6/21/2019 08:30:00 am
BAKAL BERCUTI DI KELANTAN? NAH, PILIHAN HOTEL DI KOTA BHARU YANG MENARIK UNTUK PERCUTIAN ANDA!
6/21/2019 08:30:00 amAssalamualaikum. Sebut sahaja nak pergi bercuti mesti anda dah terbayangkan tempat menarik yang cantik, makanan tempatan yang popular di n...
Assalamualaikum. Sebut sahaja nak pergi bercuti mesti anda dah terbayangkan tempat menarik yang cantik, makanan tempatan yang popular di negeri tersebut. Siapa saja yang tidak terliur atau pun tergoda dengan destinasi popular dengan aneka makanan tempatannya yang unik. Kelantan antara negeri yang popular dengan tumpuan pelancong. Ketika hari minggu, musim cuti persekolahan jalanraya di sekitar Kelantan agak padat dengan kenderaan dari luar negeri. Maklum sahajalah negeri Kelantan ini terkenal dengan syurga membeli-belah dan syurga makanan. Tempat menarik seperti Wakaf Che Yeh, Pasar Besar Siti Khadijah, Rantau Panjang, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama Bachok dan banyak lagi tempat menarik, jangan lupa diletakkan sebagai senarai wajib singgah jalan-jalan ketika datang bercuti ke Kelantan.
1) Hotel Perdana Kota Bharu
Hotel ini terlihat mewah, reka bentuknya yang cantik dan ekslusif. Husniey sangat mencadangkan jika anda inginkan keselesaan dan suasana hotel mewah serta banyak kemudahan yang anda boleh dapatkan.2) Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu
Merupakan hotel yang terletak berdekatan dengan kawasan Wakaf Che Yeh yang jaraknya 100 meter sahaja, sesuai untuk anda yang sukakan kawasan berdekatan bandar. Yelah senang nak keluar shopping kan.3) MR J Hotel
Mr J Hotel ini kalau tak silap dah bertukar nama sikit jadi OYO Hotel, MR J Wakaf Che Yeh 2. Ia merupakan pilihan hotel yang bajet, pada husniey hotel ini sesuai untuk anda yang travel cara backpackers bersama kawan-kawan atau keluarga kecil.Jika inginkan lebih banyak pilihan hotel, penginapan terbaik klik sini; SENARAI 21 HOTEL DI KOTA BHARU, KELANTAN UNTUK PERCUTIAN BERMAKNA.
Info lanjut sila rujuk,