah dah selalunya kan asyik menulis kisah travel menaiki pengangkutan awam di luar negara. Marilah kali ini kita baca sama-sama tentang pengangkutan bas di Malaysia. Kali ini husniey cuma nak highlight pasal bas ekspres. Untuk korang yang belum tahu bas ekspress ini selalunya perjalanan ke destinasi yang jauh memakan masa lebih 2 jam hingga 8 jam di atas jalanraya. Kebiasaannya tak ramai orang memilih untuk menaiki bas; selalunya orang yang memilih menaiki bas ini adalah yang suka jalan jauh tapi nak jimat. Memang jimatlah dan semua orang boleh jadi penumpang dan dapat rehat yang cukup sepanjang perjalanan, berbanding korang memandu kereta sendiri, agak penat kan?
PROGRAM JELAJAH PESONA SELANGOR 2020 - Promosi Pelancongan Negeri Selangor Di Kuala Terengganu
9/25/2020 04:53:00 pmPROGRAM JELAJAH PESONA SELANGOR 2020 - Program Jelajah Promosi Pelancongan Negeri Selangor Bukti Tourism Selangor Komited dalam Memperkasa S...
PROGRAM JELAJAH PESONA SELANGOR 2020 - Program Jelajah Promosi Pelancongan Negeri Selangor Bukti Tourism Selangor Komited dalam Memperkasa Sektor Pelancongan Domestik Pasca Pandemik Covid-19
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga sihat selalu dan ceria sentiasa. Cakap pasal travel ni antara part yang paling husniey suka ialah explore tempat baru. Semakin jauh perjalanan maka makin luas permandangan serta makin banyaklah pengalaman hidup. Baru-baru ini husniey berkesempatan untuk hadir ke program anjuran Tourism Selangor bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.
Terkejut apabila mendengarkan ucapan dari Pengurus Besar Tourism Selangor, Tuan Azrul Shah mengatakan destinasi popular seperti Fraser's Hill dan Genting Highlands separuh darinya ialah berada dalam Negeri Selangor. Wah menarikkan fakta ini bagi mereka yang belum mengetahui.
KUALA TERENGGANU, 22 September 2020- Pandemik Covid-19 yang melanda dunia tanpa diduga telah memberikan impak kepada industri pelancongan Negara. Namun, pembukaan semula sektor pelancongan domestik sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seakan memberi sinar baharu kepada industri yang terjejas teruk ini.
Dalam menyemarakkan usaha proaktif ke arah penetapan semula industri pelancongan Negeri Selangor atau visi “reset tourism”, Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sedang giat menggerakkan sebuah Kempen Promosi Pelancongan Domestik; Pusing Selangor Dulu.
Tourism Selangor mengorak langkah pasca pandemik Covid-19 dengan penganjuran Program Jelajah Pesona Selangor 2020 Edisi ‘Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu’ ke Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 September 2020. Program ini disertai oleh delegasi dari Negeri Selangor yang terdiri dari wakil daripada Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), dan empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor iaitu Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor.
Pelancaran Program |
Program Jelajah Pesona Selangor ke Negeri Terengganu menerima kerjasama baik dari pihak MATTA Terengganu dan Tourism Terengganu. Program Jelajah ini turut menerima sokongan dari pihak MOTAC Terengganu dan Tourism Malaysia Wilayah Timur. Tahniah bagi kedua negeri Selangor dan Terengganu kerana saling bekerjasama dan memberi idea, bukan bersaing malah melengkapi. Teruja rasanya bila pihak penganjur memilih negeri Terengganu merasmikan promosi Jelajah Pesona Selangor 2020. Terbaik!
Program Jelajah ini dimulakan dengan sesi Government-to-Government atau G2G sebelum diteruskan dengan sesi pertemuan Business-to-Business atau B2B melibatkan para operator pelancongan yang dibawa khas dari Negeri Selangor.
Para Blogger di booth MPAJ, memegang produk inovasi dari banner |
Merasai keenakan buah nangka dari Selangor Fruits Valley |
Nangka yang manis, buahnya juga rangup |
Program pada hari tersebut turut menyaksikan penglibatan oleh 9 operator produk pelancongan Negeri Selangor seperti Sunway Lagoon, Sunway Resort Hotel & Spa, Farm in the City, Chocolate Museum, GM Klang, Sky Mirror Tour & Travel, Persatuan Homestay Selangor, Selangor Fruit Valley dan JumpStreet Asia. Program Jelajah Pesona Selangor ini akan melabuhkan tirai untuk tahun 2020 di Pulau Pinang pada 7- 9 Oktober 2020. Program Jelajah yang sarat dengan initipati pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri dan meningkatkan bilangan pelancong domestik, khususnya pasca pandemik Covid-19.
Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini merupakan sebuah landasan terbaik bagi memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi percutian unggul yang sarat dengan produk pelancongan menarik sama ada yang baharu mahupun sedia ada”.
“Diharap kerjasama pintar ini dapat memberi manfaat bersama yang akan memakmurkan lagi industri pelancongan ke tahap terulung. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat Pelan Promosi Pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan”, tambah Tuan Azrul Shah.
Semasa sidang media berlangsung |
Seiring dengan Kempen Pusing Selangor Dulu yang giat dipromosi di laman media sosial rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn; Program Jelajah Pesona Selangor 2020 merupakan sebuah penambahan yang signifikan kepada Pelan Promosi Pelancongan Tourism Selangor kerana potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan di Malaysia.
Apa yang lebih menarik, penglibatan operator produk pelancongan Negeri Selangor dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan. Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri dari pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor - penyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan.
Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk pelancongan terbaharu dan sedia-ada di Negeri Selangor, layari laman sesawang baharu Tourism Selangor, Selangor.travel yang ditambah-baik dengan fungsi terkini untuk sebuah pengalaman digital yang komprehensif.
Tentang Tourism Selangor
Tourism Selangor adalah cabang pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri. Banyak inisiatif telah diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara, dan banyak lagi.
Informasi Lanjut Sila Rujuk Dibawah
TOURISM SELANGOR
Laman Web Rasmi: www.selangor.travel
Facebook: https://www.facebook.com/TourismSelangor
Instagram: https://www.instagram.com/discoverselangor/
Explore Perth Day 3 (Drive A Car)
9/15/2020 10:00:00 amHari Ketiga Memandu Di Australia & Melawat Beberapa Tempat Menarik
Hari Ketiga Memandu Di Australia & Melawat Beberapa Tempat Menarik
MENDIDIK ANAK DALAM SIFAT MARAH
8/17/2020 03:06:00 pmKisah Yang Boleh Diambil Contoh Untuk Didik Anak Dengan Kasih Sayang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, izinkan husniey berkongsi sedik...
Kisah Yang Boleh Diambil Contoh Untuk Didik Anak Dengan Kasih Sayang
Sebelum membuat perkongsian di blog, husniey dah mendapatkan keizinan dari empunya perkongsian ini. Bukan orang lain, sepupu husniey yang dah dianggap seperti kakak kandung, dah banyak dia beri nasihat dan kata-kata semangat dalam menghadapi ujian hidup. Alhamdulilah ❤
Hari Kedua Di Perth | Explore Perth City Dengan Bas Percuma?
8/07/2020 11:24:00 pmMelawat Tempat Tarikan Di Perth Dengan Menaiki Kemudahan Pengangkutan Awam Bas
PG Mall Platform E-Dagang Tempatan Top 3 Di Malaysia, Banyak Diskaun
7/31/2020 10:00:00 amHai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Aidiladha diucapkan kepada semua rakan-rakan pembaca blog. Asal musim raya aje mesti shoppi...
ECO Shop Is Now Exclusively on Shopee!
7/22/2020 10:53:00 amECO Shop is now exclusively on Shopee Enjoy products for only RM2.10
ECO Shop is now exclusively on Shopee
Enjoy products for only RM2.10
Suka Makan Di Kedai Ni | Steamboat & Grill Terbaik Di Tanah Rata, Cameron Highlands
7/18/2020 11:40:00 pmMakan Steamboat & Grill Di Cameron Highlands Dengan Santai, Berkonsepkan Suasana Dalam Taman
Diuji lagi? Keguguran Kali Ketiga Tahun Ini (Warded)
7/11/2020 03:12:00 pm3 Kali Diuji Keguguran Tahun 2020, Pengalaman Kali Ini Berbeza B enar Perit Assalamualaikum dan Hai semua pembaca tersayang. Maafka...
