Blogger Malaysia
KL
Personal
Travel
Sambungan Short Vacay KL; Berjumpa Rakan Blogger Rodiah Amir
8/05/2019 05:04:00 pm
Beraya Dengan Rakan Blogger Rodiah Amir | Ini merupakan kisah bersambung ketika bermalam di Ampang; klik older post untuk baca kisah sebelumnya tentang review husniey menginap di Arte Plus Ampang. Semasa buat keputusan nak berjumpa Blogger Rodiah Amir kita masih lagi berada dalam bulan Syawal. Mood beraya masih lagi wujud walaupun dah di penghujung bulan Syawal. Sudah maklumkan awal nak beraya di rumahnya. Husniey bahasakan (panggil) Kak Diah. Dari Ampang ke Melawati tak jauh mana, hanya 15 minit.
Selepas masuk waktu isyak dalam pukul 9 lebih kami sampai dekat kawasan rumahnya, ada cerita kelakar terselit semasa nak naik menapak ke rumah Kak Diah yang berada di tingkat 7. Kami suami isteri tak terfikir nak mencari lif sebab tak ternampak signboard ke apa depan mata. Jadi gigih sungguh menapak ke rumah Kak Diah dengan menaiki tangga. HAHA serius kerja gila. Naik tangga 7 tingkat. Fuh mestilah mengah yer kawan-kawan husniey bukanlah stamina kuat mana cuma nasib baik kami pun tinggal di flat yang tak ada lif, tapi itu pun selalu panjat tiga tingkat je haahaa.
family photo :D |
penuh atas meja tu haa ~ |
7 comments
Mengah dalam kelucuan ni Husniey. Bila ingat sendiri mesti senyumkan. Betullah..selagi orang baik dan sudi ikhlas nak kawan dengan kita.. Itu rezeki kan.. Alhamdulillah sangat-sangat.
ReplyDeleteSemoga ukhuwah terus erat
ReplyDeleteAdoiii husniey.. tingkat 7 tu. Sabar ajelah. Nasib baik kak diah dah tunggu siap²
ReplyDeleteTingkat 7 tu memang mengah lah hehe
ReplyDeletemcm2 dijamu utk tetamu yg dtg kn...
ReplyDeletemeriahnya makanan hehehe
ReplyDeleteaduh boleh rasa lenguh tu mcm mana. Naik tangga tingkat 7 tu. hehehe tu lah kekadang kalau lift tersorok kita pun tak terfikir nak cari kan.
ya Allah thanks Husniey datang. Jangan serik datang lagi ok. padahal dah pesan ada lift. Gigih juga dia nak naik tangga hahahha
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.