Reviews
Tempat Makan
Terengganu
Gathering Blogger Ganu Lokasi Kedai Makan D'Rumoh Pata Terengganu
9/07/2019 10:09:00 am
Kalau anda ke Terengganu mesti akan terpukau dengan keindahan pantai di sepanjang jalan. Jika tercari-cari tempat makan best santai kena baca entri ini sehingga ke akhirnya. Sudah penat berjalan di sekitar Kuala Terengganu semestinya kita akan pergi ke restoran best yang dicadangkan oleh ramai orang bukan?
Pada 31 Ogos 2019 baru ini, husniey bersama rakan-rakan Blogger Ganu menyambut Hari Lahir yang mana jatuh pada bulan Ogos bertempat di D'Rumoh Pata, Batu Rakit Terengganu. Kawasan restoran cantik ini terletak lebih hampir dengan daerah Kuala Nerus. Kalau dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dekat sikit nak ke sini.

Ini merupakan kali kedua husniey ke sini. Pelanggan sentiasa penuh. Kalau nak suasana santai sila datang awal ye. Restoran D'Rumoh Pata ini mempunyai banyak pilihan tempat untuk anda duduk santai sambil menjamu selera. Ada port tepi pantai, dan dibawah kanopi yang cantik dengan lampu serta pilihan di dalam restoran berbumbung boleh berlindung dan makan dengan nyaman ketika hari hujan. Suasana senja cantik sungguh. Kami bernasib baik cuaca pada majlis sambutan hari lahir diadakan cuaca cantik sangat, so dapatlah pilih port tepi pantai. Sangat selesa makan sambil layan bayu Laut China Selatan :)
Terdapat dua jenis hidangan yang dipesan. Ini antara menu makanan kami: Siakap Kengsom, Ayam Bawang Putih, Tulang Goreng, Kailan Ikan Masin. Manakala hidangan kedua ialah Siakap Tiga Rasa, Sup Sayur Udang, Ayam Bawang Putih dan Tulang Goreng. Sungguh enak dimakan panas - panas bersama nasi putih. Manakala menu makanan bagi kanak-kanak pula ialah Mee Hoon Goreng putih, Sosej, French Fries, Nugget, Sate Ayam.
Jika anda teringin nak merasai keenakan pencuci mulut pelbagai jenis wafer juga turut di jual disini. Ada beberapa vendor yang berniaga di laman restoran tersebut. Sate juga sedap dicadangkan mencuba. Kesemua menu boleh dikatakan sedap belaka. Paling unik menu tulang goreng itu. Belum pernah jumpa lagi dekat tempat lain. Tulang lembu di goreng memang sedap. Ngam dimakan bersama kuah siakap kengsom dan sayur kailan ikan masin. Rasa makanan secukup rasa.
Yang bagusnya D'Rumoh Pata ada menyediakan kemudahan surau. Sudah tak perlu risau mana nak cari masjid jika tiba waktu solat. Boleh gunakan kemudahan yang ada. Untuk anda yang ingin membuat tempahan awal bagi majlis kecilan, maklumkan dahulu kepada pengurusan D'Rumoh Pata. Alhamdulilah akhirnya berjalan lancar majlis kecil - kecilan kami seperti yang diharapkan. Semoga lepas ini dapat gathering lagi, dan harapnya ukhuwah sesama kita berpanjangan.
Dalam pinggan husniey |
Meriahnya kan |
Kemudahan surau lelaki dan surau wanita |
Cantik suasana malam |
Yang bagusnya D'Rumoh Pata ada menyediakan kemudahan surau. Sudah tak perlu risau mana nak cari masjid jika tiba waktu solat. Boleh gunakan kemudahan yang ada. Untuk anda yang ingin membuat tempahan awal bagi majlis kecilan, maklumkan dahulu kepada pengurusan D'Rumoh Pata. Alhamdulilah akhirnya berjalan lancar majlis kecil - kecilan kami seperti yang diharapkan. Semoga lepas ini dapat gathering lagi, dan harapnya ukhuwah sesama kita berpanjangan.
6 comments
Happy birthday kak
ReplyDeleteseronoknya ada gathering smbil makan2 ni..
ReplyDeletenampk sedap makanan tu husnii
Waaahhh best nye gathering mcm ni.. Pmandangan pon cantik.. 👍 👍 👍
ReplyDeletebestnya celebrate birthday tepi pantai dengan geng blogger. kemudahan pun disediakan. terbaiklah! Happy birthday awak
ReplyDeletewah..sedapnya menu2 tu..:)
ReplyDeleteRajing banyok blogger Ganu ni..heheehe
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.