Short Vacay Ke Kuala Lumpur Menginap di Arte Plus | Jun 2019

Bercuti di Apartment Mewah Ampang, Kuala Lumpur |  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Belum terlambat rasanya nak berkon...


Bercuti di Apartment Mewah Ampang, Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Belum terlambat rasanya nak berkongsi cerita tentang percutian yang agak last minute di Kuala Lumpur. Memilih untuk menginap di kawasan Kampung Berembang, Ampang. Memula tengok alamat apartment ini ada tertulis kampung, rasa unik sangat. Bangunan Arte Plus Ampang kini semakin popular trending dikalangan rakyat Malaysia sebab ada pelbagai kemudahan best dan tempat ini cantik buat ramai orang tertarik untuk datang menginap disini.



Check In Arte + Ampang pada pukul 3.30 petang. Masuk dalam perkarangan apartment lalu security guard. Kena self check in pickup kunci dekat mailbox (ada password diberikan pengurusan). Alhamdulillah tempat letak kereta disediakan, ia percuma.


Lift dekat sini agak pening nak faham, dari tempat parking kena naik ke tingkat 10 dan perlu keluar semula sebab kena bertukar lif dan ambil lif khusus untuk terus sampai ke unit yang disewa. Husniey dapat unit yang terletak pada tingkat 26, untuk pengetahuan anda bangunan Arte + ini ada 43 tingkat. Serius tinggi, terasa gayat weh. Masuk lift tu perlu imbaskan kad supaya dapat naik ke tingkat yang dituju. Kami pada mulanya tersilap cara. Tapi bagus ada ciri keselamatan pada access card tu, management dah setkan tingkat berapa yang kita boleh pergi. Tak boleh pergi ke sembarangan unit (rumah orang lain).


Ini yang paling best. Husniey sokmo teruja tiapkali check in apartment sebab suka lihat yang ada pelbagai kemudahan. Ia lengkap disediakan oleh pengurusan Victoria Home. Jenis apartment yang dipilih, standard studio. 



Kemudahan dapur serta perkakasan dapur. Boleh memasak menu yang ringan. Tak jadi masalah kalau setakat kita rasa nak bancuh air kopi dan makan mee segera / nasi bersama lauk yang dipanaskan itu boleh sangatlah, heehe. Dalam tandas dan bilik mandi turut tersedia barang mandian, syampu, tuala.


Almari yang terdapat dalam studio room serius besar dan banyak juga kemudahan lain didalamnya. Siap ada dua payung, hair dryer, iron and iron board too. Fuh beria kan husniey tulis semua kemudahan ini? Dah sebab memang banyak benda ada. Suka betul!

Klik bawah ini jika ingin melihat video semasa bercuti di Arte +




Lepas dah meletakkan barang dalam rumah, lewat petang kami keluar bersiar - siar di kawasan apartment. Apa lagi lah kan, kami pergi cari port terbaik untuk bergambar seperti di floating garden. Suasana siang hari dah cantik, kalau malam lagi lawa sebab ada lampu terjurai. Lazy river pula direka unik, serius nice! Tapi sayangnya masa kami pergi tu air dalam kolam agak keruh. Kolamnya agak sempit. Dinamakan dengan lazy river tu rasanya sebab kolam sempit beralun macam anak sungai.

Nampak tu sempit kan 😂


Lazy river namanya 

Cantik, suasana nak senja

Rekaan dalaman yang unik

Pagi keesokan baru kami punya masa panjang untuk mandi manda di swimming pool terbuka. Harga penginapan di Arte + agak berpatutan. Kebetulan husniey ada baki travel credit RM 50, jadi cepatlah husniey tebus dan cuma bayar RM 70 sahaja. Berbaloi - baloi bukan?

Suasana kolam terbuka. Gambar ini backlight.
Tu nampak gelap. Tengok video jelas sikit. 

Dari dalam kolam. 


Yeszaaa best! 
Port lepak santai. Cantik kawasan atas ni
Invoice. Baca pada bahagian special request.
Husniey redeem travel credit. 



Harga asal penginapan ini RM 120 per night. Itu pun dah murah. Nak booking menggunakan laman web Victoria Home, sila sign up sini dapatkan RM 20 travel credit. . Victoria Home punya banyak guesthouse. Ada juga terlihat iklan mereka di Airbnb. Sebelum ini husniey pernah menginap di Platinum Suites yang juga Victoria Home uruskan, memang well managed rumahnya. Overall husniey memang suka dengan tempat ini. Harap kemudahan yang menarik tertarik dijaga dengan baik. 4.7 / 5 bintang! 

Malam pertama di Ampang kami pergi jalan jalan ke rumah Blogger Rodiah Amir. Haaa jom bersambung baca entri di sebelah ya. Panjang sangat cerita ni 😂

You Might Also Like

8 comments

  1. tmpt ni mmg rmi tgk kwn2 pegi bercuti..sbb tarikan tmpt tu tp bila bc review rmi komplen psl lif tu...and byk bc negatif feedback..tmpt cantik tp syg kalao servis tk improve...tp husniey dpt redeem ngan credit tu kira berbaloi la

    ReplyDelete
  2. Suka pulak tengok hiasan lazy river tu...hehehehe.Yang silver-silver tu.

    ReplyDelete
  3. nk tanya, mcm mana husni. oleh dpt travel credit tu, bole ajar tak ?? dan mana area yg menarik di sekitar arte plus ni ?

    ReplyDelete
  4. ok, baiklah. Nanti boleh cuba sini pula singgah. Murah sangat ni. Selalu biasa check in hotel yang sama je Ina ni.Ehehehe.Thanks info tau

    ReplyDelete
  5. lawa giler tempat dia. Instagrammable sesangat kan.

    ReplyDelete
  6. murahnyaaa. Actually dekat sangat dengan rumah Cici. selalu lalu tapii tak tahu lah bila nak dok sini.

    Lawa juga dalaman rumah tu. Plus semua baru. kalau anak anak nampak kolam tu, depa lah terjun dulu

    Btw syok ye tak nampak orang pun. selalu ramaai kan?

    ReplyDelete
  7. Lawa dan simple ke konsep dia eh.. sofa purple dia menarik perhatian la

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.