Pertama Kali Menaiki Malindo Air & Al Kisah Tiba Di Perth Australia

Pengalaman Menaiki Penerbangan Malindo Air | Hari Pertama Di Australia Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Husniey ada sedikit masa...

Pengalaman Menaiki Penerbangan Malindo Air | Hari Pertama Di Australia


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Husniey ada sedikit masa untuk berkongsi kisah travel ke Perth. Marilah kita mulakan sebelum jauh melalut ke tajuk lain kan, hee. Selalunya apabila travel ke luar negara menggunakan duit sendiri husniey dan tuan suami pastinya memilih penerbangan tambang rendah tak lain tak bukan, AirAsia. Tapi pada trip yang lalu, pertama kalinya memilih menaiki penerbangan Malindo Air. Tujuan ke Perth Australia pada 22 Oktober 2019, penerbangan dijangka bertolak awal, 0825 pagi. Dalam pukul 0845 pagi kami baru betol take off.

Terbang dari KLIA 1


After check in at counter Malindo Air
you can get this boarding pass. 

Semasa mula memasuki ruangan kabin kapal akan dapat melihat ruangan depan iaitu Business Class. Hanya ada beberapa kerusi sahaja kemudian barulah akan dapat lihat kerusi penumpang kelas ekonomi (biasa). Saiz kapal terbang Malindo nampak sedikit kecil berbanding AirAsia X. Layout kerusi 2 dan 3. Kira satu baris akan duduk bersama 3 orang penumpang, sama seperti AirAsia. Bagi ruang tempat duduk lebih menang kepada Malindo Air, saiznya lebih lega. Diberikan kepada penumpang bantal kecil untuk keselesaan. Memang membantu untuk penumpang tidur dengan selesa, husniey buat peluk atau lapik kepala.

Suasana dalam kapal terbang 

Bantal kecil. 

Untungnya, husniey dapat duduk di bahagian tepi tingkap. Seronok layan view sepanjang penerbangan. Paling suka tengok suasana ketika dah berada di ruang udara Perth Australia. Cantik betul permandangan laut dari atas. Kagum teruja tengok. Maklumlah, ini pertama kali ke negara mat salleh kan. HAHA!

Terbang tinggi~

Selfie with husband 

Makan dalam perjalanan 

Bagaimana dengan makanan? Semasa penerbangan pergi ke Perth kami tak diberi pilihan makanan. Masa untuk menanti kabin krew menghidangkan makanan agak lambat. Bukan lambat sikit. Lambat lama weh. Dah lah lapar juga. Sistem dan servis kurang cekap. Dan akhirnya setrlah lama menunggu kami dihidangkan menu bihun goreng bersama air mineral di dalam cawan. Tak kenyang mana. Cukuplah sekadar alas perut. Sebenarnya husniey ingatkan kami kena beli makanan dalam flight. Rezeki sungguh ya dapat makanan PERCUMA. Bagi penumpang Malindo Air yang membeli tiket sebelum tarikh 6 Oktober 2019, makanan masih diberikan secara percuma.

Lapar, jadi kita nikmati ia hingga licin

Herbs grilled chicken & nasi putih. 

Ya, sekarang Malindo Air dah menjual makanan berasingan dari tiket penerbangan. Begitu juga dengan bagasi dah kena check in ya. Dan pengurusan sangat strict. Ada beberapa kali check timbang beg kami.

Nasib husniey sempat merasa makanan dah sekali dengan harga tiket. Ingatkan kena beli dah. Sebab memang tak tahu kan. This is my first time. Rasa makanan yang okay not bad. Manakala bagi penerbangan balik ke Kuala Lumpur, makanan di dalam flight diberi pilihan. Stewardess memberitahu menu dan memberi pilihan kepada kami. Nasi putih dengan lauk vegetarian , atau herbs chicken grilled. Balik tu makan kenyang sikitlah. Alhamdulillah.

Inflight entertainment? Tak ada ya kawan-kawan. Eh silap skrin layar itu ada, tapi tak boleh ditonton. Hanya boleh cas telefon guna kable usb. Itu pun atas nasib kot.

Husniey dengan tuan suami menyangka boleh menonton filem di skrin dalam penerbangan. Namun sangkaan meleset. Tanya pada kabin krew katanya ia rosak, huhu. Macam teruk jugalah flight pergi dan balik keduanya kami tak dapat menonton. Bosan tahap gaban. 5 jam setengah sehala, dalam perjalanan hanya makan, tidur. Itu pun tak dapat tidur sangat. Selalu terkejut sebab kesan gegaran cuaca buruk. Macam biasalah husniey mesti duk pegang erat tangan tuan suami. Rasanya pengalaman menaiki penerbangan AA sebelum ini tak terasa kuat sangat gegaran.


Flight agak padat dengan penumpang semasa ke Perth. Balik ke Kuala Lumpur okay sikit. Tandas pula ada dua dan terletak di ruang paling belakang. So lepas makan ramai penumpang beratur ke tandas. Tak selesa sebenarnya pandangan mata. Ruang dalam tandas agak sempit berbanding AA. Nak bersihkan di bahagian sulit agak susah, kalau anda berbadan besar. Bila dah flight agak padat dengan penumpang penuh orang beratur nak ke tandas masa itulah akan timbul macam-macam bau. Paling teruk macam ada bau najis weh. Haih meloyakan. Servis slow. Kemudahan kurang memuaskan. Makanan okay. Jadi berapa bintang? Rating diberi 3.5/5 sahaja.

