Cake
Food
Kuala Terengganu
Reviews
Tempat Makan
Terengganu
Aneka Kek Coklat Dan Kek Berkeju Yang Sedap Dari Bakes2Bites
12/06/2019 09:53:00 pmMini Kek Sedap Dari Bakes2Bites Di Kuala Terengganu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harapnya para pembaca semua dalam keadaan baik-baik saja. Sedar tak sedar dah pun masuk bulan terakhir bagi 2019. Musim hujan sudah tiba. Musim hujan dan mood lapar berpisah tiada, hihi setuju bukan? Mula lah mulut ini teringin nak mengunyah itu ini, termasuklah duk teringin nak makan kek. Nak tunggu hari jadi lambat lagi, tahun depan pula kan. Jadi kita cuba merasa kek dari Bakes2Bites by Puan Fatiah.
Sempena kempen Buy Muslim First #BMF, jomlah kita menyokong perniagaan saudara seislam kita dalam mencari rezeki. Bakes2Bites dikelola oleh Puan Fatiah. Terdapat banyak jenis kek yang korang boleh rasa, haritu husniey baru aje mencuba beberapa jenis. Semua sedap sangat, rasa kek yang premium.
Ada 5 jenis mini kek yang dicuba antaranya ialah; Chocolate Moist Cake, Oreo Cheesecake, Pandan Cheesecake, Nutella Chocolate dan Vanilla Cheesecake. Paling menarik tertarik dihati husniey ialah; Kek Mini Nutella Chocolate Cheese. Rasa yang kaya dengan coklat, isi padat tau penuh sebekas tu. Harga dijual dari RM 7 hingga RM 12 sahaja.
Terliur bukan? 😍 |
Sebelum terlupa husniey nak beritahu ni. Bakes2Bites turut membuat penghantaran bagi setiap pesanan. Lokasi penghantaran di kawasan Kuala Nerus, Gong Badak, Kuala Terengganu. Kalau pesan banyak mungkin anda tak dikenakan cas penghantaran. Jadi agaknya berapa rating untuk mini kek dari Bakes2Bites?
Rating diberikan 4.8/5 bintang! Kek yang enak dimakan, tak rasa muak langsung. Confirm tak cukup satu bekas. Semoga semakin bertambah maju jaya. Untuk maklumat lanjut tentang jenis kek lainnya sila rujuk instagram @bakes2bites dan nombor untuk dihubungi: Puan Fatiah | Bakes2Bites: www.wasap.my/013-4340960
3 comments
sedappnyaa
ReplyDeletekalau kek atau manisan agak susah kak PC nak tolak Husniey..hehehe.
ReplyDeletenyum nyum nyum tergoda nau tengok gambar2 tu ^_^
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.