3 Kali Diuji Keguguran Tahun 2020, Pengalaman Kali Ini Berbeza Benar Perit
Assalamualaikum dan Hai semua pembaca tersayang. Maafkan diri ini sudah lama ingin menulis kisah ini namun kena betul-betul emosi tidak terganggu barulah dapat siapkan entri ini. Banyak ujian tahun 2020 ini. Sungguh tak ku duga ujian itu datang lagi. Kali ini paling berat rasanya dalam tempoh 6 tahun sudah berkahwin. Memang yakin disebalik usaha pasti ada hasilnya. Dah fikir positif, usahakan itu ini untuk pregnant dan niat untuk menghadiahkan suami anak. Namun husniey hanyalah hamba yang lemah. Kita hanya mampu merancang.. Entri ini agak panjang ya..
Saat Saat Manis Ketahui UPT Positif
23 Mei UPT test positif walau tak sama terang, jelas kelihatan bergaris dua. Tak sangka lekat lagi. Period memang dah lambat tapi ingatkan hormon tak menentu, sebab baru lepas gugur 10 April lalu. Petang last puasa baru terdetik nak check urine pregnancy test (UPT). EH EH BIAR BETUL. Pregnant. LAGI? SERIUS TAK PERCAYA. Terus tak buat kerja rumah. Banyak berbaring di katil 😅UPT pertama dibuat pada hari last berpuasa |
Berhari raya 2020. Bahagia, ada baby dalam perut |
30 Mei ada spotting sikit, secalit. Terus ke klinik intan check dengan doktor sahkan betul dah pregnant kalau positif ni (Dr rujuk gambar UPT husniey tunjukkan). Doktor cuma scan rahim nampak dah bengkak tu maknanya memang pregnant cuma maybe baru lagi takde nampak janin lagi. Okay aje ayat Dr tu takde beri husniey stress pun. Maybe baru lagi. Diberi ubat duphaston = kuatkan peranakan. Total hangus RM 150 termasuk ubat. Boleh tahan mahal juga ubat duphaston, cas scan tu. Jumpa tak sampai 10 minit. Hahaha biasalah kan klinik swasta. Balik rumah sambung berehat, macam biasalah banyak baring. Bosan tapi memang kena hadaplah nak baby kan 😌. Sabarlah. Selang 3 hari ada spotting tapi sikit sangat. Tak berlarutan. Coklat aje warna dia.
Tersenyum indah tiapkali buat pregnancy test |
Hari Kejadian Gugur Di Rumah | Hanya Terasa Sakit Perut
Sakit perut memulas. Sakit tak terkata makin teruklah tahap sakit tu. Berpeluh peluh menahan sakit. Padahal suasana pagi sejuk, tak boleh nak baring Husniey melutut bertahan sakit, rasa macam ada lagi yang nak keluar. Jadi tak selesa nak baring. Dah macam contraction nak bersalin, belum sakit nak bersalin lagi. Allahuakbar 😭. Pukul 8 pagi. Terasa ada isi yang nak terkeluar. Kali ini terasa lebih pejal, cepat ke tandas bila dah makin nak keluar. Takut darah berkubang dalam bilik. Nasiblah bilik utama ini ada tandas sekali tak perlu jauh bergerak.
Hampir pengsan jam 11.30 am ke tandas nak salin pad sebab terasa dah penuh darah. Tidur pun tak lena bila darah banyak sangat ni, lebih 5 kali salin pad pagi itu (09 June 2020). Masuk aje tandas terkejut tengok darah beku banyak keluar, sakit juga. Baru nak basuh, tiba-tiba pitam gelap pandangan husniey ni. Tersandar sambil berdiri di dinding, lemah tak berdaya. Suami memanggil "sayang, sayangg.. Allahuakbar.. Tak boleh nak sahut panggilan dia.. Gelap semuanya. Dia pergi ambil minyak angin sapu kat dahi, bagi hidu dan bancuh air coklat manis suruh husniey minum. Barulah okay semula. Nangis tersedu sedan bila tersedar dah duduk di lantai tandas tu dengan darah banyak belum sempat bersihkan. Nak muntah, sedih bercampur sebak semua ada. Suruh suami cepat-cepatlah tanamkan janin. Hampir satu jam duk dalam tandas nak bersihkan semuanya. Jam hampir pukul 1 tengahari baru siap, dah siap mandi terus.
