Bercuti Luar Negara Kini Mudah Ada Pocket Wi-Fi!

Mudahnya Bercuti Ke Luar Negara Bila Ada Portable WiFi Travel Recommends Travel ke negara asing boleh jadi perkara menakutkan jika k...


Mudahnya Bercuti Ke Luar Negara Bila Ada Portable WiFi Travel Recommends

Travel ke negara asing boleh jadi perkara menakutkan jika kita tak mengenali destinasi tersebut. [Baca pengalaman kami beraya di Osaka Jepun]. Bagaimana ingin mencari arah tujuan yang betul jikalau tidak ada sambungan internet?

Katakan tidak pada data roaming yang mahal dan jangan lupa untuk enjoy unlimited internet access ketika anda melancong di luar negara dengan Travel Recommends. Kemanakah destinasi anda ingin bercuti bersama yang tersayang? Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Eropah, New Zealand atau pun Thailand? [Baca tempat makan best di Hatyai Thailand].


Servis Travel Recommends 

Travel Recommends menyediakan servis menyewa portable wifi untuk anda yang travel ke luar negara. Memberikan anda akses wiFi tanpa had dan anda juga dapat menyambung sehingga 5 peranti seperti smartphone, tablet dan termasuk laptop. Cara membuat tempahan yang mudah, hanya perlu menulis lengkap maklumat perjalanan anda; tarikh perjalanan pergi dan balik, butiran peribadi anda di www.travelrecommends.com kemudian buat pembayaran dan anda akan terima email pengesahan pesanan dan butiran tentang tempahan.


Semasa anda buat tempahan atas talian boleh membuat pilihan Self-Collection atau Self Return di booth Travel Recommends. Jika anda memilih untuk penghantaran ke rumah, dikenakan cas RM 20 bagi sehala. Rasanya lebih jimat dan mudah pickup dan drop di airport. 


Semasa pickup router tersebut anda diberi bersama sebuah beg dalamnya ada 1 pocket wifi bersama universal travel adaptor (anda boleh gunakan semasa travel, tiap negara tak sama plug dengan negara kita). 1 kabel USB diberikan untuk urusan mengecas router dan juga sekeping kad guideline cara menggunakan pocket Wifi kena masukkan password terlebih dahulu.


Portable Wifi Travel Recommends bertahan sehingga 12 jam bateri nya, setiap kali keluar husniey tak pernah lagi mengecas semasa di luar. Pendek kata bateri portable wifi memang bertahan sepanjang hari. Lagi best bila nak keluar berjalan tak susah nak membawa nya kerana saiz nya yang kecil boleh muat handbag. Jimat hanya dengan satu portable wifi. Nak mencari kedai makan jadi mudah bila adanya portable wifi. Tak perlu pening kepala dah, dengan travel buddy pun pasti tak gaduh mencari info lanjut tentang tempat menarik. Boleh guna di mana mana saja, tak kiralah ke New Zealand atau pun ke China sekalipun.



Setakat ini sudah dua kali pengalaman menggunakan portable wifi dari Travel Recommends ketika husniey bercuti di luar negara. Memang berpuas hati siap boleh buat video call dengan family. Always connected. Kini peluang terbaik untuk anda menempah portable WiFi kerana Travel Recommends sedang ada promosi harga sewaan cuma dari RM 9 / sehari. Berbaloi sangat jika sewa sekarang. Jika anda bercuti bereempat, baru berapa kos dikeluarkan untuk sewa portable WiFi. Tak kiralah ke mana pun, nak pergi umrah sekalipun boleh.

Untuk maklumat lanjut sila layari
Website: https://www.travelrecommends.com
Instagram: https://www.instagram.com/travelrecommends/
Facebook: https://www.facebook.com/travelrecommends/
Email: hello@travelrecommends.com

You Might Also Like

2 comments