AIDILFITRI 1440H | HARI RAYA BERSAMA FAMILY #TEAMRAYATERENGGANU

Assalamualaikum semua para pembaca blog husniey, didoakan semoga semua sihat walafiat. Raya 2019 ini merupakan giliran husniey berhari r...


Assalamualaikum semua para pembaca blog husniey, didoakan semoga semua sihat walafiat. Raya 2019 ini merupakan giliran husniey berhari raya dengan keluarga husniey. Tahun lepas 2018 team raya dengan keluarga mertua. [Baca pengalaman beraya di Kobe Jepun]. Kampung husniey dan tuan suami agak jauh lebih kurang 3 jam, tapi kalau naik highway LPT 2 lajulah sikit, cuma ambil masa 1 jam ½ je dah sampai. Hari terakhir Ramadan husniey baru bertolak balik ke Kemaman Terengganu, sempat berbuka puasa bersama keluarga. Agak lewat balik sebab tuan suami kena kerja dan hanyalah cuti pada hari terakhir berpuasa. Tiba aje di kampung halaman, terus dah mengadap task pertama iaitu; cucuk sate ayam yang dah siap diperap bersama bahan-bahan 💕

my favourite food; yeszaa

Popia simpul mak buat cornflakes bermadu adik adik punya hasil

Jadi malam raya tu aktiviti kita bakar sate la! Oh yes mestilah syok, dah macam aktiviti wajib bagi malam raya sesambil prepare lauk pauk menu untuk pagi raya. Masa raya memang banyak makanan sedap kan, wajib beringat untuk jaga kesihatan. Kalau husniey beraya di kampung baru macam ni, mak kata kalau takde orang nak tolong dia pun malas sebab dia tahu anak sulungnya ni boleh diharap kot, haha okay done angkat bakul masuk sendiri dalam bakul tu, hehe! 🙈 Syok jugalah sambil tunggu siap bakar sate ayam, kita masuk mulut dulu. Yelah nak rasa okey ke tak, lalalala. haha yeke dok rasa tu? [Baca kisah jalan jalan cari makan di Kuantan]. Malam raya juga husniey bantu mak siapkan menu Nasi Minyak. Adik adik pula sibuk penuhkan balang kuih raya, mereka rajin tahun ni buat beberapa jenis kuih raya. Tahniah semua adikku. Dah besar anak dara semua. 


Suasana Pagi Syawal Yang Sayu 

Cerita di pagi hari raya, mesti ada pelbagai ragam kan. Yang pasti disebalik kegembiraan kita berjaya habiskan puasa di hari ramadan, pasti ada terselit moments sedih sayu kan. Raya kami tahun ini bersama dengan pak saudara (yang sedang sakit, dibawah jagaan keluarga husniey). So jadi agak sayulah tengok keadaannya Yelah siapa je tak sayu, dari sempurna fizikal sekarang beraya dengan keadaan tak mampu berdiri dan pelbagai kekurangan. Lepas makan awal pagi, bersiap pakai pakaian yang baru dan cantik kita pun pergi solat sunat Aidilfitri. Pagi raya kami bersalam-salaman bermaafan bersama mak ayah, suami, adik-adik sebelum pergi solat. 2019 ini husniey berkenan dengan warna Mustard. Eh tetiba ku berkenan warna baju yang nampak terang ni, selalunya suka yang warna gelap je. Siapa baju raya dia ada warna mustard kita geng ya! 😉

With My family

Abang, maafkan salah silap sayang halalkan semua 🙏

💘

Rutin lepas solat sunat Aidilfitri, akan pergi melawat kubur arwah nenek dan atuk, dekat je. dengan surau dekat kampung. Ayah husniey sebagai ketua keluarga, mengetuai bacaan Yaasin. Lepas tu balik ke rumah kejap siapkan Pak Meran dan bertolak balik ke kampung ayah yang terletak di Kerteh. 40 minit lebih dari bandar Chukai. Pergi ziarah kubur arwah nenek dan atuk di kampung, haa Pak Meran juga dibawa ziarah sekali. Sambung bacaan Yaasin beramai-ramai dan mendoakan kesemua yang dah pergi meninggalkan dunia. Suasana pilu di kawasan perkuburan, terlihat esakan tangis Pak Meran buat kami semua turut menangis sama 😭

Collage jelah gambar pagi raya ni, banyak nak upload satu persatu

Di tanah perkuburan Jabur Kubur, Kemaman Terengganu

Lepas tu cuma pergi beraya ke rumah atuk saudara husniey dalam kampung terdekat je. Yeah bawa orang sakit tak boleh nak mengizinkan kami jalan raya jauh jauh. Syoklah tiba di rumah atuk saudara, kami dijamu Nasi Ayam. Kemudian baru balik ke rumah pusaka. Alhamdulilah, duk berehat bersantai sampai ke petang di kampung. 