Nekad Ke Hospital Lepas Waktu Zohor
Jam 2 petang tiba di bahagian kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Doktor pertama check husniey, dia bising kenapa tinggi sangat degupan jantung awak ni, berdebar ke? Nada garang gila. Mestilah berdebar Dr. Adeh tengah bleeding tak selesa + sakit ni dia marah-marah pulak tak boleh nak rileks sikit ke Dr ni. Terus Dr panggil rakan dia yang lain, "aku tak sedap hati ni patient ni PV Bleeding, BP tinggi, heart rate tak comel aku nak bawa masuk dalam je dia ni". Faham dah ayat Dr tu, walaupun husniey bukanlah dari bidang perubatan tapi memang fahamlah sikit sebanyak. Masa itu dah pujuk hati tak kisahlah kena tahan wad pun janji aku sihat balik. Lama juga duk di bahagian permantauan (masih di bahagian kecemasan), hampir 2 jam.Bermulalah episod cucuk sana cucuk sini. Kena seluk kat bawah wajib laa. Sabar ajelah. Siap husniey tanya Dr yang incharge, ini nak buat prosedur VE kah? Slow slow sikit ya haritu saya dah terkena sakit sangat. Bermacam soalan Dr tanya, soalan yang paling popular. "Haritu puan ada datang masa bulan April kan, Dr sahkan complete miscarriage kan?" Haah. Jadi ini kandungan yang lama ke macamana puan? Ini kandungan baru. Saya memang selalu pantau buat UPT dekat rumah. Last period bila ye (husniey bagitau date hari pertama keguguran keluar darah). 10 April. Ikutkan 8 weeks lebih dah kandungan kali ini. Dicucuk ubat kecutkan rahim dekat peha. Fuhh first time kena. Redha walau sakit weh kena cucuk jarum semua tebal tebal!
Benda wajib hadap kalau ada bleeding. Nak check jalan rasanya. Hm any comment tentang experience korang.. sila tinggalkan komen ya.. |
10 June - Prosedur Menyakitkan (Sedut Cara Manual Tak Berjaya)
Branula itu dipakai pada jam 4.40 pagi. Doktor datang kejutkan. Sakit juga nak mencari urat aku tu payah juga dah makin gemuk bila pregnant. |
Diarah berpuasa waktu lepas sarapan pagi, masuk tengahari dah kena buat MVA. Alat itu macam boleh diputar putar, siap ada bunyi tau. Allahu gerun dengar benda tu berputar. Dengar doktor ni cakap ni macam dah nak close lah. Husniey fahamlah sikit. Maybe laluan dah nak tertutup, (dalam hati husniey yelah kan dah masuk ubat kecutkan rahim semalam dicucuk kat peha) darah dah berkurang tak teruk macam hari pertama.. Masa darah banyak semalam bukaan rahim terbuka laa kot tu tak sakit sangat dimasukkan muncung itik. Semua itu hanya berlegar dalam fikiranku, tak terluah beritahu doktor alah saya ni pesakit aje takde ilmu diiktiraf sekadar tahu sikit sebanyak sebab suka membaca, menambah ilmu pengetahuan am.
Sesusai prosedur MVA itu husniey diminta keluar, berjalan sendiri tertunduk pegang perut menahan sakit, terkepit berjalan ke katil. Takde bantuan sesiapa. Call suami mengadu pada mulanya tak nangis tak nak dia risau, sedang duk bercerita sakit sungguh doktor sedut kat bawah ni.. Ternangis.. Teresak esak nangis masa call tuan suami. Dia hanya mampu jawab sabarlah, 'sabarlah sayang'..
Klik pada gambar untuk baca |
Hari Yang Sama MVA Tak Berjaya, Sebelum Maghrib Ditolak Ke Dewan Bedah Untuk D&C
Dalam 20 minit selepas balik dari tempat x-ray, disapa nurse. Nurse; "Assalamualaikum, awak Che Engku Husniyah kan, dah nak kena masuk ke dewan bedah.. Ini baju, salin pakai yang ini. Buka semua pakaian dalam, barang kemas, contact lens kalau ada. Spek mata pun tak boleh pakai juga." Saya ni dah la rabun, heee. Dekat dewan tu nanti baru cabut okay ke. Kata nurse takut tercicir lagipun tak perlu baca apapun, nanti doktor tolong bacakan borang kebenaran pembedahan semua tu, awak cuma perlu jawab Ya atau Tidak. Baiklah menurut perintah.Gambar ini diambil oleh mak mertua, kebetulan datang hantar makanan puas pujuk rayu dekat guard boleh juga naik. Tuan suami tak dapat nak jumpa langsung semasa dalam wad 😊 |
Aura positif terasa dalam tu sambil bercakap dengan yang incharge di kaunter. Petugas disitu sempat meneka pekerjaan husniey. Soalannya dah buat ambe rasa tercuit hati. 'Awak kerja cikgu ya?'😂. 'Eh tak. Saya surirumah je, penulis blog'. Padahal masa tu kita tengah pakai baju operation yang diberikan tuk masuk ke dewan bedah ye bukannya pakai cantik rapi berbaju kurung ke kan. Adehh, hahaa kelakor sokmo bila orang ingat staff nurse atau cikgu. Ku hanya insan biasa-biasa saja.
