Bulan Ini Banyak Kali Mencuba Ayam KFC, Sedap Sangat. Review Jujur!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu hendaknya. Sebelum cerita ini basi, cepat husn...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu hendaknya. Sebelum cerita ini basi, cepat husniey belek gambar berkaitan dan sunting, lalu tanpa buang masa siapkan entri ini. Review ini jujur bukan paid review. Lama tak kongsikan di blog pasal makanan / tempat makan best. 

Baru-baru ini husniey ada membuat pesanan KFC Delivery. Tuan suami busy kerja, masa tu barang dapur banyak dah tak ada malas nak fikir panjang terus husniey survey deals yang ada dekat laman KFC. Pada asalnya sebelum itu ingat nak pesan Domino's pizza tapi ada syarat. At least kena beli 1 regular pizza. Uii 1 regular pizza tu bukannya harga dalam bajet husniey. Haha bila jumlahkan, diluar bajet. Tak jadilah nak order pizza, terus beralih ke KFC. Masa buat pesanan atas talian merupakan detik husniey jatuh cinta semula dengan KFC. Selama ini dari tahun lalu banyak duk rasa menu McDonald’s sampai tak pandang KFC, haha :P

Menu dipesan The One Box B. Ada satu ayam, zinger burger, cheesy wedges, coleslaw, whipped potato dan air tin pepsi berwarna hitam. Banyak bukan? Terkejut husniey bila terima pesanan tersebut. Berat juga box yang diterima. Laju juga servis penghantaran. Dalam masa 30 minit dah sampai depan pintu rumah. Rumah husniey merupakan rumah flat. Memang ikhlas puji servis delivery KFC. Buat pesanan online pukul 9 malam pukul 9.30 dah sampai depan pintu rumah. Malam tu alhamdulillah kenyang sungguh bila husniey habiskan 1 box tu. Yelah banyak sangat menu. Menu tersebut sebiji macam dalam gambar yang diiklankan. Maaf gambar takde yang ni, ada update kat ig story haritu tapi tak save.


Baca sini juga artikel menarik Tahun 2020;







The One Box B | Total Amount: 

RM 23.90 termasuk cas penghantaran ke rumah. 
Berbaloi bukan?

Beralih ke cerita kedua, husniey mula kongsikan pada tuan suami pasal kesedapan menu box tersebut. Dia pun senang hati isterinya ni makan sedap + syukur, berpuas hati. Repeat order lagi sekali. Tapi kali ini suami nak rasa ayam sahaja. Tak mahu ada banyak sangat menu. Pilih menu 2 pc combo. Dalam box tu ada Ayam spicy 2 ketul, 1 coleslaw, whipped potato, dan air pepsi black. 



Spicy Chicken; 2 pcs combo 

📍 Total Amount: RM 20.90 termasuk cas penghantaran 



Sekali lagi tuan suami memuji sedap pula ayam kfc kali ni  bukan sebab lama tak merasa tapi betul sedap. Ayam masak elok, saiz okay, rasa yang sekata secukup rasa. Ikutkan pengalaman sebelum ni banyak kali terkena ayam tak masak elok kat dalam siap ada darah lagi. Mungkin dah improve banyak kot. Okaylah kan. Servis penghantaran cepat. Pukul 6.50 pm buat pesanan pukul 7.30 pm tiba depan pintu rumah. 



Pengalaman seterusnya minggu lalu 18 Julai, suami off duty malam itu kami pergi tonton wayang cerita Spiderman Far From Home. Pukul 12.30 malam habis layan movie tak tahu nak makan apa. Hahaa padahal dah makan malam dekat rumah. Dalam perjalanan balik dari tengok wayang mood lapar singgah. Oh bahaya betullah husnieyizzat ni. Mana tak gemuk 🤔. Fikir punya fikir restoran biasa tu dah nak tutup pukul 1 pagi. "Jom pergi KFC Cawangan Batu Buruk jelah bang. Siang tadi baru sayang tengok kawan blogger post menu kfc yang baru. Jomlah kita cuba". Kata seorang bini yang kuat makan. Suami yang sama kuat makan turuti cadangan isterinya. Hahaha inilah penangan tengok korang review, mesti lepas tu rasa nak mencuba. 

Kami pesan menu terkini yang KFC keluarkan iaitu Green Chili Crunch. Tanya pada krew kaunter yang melayani kami, "rasa guane ayam tu?". Dia jawab ayam hijau kfc terkini ada rasa macam tomyam gitu. Hahaha yeke ni. Cubalah set yang ada tiga ketul ayam. Mujur ambik yang set ada tiga ketul ayam. Betul sedap sungguh. Ini kalau ambik yang dua ketul je mesti tak puas makan 😂 



Serius sedap KFC GREEN CHILLI CRUNCH. Tepung kat luar tu rangup, ayam masak elok, rempah tu rasa sebati sampai ke dalamnya. Tak payah cicah sos dah enak dimakan ayam itu begitu saja. Pedas sikit, rasa ala tomyam ada juga sikit. Iya menu yang kami dapat sama macam dalam gambar. Tahniah KFC kerana banyak improve. Sekarang ini husniey berharap semua cawangan turut banyak improve sama. Sekian lama tak merasa ayam KFC, ambik kau sekali perkena banyak kali repeat bulan Julai ini. Moga KFC Malaysia improve sokmo servis mereka. Okay, sekian saja perkongsian santai husniey pada kali ini semoga bermanfaat ❤ 


KFC Batu Buruk | Green Chilli Crunch (3 Pc Combo)
 Total Amount: RM 25 + macam tu lupa dah, juga ada tambahan lain. Tak jumpa resit letak kat mana 

You Might Also Like

9 comments

  1. Dah lama tak makan KFC sampai tak perasan ada menu baru. Walaupun rupa dia agak berlumut tapi rasa sedap haha boleh try nanti

    ReplyDelete
  2. perghh..rasa nak terjah kfc sekarang jgk..:)

    ReplyDelete
  3. Bulan Julai ni kak PC dengan en suami dah ada sekali makan KFC..hehehe..masa tu balik belanja barang dapur..sebelum tu masa belanja ada nampak sorang anak kecil ni syok je makan kepsi..maknya sorong troli sambil ambil barang..anaknya dalam troli dok makan kepsi..kami pun sama-sama terliur..baunyakan semerbak gitu..hehehe.

    ReplyDelete
  4. kite punye faveret mmg ayam kepci.. mmg sedapp

    ReplyDelete
  5. wah boleh try ni!! bagus KFC dah improved!

    ReplyDelete
  6. ana baru makan semalam KFC ni. so far kfc yang ana dpt semua ok. masak rata luar dalam. melazat lah makan. hehe

    ReplyDelete
  7. Ruby pun lama dah tak g Kfc. Sedap terliur nengok Akak makan

    Hehehe

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.