Setibanya di Perth International Airport, Western Australia 

Part paling penting perlu diambil perhatian. Sedikit tips tolong isi arrival card dengan tepat dan jangan biar kosong ya. Tandakan 'Yes' jika anda membawa produk makanan. Setibanya di lapangan terbang Australia. Anda dinasihatkan berpakaian kemas, jangan nampak selekeh sangat nanti pihak imigresen sana syak bukan datang nak bercuti tapi nak migrate ke sana. Kena berpakaian ala dato datin lah ye, haa gurau aje. Pastikan anda telah menyediakan beberapa dokumen seperti tiket balik, itinerari perjalanan, maklumat penginapan dan lain-lain dokumen. Husniey memang dah bersedia dari segi mental fizikal. Jangan buat reaksi muka gugup ke nak marah bila diajukan banyak jenis soalan.


Ada beberapa orang pegawai imigresen akan incharge dan tanyakan kepada anda pelbagai perkara. Yang husniey terkena haritu; Soalan paling dia tekan pasal pekerjaan. Imigresen rujuk pada maklumat kita isi di arrival form. Apa pekerjaan anda. Contoh anda tulis Cikgu. Soalan yang akan ditanyakan, cikgu mengajar dalam bidang apa ye? Ini contoh. Husniey kena soalan. "Who's blogger here? You blog about?" Haa serius macam sesi temuduga kerja dah rasanya.

Semua soalan in English. Soalan seterusnya dia tanya husniey dan tuan suami; nak ke mana datang Perth nak berjalan ke mana. Bagi part ini diminta menghafal itinerari, lebih baik sediakan itinerari lengkap. Jika kena soal siasat lebih panjang cuma tunjukkan dan kukuhkan dengan penjelasan. InsyaAllah akan lepas. Yang penting kita niat ikhlas, jangan gugup. Alamat tempat tinggal sila isikan penuh dari nombor bangunan, nama jalan dan daerah. Biar lengkap. Then dia akan diajukan soalan tarikh pulang, jadi pastikan travel buddies alert ya. Yelah anda sudah merancang rapi untuk bercuti, jangan disebabkan satu perkara kita cuai, percutian terpaksa dibatalkan.

Selepas melalui sesi soal jawab pertanyaan dari pihak imigresen , next kita akan berjumpa dengan officer kastam, mereka akan tanya pasal barang makanan apa yang kita bawa masuk. Husniey sudah bersedia dengan dokumen food declaration, dan di arrival card memang tick ada bawa makanan, memang sedia maklum tentang makanan yang dibawa.

Dinasihatkan untuk dipekkan sekaligus. Supaya jika diminta membuka beg mudah nak capai. Officer itu cuma tanya untuk mengesahkan "dah tidak ada makanan lain, selain dari senarai ini? Grr lupa ayat in English. English Australia agak berbeza accent nya. Masa itu husniey jawab dengan penuh yakin, "Yes, sir". Alhamdulilah makanan dibawa semua lepas. Beg kami tak disentuh langsung. Lega segala urusan ketika tiba di lapangan terbang Perth dipermudahkan. Nasihat dari penumpang yang kami baru kenali, Chinese tu biasa datang bercuti ke Australia. "Kalau datang bersama pasangan, jalanlah berdua. Pasti okay". Jadi tips melalui imigresen dan kastam Australia mestilah menyediakan dokumen lengkap seperti tiket balik, maklumat penginapan, Itinerari ringkas, food declare. Bila disoal jawab dengan yakin.

Untuk bergerak dari airport boleh terus menaiki pengangkutan awam. Di luar airport terdapat perkhidmatan shuttle bas, ia cukup mudah untuk digunakan. Keluar saja dari pintu lapangan terbang akan nampak hentian bas dan papan kenyataan berkenaan dengan nombor bas dan destinasi dituju. Boleh rujuk disitu. Kalau tak yakin atau kurang faham anda boleh gunakan khidmat Google Maps. Senang, disitu juga ada jadual bas tiba di hentian, harga tambang bas, dan nombor bas yang perlu kita naiki di hentian tersebut.


Bas bernombor 380 dari Perth Airport ke Perth City

Menaiki bas bernombor 380 untuk pergi ke tempat penginapan Mont Clare Apartments di kawasan Hay Street. Tambang bas dari airport ke Adelaide Tc, $4.90 bersamaan RM 14 seorang. Bayar guna tunai Australia Dollar. Malas nak apply apa-apa kad, hee. Petang itu kami selamat tiba di Perth City dan check in apartment. Rehat. Mandi solat. Lepas tu pergi keluar cari makan. Newroz Kebabs tak jauh terletak di sekitar kawasan Hay Street. Buka operasi sehingga malam. Halal. Ada banyak jenis makanan arab boleh dicuba. Tetapi bila tengok dan convert harga memang kasar bergegar tak jadi nak order dua tiga jenis. Cukup satu menu dah kenyang sangat. Satu hidangan boleh berkongsi hingga 3 orang. Seriuslah portion dekat sini besar betul.


Tapau makan di apartment.

Perbelanjaan Hari Pertama Di Perth 💐 

Day 1 | 22 October 2019 

Mineral Water at airport - $4 @ RM 11.44 

Bus to Perth City - $4.90 @ RM 14 per pax 

Beli air coklat Dare - $ 3.95 @ RM 11.00 

Mini Market - $ 12.62 @ RM 36.77

Newroz Kebab - $ 14.00 @ RM 40

Jumlah Perbelanjaan Hari Pertama: 

RM 127.21 (Berdua) 

You Might Also Like

4 comments

  1. syoknya dah sampai negara orang..:)

    ReplyDelete
  2. imigresen australia memang menyeramkan. Dah ada cita-cita nak ke Perth tahun hadapan. Tak sabar nak baca sambungan nanti boleh dibuat panduan

    ReplyDelete
  3. nampak selesa dan makanan pun sedap. akak penah naik sekali malindo tapi flight dalam malaysia aje. flight kecik je

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.