Backpackers
Hotel
KL
lifestyle
Reviews
Travel
Menginap Hotel Jenis Capsule Dalam Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
7/21/2019 10:31:00 pmPengalaman Menginap Hotel Transit Jenis Capsule Dalam Terminal Bas. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga ceria selalu hendaknya. Walaupun cerita ini dah lama masa bulan puasa Mei 2019 haritu tapi husniey dah niat nak berkongsi pengalaman. It was my first time merasa tidur dalam capsule comel begini. Jadi inginlah ceritakan untuk kenang-kenangan. Siapa tak kenal Terminal Bas Bersepadu (TBS) itu tempat apa? Husniey yakin kalau anda merupakan warga Selangor dan Wilayah Persekutuan mesti dah pernah pergi ke sana untuk hantar ahli keluarga atau rakan sesiapa jelah berlepas menaiki bas di situ.
Banyak kali pengalaman husniey berada di TBS. Kali pertama masa zaman study pernah naik bas dari situ. Masa tu pergi rumah sepupu, pastu terus balik ke Johor tempat belajar. Sistem dalam TBS macam korang naik kapal terbang. Makin lama makin banyak benda baru dekat dalam TBS. Anda tak boleh sesuka hati untuk pergi awal ke Gate yang ditetapkan, anda dikehendaki check in terlebih dahulu. Ada kaunter check in nanti diberikan boarding pass yang tertera maklumat perlepasan berserta nama penumpang bas. Haa nanti kalau rajin husniey sambung cerita khas dekat entri lain, entah bila pulak lah tu kan :p
Menginap Beberapa Jam di Hotel Transit TBS (Capsule Hotel)
Hotel Transit dalam TBS ini dua tiga kali husniey duk perhatikan; rasa berkenan nak cuba. Selalu tengok dari jauh nampak sibuk aje suasana dalam tu. Nak dijadikan cerita akhirnya husniey dan tuan suami merasa juga menginap dalam capsule. Semasa bulan puasa haritu tuan suami baru sahaja dapat tawaran bertugas pekerjaan yang baru, so bila dia outstation tu memang banyak kali lah. Adakala langsung takde masa berdua.Belanja sekeping. Lawa kan bas ni ~ |
Tak Rancang Pun Nak Check In Hotel Transit TBS
Kami cuma walk-in sahaja, tak ada buat apa tempahan awal. Selalunya husniey memang akan tempah awal melalui online tapi kali ini, tak. Kiranya tak ada dalam perancangan. Mungkin pada anggapan korang rugilah menginap tempat kecil macam tu, ruang tak lega langsung.Beberapa buah capsule yang ada di dalam hotel transit |
Bilik kami, paling tinggi kedudukannya. Hehe |
Hotel Transit jenis capsule ini sesuai untuk pelancong / penumpang bas yang ingin berehat sementara menunggu waktu berlepas. Mudah bila anda menginap disini, boleh pilih untuk menginap minima satu jam / dua jam / tiga jam. Kami rehat di hotel transit ini selama 5 jam lebih. Dari awal pagi sampai ke lepas solat zohor. Ingat nak check out lebih awal tapi lena sungguh tidur dalam capsule.
Rujuk harga capsule disini |
RM 75. Rate sehari bagi capsule jenis Regular Capsule RM 70. Deposit diperlukan RM 15 nanti dah check out dapat balik duit deposit.
Seronok duk main tekan tekan kat sini, macam nak bawa kapal je ni |
Tempat letak access card, boleh adjust lampu, USB port, ada jam |
Semua berfungsi dengan baik. Tekan door lock setiap kali nak keluar, automatik terbuka sendiri |
Safety box |
Baca juga artikel lain yang berkaitan:
📍Journey to Busan From Seoul By Train Mugunghwa
📍 Menginap Guesthouse Di Haeundae Busan
📍 Hari Ketiga Di Seoul, Membeli Belah @ Gwangjang Market | Jalan - Jalan ke Itaewon
Okay jelah stay beberapa jam macam ni, bila check in takdelah buang masa nak jalan jauh untuk ke bilik tidur. Masuk capsule terus fokus untuk rehat tidur, kalau duduk hotel besar tu buang masa jugak kan dah kena tour bilik lagi. Kangg tak jadi nak tidur nak rehat. Sekian semoga ber
manfaat perkongsian pada kali ini.
Rest & Go Hotel Transit |
Simpanan Bagasi
Jumlah Penginapan: RM 70
Lokasi: Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan.
11 comments
Kalau Kak Diah mau menjerit kelemasan.. penakut sempit
ReplyDeletewahhh luas jugak dekat dalam and nampak selesa! Nanti boleh try kalau nak tidur & rehat sekejap
ReplyDeleteWah semakin banyak kemudahan di TBS ye..dulu kerap juga ke TBS hantar adik ipar nak balik kampung.Bila masing-masing dah ada kereta makan tidak lagilah ke TBS ni..terima kasih Husniey perkongsian.
ReplyDeleteamboi dalam diam-diam dia dah nginap dekat sini. hari tu sempat ushar je kan. Haha.
ReplyDeleteWahh..walaupun bilik kapsul kecik, tapi ok je lah kan untuk transit kejap2..tengok pun selesa je. Jimat pun jimat..nanti nak try jugak lah!
ReplyDeleteYeay akhirnya update jugak citer bilik kapsul ni. Lama tgu. Hehe.
ReplyDelete.
Sng la kalo nk rht skjp kan.. Murah pun murah
Wahh pestime dgr ade bilik mcm ni. Btw sy follower br, jmput follow my blog ya.
ReplyDeleteNak tanya akak, boleh kunci tak? Agak2 selamat tak utk perempuan tidur sorang?
ReplyDeleteBoleh kunci dik, insyaAllah selamat stay hotel capsule macam ni..
Deletekalau sehari kan, contoh kita masuk jam 10 malam, means satu hari tu start 10 malam atau ada masa check out?
ReplyDelete24 jam cukup boleh check out maknanya keesokan harinya. Nak keluar awal pun okay je. Based on my experienced ☺️
DeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.