Food
Makan Sedap
Personal
Random
Resepi
Resepi Asam Pedas Ikan Salmon!
9/26/2019 01:46:00 pm
Sejak dua menjak ini suka pergi beli barangan dapur di Giant Kuala Terengganu. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga anda semua sihat dan ceria selalu. Kalau Husniey ke Giant Kuala Terengganu memang tak lepaskan peluang untuk membeli beberapa jenis bahan basah. [Baca kisah trip ke Pulau Perhentian Kuala Terengganu]. Contohnya ayam, kambing perap dan ikan Salmon. Beberapa kali dah cuba masak ikan salmon.
Tuan suami tak makan ikan salmon, jadi selalunya beli sikit sahaja. Haritu beli 2 keping ikan salmon dapat pada harga
RM 14. Macam murah, sebab pernah beli sebelum itu mahal sikit. Mungkin ikut saiz. Saiz ikan Salmon ini agak besar ya. Yang suka dekat Giant, pengurusan kadang buat Quick Sale. Ada harga diskaun. Duk fikir nak masak apa lah ni, sebab bosan dah ikan panggang macam biasa tu. Sekali Husniey cuba masak asam pedas. Sedap weh! Nak masak asam pedas biar bagi sedap ni perlukan kesabaran. Yelah nak biar kuah pekat dan kemudian secukup rasa bukanlah senang. Dah lama tak kongsikan resepi di blog, so here we go!
(3 Orang Makan)
Ikan Salmon Dibersihkan
* 2 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* Halia, lengkuas (1/2 inci & 4 hirisan lengkuas)
Semangkuk air dalam 500 ml
2 batang serai
1 mangkuk air asam jawa
* Cili blend (Cili Kering banyak sikit)
1 sudu halba jangan banyak sangat
Sayur Bendi jangan lupa ya
Beberapa helai daun kesum
Cara-Caranya
Pertama; mestilah nak kena masukkan minyak terlebih dahulu. Bila minyak dah panas masukkan bahan yang di kisar (yang bertanda *). Tumiskan.
Masukkan cili kisar dan tumiskan bersama serai sehingga naik bau dan terlihat garing serta pecah minyak. Setelah itu masukkan air asam jawa. Masa ini Husniey sukanya, bau masakan memang sedap. Fuh, semerbak sampai ke rumah jiran sebelah. Mesti jiran jiran terdetik harini Cik Kiah masak asam pedas agaknya! Hihi 😍 Ala ala asam pedas Melaka yang terkenal dengan kesedapan [Baca pengalaman kami melawat masjid melaka yang indah].
Jangan lupa masukkan air ikutlah korang nak kuah banyak mana. Ada orang suka kuah asam pedas yang pekat, ada juga jenis suka berkuah banyak tekstur tak pekat sangat.
Bila dah mendidih masukkan daun kesum dan ikan salmon kita tu. Tapi masa Husniey masak lauk ini terlupa nak beli daun kesum. Alahai inilah rumah takde kebun kecil kalau ada mesti dah tanam daun kesum. Bila dah terlupa beli jadi ada saja bahan yang tak lengkap. Masukkan bendi juga ya. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Husniey suka tambahkan dengan sedikit lada hitam yang di kisar dan juga halba. Serius makin sedap bau masakan asam pedas ❤️
Ini lauk kalau makan bersama nasi panas, confirm makan menambah tau, siap hirup kuah dalam pinggan, hahahaa. Tuan suami tak makan ikan tu tapi duk hirup kuah banyak kali. Sedap sungguh katanya. Alhamdulillah! Ada kawan yang cadangkan menu lainnya bagi ikan Salmon. Salmon Masak Lemak Cili Padi juga sedap katanya. Nantilah Husniey mencubanya. Semoga entri ini bermanfaat ya.
RM 14. Macam murah, sebab pernah beli sebelum itu mahal sikit. Mungkin ikut saiz. Saiz ikan Salmon ini agak besar ya. Yang suka dekat Giant, pengurusan kadang buat Quick Sale. Ada harga diskaun. Duk fikir nak masak apa lah ni, sebab bosan dah ikan panggang macam biasa tu. Sekali Husniey cuba masak asam pedas. Sedap weh! Nak masak asam pedas biar bagi sedap ni perlukan kesabaran. Yelah nak biar kuah pekat dan kemudian secukup rasa bukanlah senang. Dah lama tak kongsikan resepi di blog, so here we go!
Resepi Asam Pedas Salmon By Husniey Husain (Versi Husniey Masak)
Bahan-Bahan Yang Diperlukan(3 Orang Makan)
Ikan Salmon Dibersihkan
* 2 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* Halia, lengkuas (1/2 inci & 4 hirisan lengkuas)
Semangkuk air dalam 500 ml
2 batang serai
1 mangkuk air asam jawa
* Cili blend (Cili Kering banyak sikit)
1 sudu halba jangan banyak sangat
Sayur Bendi jangan lupa ya
Beberapa helai daun kesum
Pertama; mestilah nak kena masukkan minyak terlebih dahulu. Bila minyak dah panas masukkan bahan yang di kisar (yang bertanda *). Tumiskan.
Masukkan cili kisar dan tumiskan bersama serai sehingga naik bau dan terlihat garing serta pecah minyak. Setelah itu masukkan air asam jawa. Masa ini Husniey sukanya, bau masakan memang sedap. Fuh, semerbak sampai ke rumah jiran sebelah. Mesti jiran jiran terdetik harini Cik Kiah masak asam pedas agaknya! Hihi 😍 Ala ala asam pedas Melaka yang terkenal dengan kesedapan [Baca pengalaman kami melawat masjid melaka yang indah].
Jangan lupa masukkan air ikutlah korang nak kuah banyak mana. Ada orang suka kuah asam pedas yang pekat, ada juga jenis suka berkuah banyak tekstur tak pekat sangat.
Bila dah mendidih masukkan daun kesum dan ikan salmon kita tu. Tapi masa Husniey masak lauk ini terlupa nak beli daun kesum. Alahai inilah rumah takde kebun kecil kalau ada mesti dah tanam daun kesum. Bila dah terlupa beli jadi ada saja bahan yang tak lengkap. Masukkan bendi juga ya. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Husniey suka tambahkan dengan sedikit lada hitam yang di kisar dan juga halba. Serius makin sedap bau masakan asam pedas ❤️
6 comments
Sedapnyaa...lama tak makan asam pedas ni..
ReplyDeletealahai..sedapnya..:)
ReplyDeleteSedapppnya asam pedas
ReplyDeletewahh menu ikan mahal ni Husniey :) tak pernah makan jadi asam pedas lagi hehe :)
ReplyDeleteSedapnyaaaa!
ReplyDeleteBoleh cuba ni. Lps ni masak kari pulak Husniey.
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.