Pakar Bius: Awak nama penuh Che Engku Husniyah betul kan.
Tahu kenapa awak di Dewan Bedah?
Aku: Ye tahu Dr, Incomplete miscarriage at 8 weeks pregnancy
Pakar Bius: Good. Awak staff nurse ke puan?
Selepas menjawab soalan pertamanya terus ditanya begitu pula.
Aku: Tak Dr, cuma saya tahu terms medik sebab banyak membaca info
dah 6 tahun kahwin trying to conceive, hee 😅
Terlihat wayar air dengan ubat di atas meja, masa lepas operate susah nak bergerak |
11 June, Akhirnya Discaj Wad
Alhamdulilah 11 June dapat keluar wad. Pagi itu juga nurse check dulu tekanan darah husniey, dah normal agaknya baru dibenarkan balik. Doktor beri tarikh appointment seterusnya, juga berpesan minta turunkan berat badan sikit serta untuk mengandung lagi kena jarakkan. Para doktor tengah nak siasat kes keguguran husniey. Lega bila dapat berita boleh keluar wad, terasa lebih segar, ceria. Tak sabar nak balik rumah jumpa suamiku.Mimi sederet dengan husniey, dia pun keguguran juga. Sedih tapi dia dah punya anak :) |
Terima kasih kalian yang sudi membaca kisah yang panjang lebar. Semoga terselit manfaat, tak mahu melupakan kenangan ini. Ada pahit manis. Nanti akan datang bila doktor tanya sejarah keguguran ke apa, boleh rujuk balik entri ini. Doakan kami suami isteri diberi ganti rezeki anak yang terbaik, ya. Manalah tahu dalam ramai-ramai pembaca ini ada seorang dua doanya Allah mudah kabulkan.
Jom baca sini entri menarik;
Travel dengan bas ekspres di Malaysia, ini tips dan cara-caranya
Produk Skincare Cosmoderm Keluaran Terbaru; Perfect Balanced!
PORT MAKAN TENGAH HARI BERANEKA MASAKAN KAMPUNG DI CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
7/05/2020 12:51:00 pmMakan Tengahari Best Wajib Cuba Di Cameron Highlands | Warung Highlands Makmur Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pejam celik k...
Menariknya ada pelbagai jenis masakan kampung sesuai untuk warga tempatan dan pelancong yang mencari juadah untuk makan tengahari.
Pelanggan yang hadir ke sini |
Bersama tuan suami menjamah menu yang dipilih kami. See, laju dia makan husniey lambat lah sikit sebab perempuan kan nak boleh mula makan tu kenalah ambil gambar dulu 😂 |
Family In Law sedang menjamah selera |
Ikan bakar talapia dan keli bakar. SEDAP WEH! Turut ada keli goreng juga |
Stesen yang ada pelbagai sambal serta ulam-ulaman |
Keli Bakar Guys ~ |
Menyelerakan |
juga tersedia untuk dinikmati bubur pulut hitam |
Dalam pinggan kami.. 😍😋 |
Ulam jangan dilupakan |
Kami dah terpacak dekat warung ini jam 11 pagi, haah jam 11 pagi dah makan tengahari tak mahu bersesak dengan ramai orang. Musim pandemik covid-19 ini jarak sosial tetap kena jaga. Jam 1-2 tengahari itu biasanya kedai macam ni dah banyak lauk pauk habis kan. Tapi yang bagusnya team Warung Highland Makmur memang akan selalu tambahkan demgan lauk pauk baharu. Tak perlu risau yer, kedai buka operasinya sehingga waktu petang.
Baca sini juga: Ayam Panggang & Menu Enak Dinikmati Di Kedai Ayamas
Kampung Taman Sedia,