Ramai lagi yang tak cukup ni
Masa nak balik dah ni
me and husbaby..ini jelah tempat bermanja

Lewat petang kami sekeluarga semua balik semula ke rumah. Sebelum balik semua sempatlah duk bergambar kenangan di halaman rumah, haa rayalah katakan. Wajiblah bergambar, raya pertama masih ramai yang takde sebab yelah masing-masing ada giliran beraya. Untung dapat berkumpul di rumah keluarga yang agak selesa kan. Tak payahlah nak sewa hotel ataupun homestay berhampiran sebab nak jaga aurat ahli keluarga perempuan.


Raya Kedua Di Rumah Ayah Bonda 💝

Cerita Syawal bersambung. Emak sediakan menu Nasi Dagang dan jemput keluarga saudara mara terdekat datang. Haah lama betul dah emak tak buat jamuan kecilan sempena hari Raya. Menu hanya Nasi Dagang dan ada kuih muih jelah. Ramai juga yang datang menyerbu. Meriahlah kejap suasana rumah tu. 


Nasi Dagang itulah namanya 😚

Raya kedua baru sempat snap gambar OOTD ~

Bersama tuan suamiku, lokasi depan rumah emak je 

Petang raya pertama kami sekeluarga potluck bersama dengan keluarga belah ayah, ada yang bawa kambing untuk dibakar, ada yang sponsor ayam bakar. Menu dinner hari kedua tu ada Bihun Goreng, Ayam Bakar, Kambing Bakar, dan lain-lain. Semua tu disediakan oleh emak emak saudara tersayang. Thank you!

fuh bau ayam bakar tak menahan masa ni

With mommy buyung. Ada tiga disitu yang mengandung.
Doakan husniey berjangkit raya tahun depan berempat berlima terus. Aaamiiin

Saudara mara yang memeriahkan, turut hadir sahabat tersayang lama tak jumpa.
Beranak satu Aya Aida. Moga ukhuwah kita berpanjangan 

Di ruang depan dan di ruang dapur. Dekat dapur tetamu bahang Nasi Dagang

Alhamdulilah lama tak tengok suasana rumah meriah begitu masa raya. Yelah setiap tahun tak sama suasana beraya kan. Banyak lagi gambar husniey tak berkesempatan nak upload sini semuanya, hee. Suasana raya kedua tahun ini agak meriah, tetamu terakhir haritu pada pukul 11 malam. Masa tu Nasi Dagang dah tak berapa elok so terpaksa jamu nasi putih dengan lauk gulai daging 



fullhouse

Cousin belah ayah

Raya Ketiga tak ada apa aktiviti sangat, kami suami isteri duk standby nak balik dah sebab tuan suami dah kena kerja malam tu. Nasiblah siang hari sempat lagi pergi beraya dengan sahabat Hasmida namanya duk sekampung je kami ni tapi setahun sekali baru jumpa. Yelah masing-masing ada life, susah nak jumpa sekarang. Raya je baru ada berjodohan berezeki. 


Raya ketiga vs Raya Kesebelas. Raya ke 11 dia selamat melangsungkan pertunangan.
Moga dipermudahkan urusan nak kahwin nanti sayang ~

my happy pilss #menumpangkasih. Husniey gelarkan dua beradik ini UpinIpin.
Comel kan

Last but not least, husniey sempat juga singgah ke kampung ayah sebab mak saudara beria ajak singgah makan nasi ayam. Hahaa nasi ayam lagii kan, tapi takpe, kena selera sedap pula tu menambah kami suami isteri makan. Lepas tu baru bertolak balik ke Kuala Terengganu. Malam itu suami dah mula bekerja. Mood beraya husniey belum puas, tapi redha jelah nasib dapat juga beraya kan. Alhamdulilah untuk semua kenangan. Thank you semua yang membahagiakan. RINDU BERTANDANG SUDAH!  InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi raya tahun depan ☺


Love,
Husniey Husain

You Might Also Like

10 comments

  1. Bila raya yang fullhouse tu yang meriah dan seronok sangt kan Husniey...walau kadang kelam kabut..tapi best sangat..masing-masing bersembang..macam-macam lawak jenaka boleh dengar dan timbul.

    ReplyDelete
  2. meriahnya raya.. sedapnya nasi dagang alahai

    ReplyDelete
  3. Bersyukur bisa berkumpul keluarga besar di hari lebaran.

    ReplyDelete
  4. Rabia dah cuci gambar Raya ni hehe. Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Walau bersedehana tp tetap meriah. Semoga pak meran kuat dan tabah. Nasi dagang tu yummy nya.

    ReplyDelete
  6. meriah raya husniey.. macam2 makanan ada tu

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.